𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟏

77 4 0
                                    

Tuk tuk tuk

"Ned! Mika! Bangun bangun! Dah pukul 8 pagi ni"laung Hajar daripada luar bilik anak menantunya.

Diketuk berkali-kali pintu bilik itu tetapi tidak menyahut. Niat mahu memulas tombol pintu terbantut apabila mengingatkan Atiff dan Nedina itu suami isteri. Risau jika ada perkara tidak patut dilihatnya terjadi.

"Ke mana budak-budak ni pergi? Dah bangun ke belum?"omel Hajar sendirian. Dia berlalu ke tingkap rumah. Sliding door dibuka membiarkan udara pagi masuk ke dalam rumah kayunya ini.

Nyaman.

"Kereta ada. Ke mana pula ni.."

"Hah Hajar. Dah kejut ke budak-budak tu?" Suara amat dikenali Hajar mengejutkannya.

Hajar memalingkan tubuh menghadap si gerangan. Hassan, suaminya.

"Sudah bang. Pintu tu macam nak roboh saya kerjakan. Tak bangun-bangun juga. Dengar bunyi katil pun tak ada"adu Hajar.

Mendengarkan itu Hassan tersenyum sendiri. Hajar faham dengan senyuman suaminya. Diaa memandang tanpa riak.

"Abang pagi-pagi dah fikir ke lain ya?"

Hassan menatap wajah isterinya sebelum dia ketawa kecil.

Tak nak cucu ke Hajar oi?

"Abang teringat waktu kita muda dulu. Hajar dulu pun macam Ned kan? Macam-macam perangai"

"Eh eh kita pula. Apa yang macam-macam perangainya? Kalau abang tak selalu usik saya, saya tak adanya nak marah-marah abang"

Hajar menjeling suaminya tajam. Orang tua ni bila cakap perihal mereka waktu muda, ada sahaja benda mahu di ungkit.

"Yelah, Jar.. awak menang" Malas mahu berbahas, bergaduh pagi-pagi begini. Hassan mengaku kalah.

"Atiff! Bangun-bangun! Dah pagilah you! You! Bangun!"

Hajar dan Hassan memandang sesama sendiri. Kenal benar mereka dengan suara yang memekik pagi-pagi begini. Suara Nedina.

"Ouch! You tolak kepala suami you macam tu je?!"

Suara Atiff.

"Macam dekat luar rumah je dengar suara"kata Hajar.

Hassan mengangguk. Tanpa menunggu lama, pintu gerbang rumah agam ini dibuka dan terserlah dua susuk yang dicari-cari mereka. Atiff dan Nedina. Sama-sama duduk tersandar di tiang rumah.

Muka masing-masing seolah-olah baru bangun tidur. Mamai.

"Allahuakhbar! Kamu berdua ni kenapa sampai tidur luar rumah?! Buang tebiat?!"pekik Hajar.

Nedina tergopoh-gapah berdiri manakala Atiff meraup rambutnya ke belakang. Disandar tubuhnya ke tiang rumah yang besar ini.

Mengantuk.

"Maaf umi. Kami.. kami.."

"Pergi mana kamu berdua malam semalam? Berjaket hitam bagai ni semua? Club?"

"Eh! Tak, umi! Kami tak pergi club!" Bersungguh Nedina menafikan kenyataan Hajar. Namun, Atiff sedikit tidak membela. Hanya diam dengan wajah yang mamai.

"Habis tu? Mika! Bangun! Ke mana kamu bawa menantu umi ni pergi?!"soal Hajar garang.

Nedina menelan liur melihat Hajar yang sudah seperti harimau kelaparan itu. Menyeramkan. Menakutkan.

"Alah.. umi.. biasalah lepak mamak kejap. Itu je"balas Atiff malas. Dia berdiri bersebelahan Nedina.

Ye ke mamak?

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now