𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟔

42 3 0
                                    

"ATIFF, you rasa Haura dengan Ellzan ada apa-apa tak?"

Atiff memandang Nedina yang sedang mengeringkan rambut itu sekilas sebelum mata dia kembali menghadap iPad miliknya. Soalan yang dia terima tadi seakan tiba-tiba. Mengejutkan jugalah.

"Kenapa pula?" soalan dibalas soalan.

"You tak perasan ke Haura tu macam ambil berat sangat dekat BFF you? Tak pernah-pernah pula dia rajinkan diri nak jaga orang dekat hospital tau! Jaga ibu pun tak beria macam gitu!" Rasa ingin tahu Nedina terlalu tinggi. Sejak awal lagi dia melihat Haura dan Ellzan itu cukup buat dia terfikir. Ellzan bakal jadi adik ipar dia kah?

"I rasa biasa je. Kalau I jadi Ellzan, I anggap Haura jaga I sebagai seorang abang. Tak lebih" tenang Atiff memberi pandangan. Lagipun dari segi Ellzan melayan Haura, dia tahu lelaki itu tidak berminat langsung malah dia tahu Ellzan bagaimana jika dilamun cinta.

Kah!

"No! Kenapa you cakap macam tu? Kalau Haura dengar macam mana? Mesti dia sakit hati nanti" Kalau Haura suka Ellzan, jujur Nedina sokong! Ellzan itu kacak! Umur dah nak dekat 30 tahun pun masih nampak segak. Bujang terlajak!

"Yang sibuk sangat nak jadi tukang cari jodoh orang kenapa?" Berkerut dahi Atiff dengan Nedina yang sejak dua menjak ini terlalu random! Dipandang si isteri yang sudah duduk bersandar pada penyandang katil. Seketika tangan Atiff naik mengusap perut Nedina.

"Kenapa? I suka Ellzan jadi adik ipar I. Dia handsome! Hot!" selamba Nedina berkata tanpa rasa serba salah. 

Bulat mata Atiff merenung Nedina yang masih tersengih kambing. Bangga sangatlah tu?

"You nak curang, agak-agaklah. Tak payah dengan Ellzan kot. Cari orang lain" 

Nedina bungkam mendengar nada suara mendatar Atiff. Tiada perasaankah lelaki itu? Jealous ke? Dia mahu lelaki itu cemburu! Aduh!

Sebelah kening Atiff terjungkit saat terpandang wajah Nedina yang tidak berpuas hati itu. Salah orang lah nak gula-gula kan. 

"I kenal Ellzan lebih dari you kenal dia. Cari je lah mana-mana anak ikan. Ellzan? What a shame" sinis Atiff berkata. Wajah tenang namun dalam hati berguling melepaskan ketawa terbahak-bahak.

"Euw! You ingat I sugar mommy ke?!"

"Mana tahu I pergi dulu, you terasa nak kahwin dengan anak ikan pul-"

"You tak ada, you pergi mana?" Tiada senyuman. Tiada wajah main-main. Yang ada hanya renungan tajam Nedina pada Atiff.

Lama mereka menatap antara satu sama lain. Nedina cukup faham dengan maksud yang cuba Atiff katakan. Atiff pula berpura-pura tenang walau dalam hati yang dalam, hanya Tuhan saja tahu. 

Kau salah percaturan, Atiff.

"Wife, I bukan milik you selamanya. Belajar untuk mencintai manusia secara sederhana" lembut Atiff berkata sambil tangan mengusap kekura Nedina.

"Apa you merepek ni?! I tak suka you cakap macam ni!" Kembang kempis hidung Nedina. Naik merah juga mata menahan daripada menangis.

"You tak akan pergi mana-mana! Selamanya I nak you dengan I je!" kuat dia membentak. Terasa ada asap-asap yang keluar daripada telinganya. Menggelegak terasa api kemarahannya dicuit oleh kata-kata Atiff sendiri.

"Ned, listen to me first.."

"No! You tak akan pergi mana-mana! Fullstop!" Kasar Nedina membaringkan tubuhnya membelakangi Atiff. Ditolak kasar tangan Atiff yang masih berada diperut besarnya.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now