𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟔

18 1 0
                                    

"ARGH!! ALLAHUAKBAR! hsk.. ALLAH!"

Haura menutup kedua-dua belah telinganya kuat hati. Jeritan perempuan yang dia dengar tadi cukup menggerunkan.

Dia tidak tahu mengapa perempuan itu menjerit dan jika boleh dia memang tidak mahu tahu. Mendengar jeritan itu pun sudah cukup menyeksakan apatahlagi jika dia melihat.

"DIAM!"

"ALLAH!"

Kaki Haura bawa rapat ke dada. Mata dia kembali berkaca-kaca. Suasana bilik kosong dia ditempat ini diperhati.

Selepas dia diculik Rayana, dia tidak sedar apa-apa. Erti kata lain Hauda pengsan dan dia sedar saja dia terbaring diatas lantai.

Dan dia seorang sahaja di dalam bilik berpenghawa dingin ini. Tanpa perabot. Tanpa tingkap.

Hanya ditemani cahaya lampu.

Haura sudah cuba memulas tombol pintu tetapi tiada guna. Dia tidak kunci dari luar.

"Ibu.. Haura takut.." Kepala disembabkan pada lutut. Melepaskan tangisan yang mula teresak-esak.

Mengingatkan kembali jerkahan, tengkingan Rayana pada dia, cukup menyeramkan. Tiga lawan satu. Mana Haura mampu berlawan dengan orang-orang Rayana. Tambah pula gadis itu polis. Rayana berlipat kali ganda lebih kuat daripada Haura.

Cis!

"Ya Allah.."

Klek

Mendengar pintu terbuka dari luar, laju kepala Haura mendongak. Melihat si gerangan yang berdiri dimuka pintu.

Mata dikecilkan. Cuba fokus pada susuk tubuh yang berada tidak jauh daripada dia.

"Dah bangun?" Suara maskulin lelaki menyinggah halwa telinga dia.

"Apa yang kau dapat culik aku? Aku bukan ada apa-apa pun" soalan lelaki itu tidak dijawab.

Mata dia masih utuh merenung susuk tubuh tinggi lelaki dihadapannya ini. Segak berjaket hitam. Wajah juga kacak.

Jadi ini Syed Qaril. Sepupu Ellzan yang selalu Haura lihat ditelefon itu.

"Siapa kata kau takda apa-apa?" Qaril cuba bermain kata.

Jengkel Haura memandang lelaki itu. Tiba-tiba saja perasaan takut tadi berubah sebaik dia melihat Qaril.

Meluat yang Haura rasa sekarang.

"Kau tahu tak aku dah lama nak jumpa kau?"

Kali ini kening Haura terangkat tinggi. Qaril mahu jumpa dia?

Lah, dikenali juga aku ni.

Saat Qaril mendekat, Haura mengesot ke belakang. Bahaya.

"Apa kau ni? Jangan dekat. Aku tak suka"

"Tapi aku suka" balasan pantas Qaril membuatkan Haura terdiam.

Terdiam seribu bahasa.

Haura mengalihkan pandangan. Tidak selesa ditenung begitu dalam dengan Qaril. Muka handsome tapi pervert. Payah!

"Lepaskan akulah! Aku bukan kaya pun kau nak culik bagai ni. Belajar pun belum habis" Duit dalam akaun bank Haura pun tak cecah lima angka.

"Banyak mulut kau ni kan" hujung bibir Qaril terjungkit.

Daripada awal dia masuk ke dalam bilik ini sehingga sekarang. Mulut Haura tidak henti bercakap.

"Tapi takpa. Aku suka"

Haura menjeling. Menyampahnya. Qaril memang bukan taste dia. Suka sangat tenung orang lama-lama.

Haura, kau kena culik tau. Hentikan main-main.

Kepala digeleng berkali-kali bagi menghapuskan suara-suara yang menerjah fikiran. Kau kena kurangkan baca novel, Haura.

"Geleng apa?" Qaril menyandarkan tubuh pada dinding.

"Sibuklah kau. Boleh tak keluar? Semaklah"

Dan kali ini Qaril tidak membalas. Dia merenung tubuh Haura yang sedang memeluk lutut.

Perasaan dia bercampur-baur.

"Kau buat apa simpan aku dalam bilik ni? Ada aircond tapi katil semua takda. Sejuklah" tanpa sedar dia mula merengek.

Qaril menghela nafas panjang. Banyak cekadaklah kau ni budak.

"Tak.. aku tak boleh jual kau"gumam Qaril sendiri namun cukup kuat dipendegaran Haura.

"Ka-kau apa?! Kau nak jual aku?! Kurang ajar kau jantan!" Laju Haura berdiri dan tubuh Qaril ditolak kasar.

Buk!

Tersandar terus Qaril ke dinding dengan tindakan drastik dia. Tubir mata yang tadi kering kembali bergenang.

"Kau ingat aku barang ke kau nak jual hah?! Bodoh! Lelaki tak guna!"

Qaril mendengus kasar. "Habis kau fikir aku culik kau untuk apa?! Hei, perempuan. Kau dengar sini.."

Haura menyeringai kesakitan saat lengannya dicengkam Qaril.

"Aku takkan jual kau. Tapi kau akan jadi perempuan aku. Kau faham tak? Lepas aku puas, baru aku jual kau. Ya?" Terukir senyuman sinis sebaik sahaja riak wajah Haura berubah.

Terkejut mungkin.

"Dasar iblis!!" Haura meronta-ronta minta dilepaskan. Tubuh Qaril dia tolak namun lelaki itu seperti tidak terkesan.

Makin panas hati dia apabila Qaril ketawa sinis.

"Oh, ya. Abang ipar kesayangan kau sekarang mesti tengah nyawa-nyawa ikan.. kan?"

Pada saat itu Haura diam. Atiff..

"Sorry.. aku tak sengaja. Aku fikir dia akan mati lepas jatuh gaung"

"But yeah.. tuhan panjang umur dia"

Melihat wajah terkejut Haura, Qaril puas. Gadis itu kelu untuk bersuara.

"Ka-kau punca abang Atiff ke-kemalangan?"

Qaril mengangkat bahu. Tubuh kecil itu ditolak sehingga tersungkur ke lantai. Puas dengan reaksi Haura.

"Aku lepaskan kau untuk hari ni tapi untuk hari seterusnya.. aku tak rasa"

"Aku bersumpah kau akan dapat balasan setimpal dengan apa yang kau buat, Syed Qaril!!"

Qaril menutup sebelah telinganya saat Haura menempik melepaskan amarah. Seraya itu dia melepaskan tawa kecil.

"Kita tengok nanti ya? Sama ada dunia berpihak pada aku atau kau"

Usai berkata, Qaril melangkah keluar daripada bilik kurungan Haura.

Mata memberi isyarat kepada anak buahnya yang menjaga diluar supaya mengunci kembali pintu tersebut.




TBC
By Meira

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now