𝐁𝐚𝐛 𝟖

81 7 0
                                    

Atiff merenung kosong pemandangan malam yang indah melalui atas bukit ini. Selesai mesyuarat yang agak panjang masanya, terus sahaja Atif berniat mahu mencari hotel yang berdekatan memandangkan dia berada di Johor untuk beberapa hari ini.

Perjalanan ke hotel tidak kesampaian sebaik sahaja kawasan bukit yang sudah menarik minat Atiff. Kesudahannya hampir 30 minit lelaki itu bertapa disini seorang diri.


"Cantik kan cincin ni, Atiff?"soal Orkid.

Atiff yang melihat jari manis Orkid tersenyum lalu mengangguk. Terlalu cantik dan menawan.

"Kalau suka, ambillah"


Tiga bulan menjalinkan hubungan pertunangan bersama Orkid dan berbaki kira-kira dua bulan lebih sahaja lagi majlis pernikahan mereka akan berlangsung. Semua urusan majlis diuruskan oleh Orkid dan umi nya dibantu oleh Aiya.

Atiff?

Dia hanya mengikut apa yang perlu dia ikuti. Tidak membantah walau sekali. Dia tidak cerewet tentang warna baju. Asalkan majlis mereka berjalan lancar, dia bersyukur.

Ting!

Notifikasi telefon berbunyi membuatkan lamunan panjang Atiff terhenti. Tekun mata Atiff membaca pesanan ringkas dari Orkid.


Baliklah hotel cepat kalau dah siap meeting - Orkid

Ya, sayang. Otw ni 


Atiff tersenyum kecil. Dibalas ringkas mesej daripada Orkid sebelum dia memasuki perut kereta. Kereta dipandu menyelusuri jalan raya mencari hotel untuk dia menginap pada malam itu.



⚜️⚜️⚜️


Nedina berjalan pantas menuju ke arah bilik hotelnya. Dia sudah penat seharian bekerja tanpa henti. Sudahlah dipaksa oleh ibunya ke Johor semata-mata hendak menguruskan perniagaan mereka disana.

Mahu atau tidak Nedina hanya akur. Dia memandang satu persatu nombor bilik yang tertera pada pintu lalu matanya memandang nombor bilik yang sudah siap ditempah.

1406

Setibanya dia dihadapan bilik tersebut, kad segera dikesan. Tidak sampai 1 minit, lampu hijau sudah bernyala. Terus sahaja pintu ditolak Nedina kasar. Bagasi miliknya ditolak masuk ke dalam menggunakan kaki.

"Fuh! Penat!"keluh Nedina lalu tubuh dihempas diatas katil. Jam ditangannya dipandang sekilas.

11:30 malam

Jika tidak memikirkan kerja esok hari, pasti dia akan berada di kelab malam. Berhibur. Melepaskan segala jiwa mudanya disana. Apakan daya esok pagi dia harus bertemu bersama rakan pekongsi Hanim. Mahu atau tidak dituruti sahaja.

Mata dipejam rapat cuba merehatkan mata seketika. Yang paling penting mahu merehatkan minda yang serabut.

Selang beberapa minit, kedengaran pintu bilik hotelnya seakan dibuka. Nedina yang mahu tertidur kembali mencelik mata.

"Siapa.." Nedina berkerut dahi. Siapa malam-malam yang cuba merompak ini?

Dihotel ada perompak kah?

Nedina bangun daripada pembaringannya sebelum mata dia bertaut dengan sepasang mata tajam bak helang. Tidak semena-mena, Nedina kaku dikatil. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan kata.

"Atiff?"

"Ned..Nedina, what are you doing in my room?"

Atiff menyoal. Sungguh dia terkejut dan hairan. Bagaimana Nedina boleh berada di dalam bilik ini?

Ternaik sebelah kening Nedina memandang Atiff yang berada dihadapannya kini. Sempat mata gadis itu menangkap nombor yang tertera pada kad dipegang Atiff.

1406 juga?

"Excuse, my room"kata Nedina mendatar lalu mendekati Atiff.

Hairan. Atiff melihat kad ditangannya. Dia pasti dia tidak salah masuk ke dalam bilik. Ini kad yang diterimanya sewaktu di lobi.

"I guess.. you salah bilik, Nedina. This is my room. Better you check dengan pekerja dekat lobi sana" Atiff bersuara mendatar.

Baru minggu lepas dia bersua muka dengan Nedina, tiba-tiba sahaja muncul dihadapan mata sekali lagi. Terkejut besar Atiff dibuatnya.

Sudahlah didalam satu bilik hotel yang sama dan pakaian Nedina yang seperti biasa. Mencolok mata.

"No way. I booked hotel ni before I sampai sini lagi"tegas Nedina. Wajahnya sudah membahang menahan marah.

Atiff meraup rambutnya ke belakang. Dia sudahlah penat baru habis mesyuarat. Tiba-tiba pula disajikan dengan seorang perempuan yang baru sahaja dikenalinya beberapa bulan yang lepas.

Apa ini?

"Kau yang salah bilik. Ini bilik aku"kata Nedina sekali lagi. Kali ini suara berubah tona. Dingin.

Atiff merenung wajah cantik Nedina itu lama. Jika tidak difikirkan dia bakal berkahwin dan telah mencuci tangan. Sudah pasti Nedina akan menjadi mangsa.

Mangsa Atiff Mikael

Nafas berat dihela panjang. Tidak mahu berlama berdua-duaan bersama gadis itu, Atiff mengalah.

"Okay, fine. I cari bilik lain"putus Atiff. Malas mahu bertengkar dengan Nedina. Dia sudah berpusing mahu keluar tetapi satu lagi ketukan pada pintu bilik menyentakkan Atiff dan Nedina.

Tuk tuk tuk

"Assalamualaikum, sila buka pintu ni"

Kejung Nedina disebelah Atiff itu. Dia sudah terbelakang beberapa tapak.

"Si..siapa?"soal Nedina gagap. Entah mengapa hati dia merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Rahang Atiff sudah bergerak menahan diri. Rambut yang terjuntai pada dahi ditolak ke belakang.

"Assalamualaikum, sila buka pintu ni"

Nedina berdiri dibelakang Atiff saat lelaki itu mula membuka pintu bilik hotel perlahan.

"Waa.. Waalaikumussalam"jawab Atiff gugup. Jantungnya sudah berdegup pantas. Darah juga sudah menyerbu sehingga ke muka.

Terdapat beberapa lelaki memakai serban dan baju melayu serta seorang perempuan berpakaian baju kurung. Terbuntang mata Nedina melihat mereka semua dihadapan bilik itu.

"Kamu berdua suami isteri ke?"soal salah seorang daripada lelaki berpakaian baju melayu itu.

Nedina memandang Atiff malah Atiff diam tidak menjawab. Lidah lelaki itu keras. Kelu.

"Boleh kami tengok kad nikah kamu?"soal lelaki itu lagi.

Atiff menggeleng kepala perlahan. Nedina mengetap bibir sambil tangan menggenggam segulung penumbuk. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia katakan.

Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan sekelip mata sahaja!

"Jadi kamu berdua tiada sebarang ikatan yang sah? Kalau begitu, sila ikut kami ke balai"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now