𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟒

26 2 0
                                    

BUM!

Pintu kereta dihempas Orkid sekuat hatinya. Stereng dipukul berkali-kali melepaskan kegeraman yang semakin memuncak.

"ARGH!"

Buk!

Buk!

Buk!

Tidak cukup dengan stereng, tingkap kereta pula menjadi mangsa dia melepaskan amarah.

"Tak guna punya orang tua! Tak guna!!" Jerit Orkid sekuat hati. Dadanya berombak kencang ditambah dengan api-api kemarahan.

Bagai ada asap yang berkepul-kepul keluar daripada telinga dan hidung sekarang ini.

"Kau dah ambil duit aku, kau lari? Bodoh! Tak guna!"

Niat dia ke rumah Tok bomoh ini untuk meminta jalan penyelesaian. Namun hampa sekali. Rumah kayu itu sudah kosong malah ditinggalkan sehingga usang.

Serupa rumah hantu!

"Kau pun satu, Orkid! Lembab! Orang tua tu minta duit, laju je kau bagi!"

Rambut diraup ke belakang lalu badan disandarkan ke kerusi. Mata merenung tepat ke sebuah rumah kayu yang sudah usang. Bahkan rumput-rumput pun mula menjalar ke atas sehingga dapat mencecah atap rumah.

"Tapi kau kena ingat. Sekali sihir ni terbatal, benda tu akan berbalik pada kau"

"Macam mana nak bagi sihir tu terus kekal, tok?"

"Jangan sesekali tanam benda tu dekat tempat yang boleh orang cari"

Kerunsingan semakin membelenggu diri Orkid. Dia mula risau jika apa yang dia takuti selama ini menjadi kenyataan. Dahulu dia rajin datang ke sini semata-mata mahu menambah kuasa sihir itu lebih dalam dan menyakitkan. 

"Tak mungkin.. tak mungkin.." Kepala menggeleng menidakkan segala kemungkinan yang bermain dibenak fikiran. Mana mungkin sihir itu terputus kan?

"Orkid, tak mungkin diaorang jumpa benda tu. Tak mungkin!"

Sekalipun dia cuba untuk bertenang, hati tetap berdebar seakan mahu terkeluar daripada dada.

"Huh.. relax. Relax.." Balik jelah, Orkid. Daripada kau duduk sini macam orang gila.

Memang itu sepatutnya daripada awal. Tanpa membuang masa, kereta yang dipandu mengundur ke belakang beberapa meter. Saat Orkid memusingkan stereng kereta, satu lembaga hitam melintasi dihadapan keretanya. 

Spontan Orkid menekan brek. Nafas mula tercungap-cungap. Terkejut dengan apa yang dia lihat. Seakan tidak percaya juga dengan apa yang baru berlaku. 

"Ap-apa benda tadi tu?!" Liur yang terasa kesat ditelan payah. 

"Aku lapar..."

Satu suara halus  tepat mengena gegendang telinga Orkid. Tidak  cukup dengan itu, tiba-tiba sahaja pokok-pokok tinggi diluar bergoyang hebat seakan ada angin kencang lalu. 

Orkid memandang tangannya. Tegak bulu roma dia berdiri. Perasaan dia bercampur-baur. Takut, curiga, gentar semuanya bersatu.

Tidak betah berlama-lama, terus kereta Orkid meluncur laju keluar daripada pekarangan rumah usang tidak berpenghuni itu. Sempat mata dia melirik ke cermin sisi.

Figura perempuan berbaju putih, rambut hitam panjang mencecah pinggang. Perempuan itu melemparkan senyuman. Senyuman lebar.

"Argh!!"



⚜️⚜️⚜️



ELLZAN melemparkan pandangan dia keluar kafe. Hampir 30 minit dia menghabiskan masa seorang diri di kafe Hanim tanpa berbuat apa-apa melainkan termenung. iPad yang diatas meja dibiarkan tidak terusik.

