𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟕

44 3 0
                                    

ATIFF berjalan keluar daripada bilik dia dan Nedina lalu mata menjeling sekilas meja makan. Roti bakar, telur hancur dan sejug kopi. Sempurna. Semuanya disediakan Nedina.

Dan di mana isterinya itu?

Atiff melabuhkan punggung sebelum satu roti disuakan ke dalam mulut. Sambil-sambil itu mata masih mencari kelibat Nedina. Masuk hari ini sudah 4 hari mereka melancarkan perang dingin.

Semalam Nedina pulang ke rumah agak lewat pun, Atiff yang lena di sofa terjaga seketika. Dia nampak kelibat isterinya itu.

Malas mahu membuka mulut.

"I pergi dulu" Nedina keluar daripada dapur. Wajah perempuan itu tidak seceria biasa. Pucat. Dingin. Masam.

"Ned, you dah isi perut belum? Kalau belum, makan dulu"tegur Atiff mendatar. Mata memandang riak Nedina yang seakan tidak berminat langsung dengan ajakannya tadi.

"I tak lapar" dingin.

"You yang tak lapar. Baby lapar. Sini, makan" Tangan Atiff naik mahu menarik tangan Nedina. Memujuk.

Nedina menggulingkan matanya ke atas. Dia masih berkecil hati dengan apa yang terjadi tempoh hari. Kalau boleh pandang muka Atiff pun dia tidak mahu.

"Tak nak."

"Nedina, jangan sampai I dukung you bawa datang sini"

Ugutan daripada Atiff itu sedikitpun tidak menakutkan wanita itu malah perasaan jengkel saja yang terbit dalam hatinya. Gila.

"I tak lapar. I tak rasa nak makan. I tak rasa nak sumbat apa-apa dalam mulut I. Dan I tak nak pandang muka you, Atiff"

Lama Atiff merenung wajah isterinya. Dia cukup faham mengapa Nedina bersikap keras kepala begini. Namun melihat perempuannya berlapar semata-mata kerana ego, itu bukan salah satu cara.

"I tahu you merajuk dengan I, Ned. I minta maaf I tengking you. I marah you depan Haura. I'm really sorry. My bad, okay?"

Senyuman sinis terukir sebaik mendengar bicara Atiff. Nedina tidak akan lupa setiap bait kata yang meluncur laju keluar daripada mulut lelaki itu.

Tajam.

Pedih.

Sakit.

"Your sorry isn't enough for me. Takkan pulih pun hati I yang sakit ni. Tak akan bagi keadilan pun untuk ibu I. You yang minta I jadi macam ni kan? So, you hadaplah"

Atiff mendekati Nedina yang sudah berada di muka pintu hadapan rumah mereka.

"Nedina. I cuma tak nak you terlibat dalam kes tu. Bahaya. I takut kalau Orkid apa-apakan you" Jemari Nedina dicapai membuatkan perempuan itu memandang malas ke arah Atiff.

"Oh, really? Atau you sebenarnya ada sorok sesuatu daripada I. Huh?"

Terkedu. Seraya itu pegangan Atiff pada jari Nedina terlerai. Liur ditelan berkali-kali. Dada mula terasa sesak untuk bernafas. Pandangan tajam isterinya juga membuatkan lidah dia kelu.

"Answer me. Bet-betulkan? You ada sorok sesuatu belakang I" Jatuh air mata Nedina ke pipi. Pagi-pagi lagi dia sudah menangis kerana hal yang dia sendiri tidak mahu bahas. Dia takut jika sangkaannya itu benar.

You're still in love with her, aren't you?

"Betul tak, Atiff Mikael? Kenapa you diam? Jawablah.." hampir tidak terkeluar suara Nedina meminta Atiff yang kaku tidak berkata apa itu bersuara.

Melihat air jernih membasahi mata Nedina, Atiff memalingkan wajahnya ke arah lain.

"It's not what you think, Nedina. I-"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now