𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟑

53 4 0
                                    

RAYANA menghiraukan pandangan yang sedari tadi tidak habis merenung dia. Langkah kaki dicepatkan menuju ke bilik mesyuarat.

Pagi-pagi lagi dia sudah dipanggil pihak atasan untuk bermesyuarat. Tentang kes apa pun kali ini, Rayana sendiri tidak pasti.

Sudahlah dia mesej Nedina, dia mahu berjumpa wanita itu. Bukan atas dasar apa pun. Dia perlu selesaikan tugas dia yang satu itu.

Haura.

Gadis muda itu perlu berada di genggaman Qaril secepat mungkin.

"Tuan"

Sebaik Rayana masuk ke dalam bilik dingin itu, mata dia memandang satu persatu orang atasan di dalam sana. Wajah masing-masing tegang. Serius.

Dengan langkah perlahan Rayana berdiri dipenjuru meja.

"Tuan, ASP Zarel kata tuan nak jumpa saya. Kenapa ya?"tutur Rayana lembut.

Tuan Syed menunjukkan wajah seketika. Tangan masih menggenggam erat sampul surat bersaiz A4.

"Duduk Rayana. Banyak perkara saya nak bincang dengan awak"

Tanpa banyak celoteh, Rayana mengambil tempat dihujung. Dia perasan renungan tajam seorang pegawai atasannya. Unit Khas.

"Sebelum tu.. bagi saya perkenalkan diri dulu.."

Rayana memandang. Susuk tubuh tegap dan tinggi pegawai daripada Unit Khas itu.

"Nama saya Muhammad Azran. Saya daripada Unit Khas.. tugas saya disini.."

Sengaja ayat hujung digantungkan. Mata hitam Azran menikam anak mata Rayana yang turut merenungnya.

"Untuk sama-sama selesaikan kes yang dah lama sangat dah dibuka tapi tak selesai lagi. Kes apa tu?"

Azran tersenyum senget. "Kes pemerdagangan manusia"

Seraya itu Rayana bungkam. Liur ditahan payah. Dia tidak salah dengar bukan?

"Azran akan tolong awak dan unit awak untuk selesaikan kes ni" tenang tuan Syed berkata.

"Tapi kenapa tiba-tiba tuan?"

"Kenapa tak boleh ke? Hm?"tempelak Azran sinis. Suka betul dia pandang wajah cuak Rayana.

Suspicious sangat.

"Saya cuma nak mudahkan kerja awak. Lagipun saya tahu. Kes ni tak mudah untuk awak. Jadi saya bawa Azran sama-sama untuk tolong awak dan unit awak"

Rayana diam. Jantungnya berdegup hebat. Keputusan daripada orang atasan tidak boleh dia bantah sesuka hati. Bahkan secara logiknya apa yang tuan Syed lakukan cukup bijak.

Dan cukup merosakkan rancangan Rayana.

⚜️⚜️⚜️

REMOTE aircond dipandang sebelum suhu diturunkan sehingga ke tahap minimum. Tangan mengibas-ngibas muka yang terasa panas.

"Ish! Panas!"

Tubuh dihempaskan ke sofa panjang yang berada di dalam pejabatnya. Rambut yang panjang itu disanggul tinggi.

Tidak cukup dengan itu, jari dia menggaru leher dan lengan yang terasa gatal.

"Orkid, kau pahal?"

Orkid menoleh ke muka pintu biliknya. Qaril yang sedang memegang mug kopi dipandang sekilas.

"Sejuknya bilik kau. Kulit biawak ke apa kau ni?" Qaril lalu dihadapan bilik perempuan itu pun terasa sejuk sehingga ke tulang rusuk.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now