Tujuan dia ke sini untuk menyiapkan laporan kerja namun sebaliknya pula berlaku. Otak Ellzan kacau dengan segala macam hal yang terjadi. Baru 2 minggu Atiff tiada, hidup dia sunyi. Sunyi tanpa suara lelaki itu.

Rindu memang rindu.

Perasaan itu Ellzan tolak tepi. Sekarang ini mengenai Qaril dan Rayana. Sungguh dia pening dan sakit kepala. 

Kenapa dia baru tahu Qaril dan Rayana sebenarnya adik beradik tiri?!

Dia sepupu Qaril pun tidak tahu! 

Dia sedia maklum dengan penceraian ibu bapa Qaril tetapi dia tidak pula mendengar berita tentang perkahwinan ibu Qaril. Sejak bila pula? Tak jemput pun.

Buat apa dia jemput kau, Ellzan. Fikir logiklah sikit. 

"Mama tak bagitahu Ell pun yang maklong kahwin baru?!"

"Lah, mama ingat awak tahu"

Ya Allah, kecilnya dunia ni. Jadi tidak peliklah Rayana membantu Qaril untuk lepas daripada dakwaan polis. Argh, makin complicated lah.

"Lama lagi ke kau nak termenung macam tu?"

Ellzan mengangkat wajah. Wajah Aiya menghiasi pandangan. 

"Kau fikir apa?" Tanpa disuruh, Aiya mengambil tempat dihadapan lelaki itu. Kalau nak tunggu Ellzan, memang lambat lagi.

Ellzan itu boleh tahan hati kering.

"Takda apa-apa" Pandangan dialihkan sepenuhnya ke arah Aiya. 

Wanita cantik yang bekerjaya dan masih belum berkahwin. Aiya kata, hidup kena chill. Chill sangatlah umur 30 tak kahwin lagi.

"Macamlah akak kenal kau sehari dua. Kau pun dah macam adik aku. Kau fikir pasal Mika ke?"

"Kau tahu tak Rayana tu sebenarnya adik tiri Qaril?"

"Hah?! Seriuslah?! Kau jangan main-main, woi!" Hah, mulalah dia rasa panas punggung. Gila ke dia tak terkejut? Ini informasi yang hangat.

"Akak nampak muka saya ni macam badut ke? Nak main-main hal macam ni?" 

Semedan itu, Ellzan diam seketika. Haura..

"Mana kau tahu? Bila kau tahu ni?! Kenapa kau tak bagitahu akak awal-awal?!" Membesar mata Aiya bersungguh-sungguh bertanya kepada lelaki dihadapannya ini. 

"Saya pun baru tahu semalam. Ni baru ada masa nak bagitahu akak. Saya tahu pun daripada mama saya"

Aiya melepaskan nafas panjangnya. Tangan dilipatkan ke dada seraya itu badan tersandar. 

"Jadi Rayana lah cable besar dia?"

"Absolutely, yes"

Aiya mengangguk-angguk kepala. Segala apa yang dia fikirkan sekarang ini lebih mudah. Seperti tali yang berselirat sekarang ini satu persatu sudah terlerai. 

"Alah, kau jangan risau. Pihak poliskan tengah siasat Rayana juga. Tak lama lagi, ke dalam lah diaorang semua"

Ellzan berdecit. Dia sudah tidak mampu bersabar! Disebabkan Qaril dan Rayana, Atiff kini bertarung nyawa dihospital!

"Sampai bila kita nak kena tunggu? Iman saya ni bukan setebal kamus. Setebal kulit bawang pun belum tentu"keluh Ellzan.

"Dah tu tak reti-reti ke?" 

"Reti apa?"

"Tak reti-reti ke tambahkan iman tu? Heh, patutlah belum kahwin. Baran!" cemuh Aiya sebelum dia mengangkat punggung berlalu pergi.

Ellzan disitu terpinga-pinga. Tak memasal aku kena cop baran ni apahal?

"Perempuan tu pun ikut sama macam budak tiga suku tu.."





TBC

By Meira

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now