𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟗

29 4 0
                                    

"AKU cakap tak nak! Tak nak lah! Yang kau nak paksa-paksa aku pahal?!"

Nedina meracau bagai persis orang gila apabila ustaz Syahil menyuruhnya minum air putih yang dibawa bersama.

Semenjak ustaz Syahil dan seorang lelaki tua separuh abad itu datang ke rumah ibunya sejam yang lalu, Nedina merasakan tubuh dia lain. Panas. Peluh juga tidak henti-henti mengalir sedari tadi.

"Ned, jangan sampai ibu suruh ustaz tu guna cara kasar untuk bagi Ned minum air tu" Hanim yang menjadi pemerhati bersuara tegas.

Aiya dan Haura yang turut berada di ruang tamu diam tidak berbunyi.

Sedangkan ustaz Syahil dan Pak Wan masih menguntum senyum. Namun senyuman itu menyeramkan.

Lebih-lebih lagi Pak Wan. Mata orang tua itu menerewang memerhati sekeliling rumah banglo milik Hanim.

"Kalau kau masih nak duduk dalam badan dia. Takpa. Tapi jangan menjerit sakit!" Bergema suara Pak Wan merenung ke tepat ke wajah Nedina.

Nedina mengetap bibir. Tubir matanya panas. Hidungnya juga pedih. Dia dalam separa sedar. Lemparan kata-kata tegas Pak Wan bagai menusuk tajam ke dalam lubuk hatinya.

"Aku- aku takkan minum air kotor tu" Nedina bersuara perlahan. Pandangannya sayu meminta simpati.

Pak Wan berdiri mendekati Nedina yang sedang duduk disofa tunggal. Bibirnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran.

Tidak sehingga Nedina berteriak kuat. Bergema suara perempuan mengandung itu berselang seli dengan esakan.

"ARGH!"

"Pegang dia!" Mendengar arahan keras Pak Wan, laju Aiya dan Haura menahan tubuh Nedina supaya tidak terlurut jatuh ke lantai.

Pak Wan meneruskan membaca bismilah 7 bersama wajah yang dingin. Bengis.

Ustaz Syahil juga turut terkumat-kamit berzikir meminta dipermudah segala urusan mereka pada malam ini.

Jika bukan kerana panggilan mengejut daripada Ellzan dan Aiya tidak mungkin dia ke sini. Pakej membawa Pak Wan sekali.

Namun dia hairan. Di mana Atiff? Suami Nedina. Bohong jika hati kecil ini tidak mahu tanya. Atau mungkin dia tidak tahu menahu apa yang telah terjadi antara mereka sekeluarga sebelum dia sampai ke sini.

"HAHAHA" esak tangis Nedina bertukar sekelip mata kepada hilai tawa. Dengan sekali rentapan pegangan Haura dan Aiya terlerai.

"Aku tak akan keluar daripada badan dia!! Dia kena mati!! Mati!!" Besar suara Nedina menengking Pak Wan yang berada dihadapannya.

Hanim yang melihat kelakuan aneh Nedina mula gerun. Juraian air mata semakin laju mengalir. Tubuh dia menggigil ketakutan.

Ingin sekali dia mendekati tubuh Nedina namun awal-awal lagi dihalang Pak Wan.

"Puan.. puan tak boleh dekat dengan Ned. Badan puan tengah lemah. Jika bukan Ned, mungkin puan yang akan terkena.."

Jadinya dia terpaksa melihat daripada jauh. Duduk dihujung ruang tamu sambil tangan menggenggam buku surah Yassin.

"Kenapa kau nak dia mati? Apa salah dia dekat kau?!" Bengis Pak Wan menyoal.

Haura menelan liur. Dia cuba untuk memegang kembali tubuh Nedina namun sekali lagi dia ditepis.

Luar biasa.

Masakan tubuh perempuan boleh sekuat tenaga seorang lelaki? Bahkan jika lelaki pun cuba menahan Nedina, pasti akan ditepis dengan mudah.

"HAHAHA.. salah dia?" Mencerlung tajam mata Nedina merenung wajah Haura dan Hanim silih berganti.

Senyuman sinis terlorek.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now