𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟒

68 4 0
                                    

Lama Nedina merenung dua kotak pregnancy test yang baru dia beli sewaktu pulang dari pejabat. Berkira-kira dia mahu mencuba tetapi tidak salah jika dia mahu pun. Tambah pula dia sudah lewat datang haid.

Lewat 2 minggu daripada biasa.

"Tunggu dulu lah"

Malas mahu berfikir lama, terus dia membiarkan dua kotak alat uji kehamilan didalam plastik.

"Sayang! Lama lagi ke? I pula nak masuk" Laungan daripada Atiff membuatkan Nedina segera membuka pintu bilik air tanpa berlengah.

Makin dibiar nanti makin kuat lelaki itu menjerit.

Bukan boleh kira.

"Lamanya you dalam tandas. Buat apa?"soal Atiff curiga.

"Mandi. Dah pergi sana! I nak masak"

Atiff tidak banyak soal terus dia memasuki bilik air. Malas mahu bergaduh. Dia pun sudah tidak tahan.

Terdengar sahaja pintu bilik air ditutup, laju Nedina mengeluarkan plastik berisi alat ujian kehamilan daripada bajunya. Nafas lega dihembus.

"Mujur tak perasan"

Pantas Nedina menyembunyikan kedua-dua kotak itu di dalam laci bersebelahan katil mereka. Lalu melangkah keluar menuju ke dapur.


⚜️⚜️⚜️

Haura menolak kerusi roda milik Hanim ke tepi katil. Selimut dibetulkan sedikit tidak mahu ibunya terjaga. Sesekali dahi dan tangan tua itu dicium. Rindu. Sangat rindu.

Seminggu sudah berlalu Hanim dikeluarkan daripada hospital. Seminggu juga Haura berulang-alik daripada rumah ke kampusnya. Hujung minggu giliran Nedina menjaga ibu mereka.

Kadangkala jika Haura terpaksa pulang lewat ke rumah, terpaksa dia meminta bantuan Atiff. Syukur kerana Atiff sanggup mengosongkan jadualnya yang padat demi menjaga ibu mentuanya.

Menantu mithali sangat.

"Ibu.. ibu cepat sembuh tau. Haura janji lepas ibu sembuh Haura rajin tolong ibu dekat kafe"

Tidak semena di hujung ayat dia ketawa. Walau hambar tetap sahaja dia cuba menghidupkan suasana sepi diantara dia dan Hanim.

"Ibu boleh sembuhkan doktor?"

"Sudah semestinya boleh cik. Cumanya ibu cik dalam keadaan trauma. Luka-luka pada badan ibu jangan lupa cuci ya? Saya nak pesan.. jangan paksa pesakit untuk bercerita. Takut dia stress"

Bingung. Bagaimana Haura perlu sabar jika dia seseorang yang dilahirkan dengan kesabaran yang senipis kulit bawang?

Kesabaran dia bukan seperti Nedina atau Atiff. Dia mahu tahu apa yang terjadi. Itu sahaja.

Orkid pula selepas Hanim dikeluarkan daripada hospital terus saja menghilang. Katanya sibuk kerja. Malas ambil pusing, dibiarkan sahaja perempuan itu dengan kehidupan barunya.

Ting tong

Loceng rumah berbunyi mengejutkan Haura daripada lamunan nya yang panjang. Liur ditelan.

Siapa pula yang datang pada malam-malam begini?

Sekilas Haura memandang Hanim yang lena tidur sebelum dia membuka langkah menuju ke pintu utama rumah.

Ting tong

Tanpa berfikir pintu rumah dibuka dan kaki menyarung selipar. Mata dikecilkan cuba melihat siapa empunya yang datang.

"Takda pun orang.."meleret suara Haura. Sekeliling rumah agam ini diperhatikan.

Daripada rumah jiran hadapan sehingga ke hujung sana diperhatikan. Tiada pun kelibat sesiapa. Yang hanya ada anjing jiran sebelah yang sedang memandang ke arah Haura.

"Wuof! Wuof!"

"Allahuakbar!"

Terkejut.

Nyalakan anjing secara tiba-tiba mengejutkan Haura. Semedan itu juga bulu roma dia berdiri tegak. Entah angin apa yang menyapa kulit tubuhnya malam ini. Pelik kehairanan. Sejuk semacam.

"Wuof! Wuof!"

Dengan rasa berdebar Haura kembali masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci.

Dada yang berombak laju disentuh. Tubuh disandarkan pada pintu. Penat. Walau dia tidak berlari tetapi penat yang secara tiba-tiba.

"Astaghfirullahalazim, ya Allah.. apa tu.."

Bukan sekali dia kena begini. Sejak dua menjak ini. Belum dia ceritakan tentang dia dikacau di hospital. Itu pun tidak dia dedahkan cerita ke Nedina mahupun sesiapa.

Hanyalah rahsia Haura seorang sahaja.


⚜️⚜️⚜️


Atiff merebahkan badan bersebelahan Nedina. Comforter ditarik sehingga ke dada lalu mengiring merenung si isteri yang sudah lena diulit mimpi.

Lambat hari ini dia melelapkan mata. Semuanya gara-gara mesyuarat esok hari. Dia perlu siapkan juga supaya dia tidak susah.

"Huh.."

Mahu atau tidak sekarang Atiff perlu pandai uruskan masa. Keadaan ibu mertuanya sekarang perlu diberi perhatian.

Tambah pula Atiff satu-satunya lelaki di dalam keluarga itu. Menantu lelaki pertama. Dia perlu menjaga ibu dan adik iparnya. Jika berlaku apa-apa, dia pun akan susah hati.

Bukan mereka tidak mahu tidur rumah Hanim buat sementara waktu tetapi Nedina yang tidak mahu. Katanya tidak mahu menyusahkan Atiff bersesak-sesak diatas jalanraya pagi-pagi.

Memang benar hendak ke rumah ibu mertuanya dan pejabat Atiff jaraknya agak jauh. Memakan masa hampir 2 jam untuk sampai.

"I tak nak menyusahkan you. It's okay, Haura pun cakap kalau ada apa-apa dia terus call. Contact kita. Don't worry"

"At..tiff.. sakit.. jangan tinggalkan I. Atiff.. sakit.."

Rintihan Nedina membatalkan niat Atiff untuk memejamkan mata. Berkerut dahinya.

Nedina mengigau?

"Atiff.."

"Ned? Sayang?" Tangan Nedina digenggam.

Lama Atiff menunggu balasan Nedina. Sudahnya gadis itu kembali tidur. Tidak sedar langsung.

"Ceh, nak aku pegang tangan dia cakap je lah. Buat-buat mengigau pula. Basilah taktik ni"bebel Atiff sendiri.



TBC

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now