𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟎

47 4 0
                                    

MALAM menjelma. Nedina dan Atiff masing-masing membuat keputusan untuk menginap di rumah Hanim. Walaupun terdapat pengawal yang menjaga keluarga mereka sekarang tetap saja Atiff risaukan keselamatan Hanim dan Haura.

Selesai saja menunaikan solat isyak, laju saja Nedina baring diatas katil. Badannya rasa tidak sedap malam ini.  Rasa pening mula mengucuk kepala.

Atiff memandang sekilas saja isterinya sebelum telefon yang berada diatas rak dicapai.

Mahkota Ellzan

+ macam mana tadi?

+ sorry, bro. Aku tak dapat nak datang hari ni. Banyak meeting aku kena cover

Atiff tersenyum kecil membaca pesanan ringkas Ellzan itu. Memang sekarang ini kerja mereka lebih banyak. Bahkan berlipat kali ganda. Kerja Atiff menjadi kerja Ellzan juga. Kerja Ellzan secara tidak langsung menjadi kerja Atiff.

Projek mereka semakin banyak yang sedang dilaksanakan. Ada yang baru mula. Ada yang hampir selesai.

Ini mau Ellzan tidur di pejabat saja. Dapat dia bayang wajah tidak siap Ellzan itu. Heh, nasib kau lah

- semua under control. Ada tiga bodyguards jaga dekat rumah mertua aku sekarang.

-thanks bro

Jika tidak kerana Ellzan yang membantu menghantar pengawal peribadi keluarganya mungkin malam ini Atiff terpaksa berjaga malam. Untuk langkah berjaga-jaga.

Mahkota Ellzan

+ no prob 👌

Sehingga ke hari ini Atiff tidak faham dengan sikap Ellzan. Lelaki itu ada segalanya. Syarikat dibawah namanya sendiri. Hadiah daripada Tengku Eymen, bapa Ellzan. Tetapi tetap sahaja berkhidmat dengan syarikat Atiff.

Malah jika dibandingkan dengan Atiff, Ellzan jauh lebih dikenali. Sebut sahaja Tengku Ellzan, siapa sahaja tidak mengenali pewaris tunggal Tengku Erdan dan Zenara Dianra.

"Aku nak cari pengalaman"

Jawapan itu yang Ellzan akan kata jika ditanya mengapa dia lebih mahu bekerja dibawah naungan orang lain berbanding menguruskan sendiri hal syarikat keluarganya.

Telefon diletakkan ke atas rak bersebelahan katil. Sejenak mata Atiff tertunak pada Nedina yang sudah terlena itu. Tangan kekarnya naik mengusap kepala isterinya lembut.

Sudah berhari-hari dia dan Nedina tidak bersama. Rindu itu ada namun dia tidak mahu mengganggu Nedina yang sedang dalam alahannya itu.

Pertengkaran antara mereka siang tadi masih segar diingatan. Rasa serba salah kerana terus menengking Nedina. Entah mengapa saat itu api kemarahannya tidak dapat dikawal. Rasa berapi itu meluap-luap.

"I minta maaf. I tengking you.." perlahan sehingga hanya boleh didengari telinganya sendiri saja.

"I sampai lupa.. you dah gadaikan badan you untuk bawa anak I. I'm so sorry, sayang"

Silap dia sendiri kerana gagal mengawal rasa amarah yang menggila. Dia terlalu risaukan keselamatan keluarga ini. Terlalu.

"Satu je tok pesan. Beringat. Selalu ingat Allah. Jangan jauh daripada DIA. Sebab kita tak tahu apa lagi yang kita akan hadap"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now