𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟑

66 4 0
                                    

Daripada jauh Nedina melihat Haura dan Atiff berborak rancak bersama Orkid. Dia hanya memeluk tubuh merenung penampilan baru yang ditonjolkan perempuan yang dia musuhi itu dengan pandangan cukup sinis.

'Bukan dia dulu bertutup litup. Sekarang habis semua dia nak tunjuk. Nak goda Atiff ke apa?',desis Nedina. 

Masuk sahaja Orkid ke dalam wad ini sebentar tadi, cukup buat mereka bertiga terpana sebentar. Gadis itu mengenakan gaun ketat paras paha dan rambut keperangan dibiarkan melepasi bahu. 

Ini ke perempuan yang ibu agung-agungkan tu?

"Ned, sakit kepala lagi ke?" Atiff mendekati Nedina selepas dia menyedari isterinya itu hanya diam merenung tajam ke arah dia yang berborak bersama Orkid. 

"Tak" Ringkas Nedina menjawab. Wajah Atiff tidak dipandang malah belaian tangan lelaki itu pada kepalanya juga ditolak lembut. 

"Wo.. Ada orang cemburu.."kata Atiff. Senyuman sinis menghiasi wajahnya saat mata dia dan mata Orkid bersatu. 

Orkid yang berada bersebelahan sisi katil Hanim membalas pandangan tajam Nedina bersama senyuman. Senyuman yang sukar Nedina tafsirkan. 

"Tch, tak kelakarlah Atiff" Tegas kedengaran suara Nedina berkata. 

Pantas Atiff mengambil tempat disebelah Nedina lalu tangan isterinya digenggam erat.

"I hantar you balik nak?"

"Kenapa? Supaya senang you nak bagi belut betina tu goda you?!"bentak Nedina dalam nada suara berbisik. 

"Ya Allah, yang.. bukanlah! You kan tak sihat, sakit kepala. Kita balik dulu. You rehat. Kalau ibu dah sedar, kita pergi hospital balik"terang Atiff.

Gabra apabila Nedina mula bermasam muka dengannya.

"Tak payah, I nak balik sendiri. You duduk sini dengan Haura. Jangan tinggalkan ibu dengan perempuan sundal tu. Nanti entah apa-apa yang dia buat dekat ibu"

Selesai berkata terus Nedina membuka langkah keluar daripada wad. Haura yang melihat adegan pergaduhan kecil kakak dan abang iparnya hanya menggeleng sahaja. Atiff tidak betah menunggu. Dia mengejar Nedina yang menonong berjalan.

"Sayang!"

"Haih.. triggered lagi ke dengan bekas tunang suami sendiri"sindir Orkid. Badan disandarkan pada kerusi sambil tangan disilangkan ke dada. 

"Orang baru merasa ada partner. Biarlah" Haura cuba menenangkan keadaan yang sedikit hening ini. 

Dalam diam dia menyimpan perasaan tidak senang. Tidak selesa juga. Penampilan baharu daripada Orkid buatkan Haura terkejut. Entah apa yang merasuk kakak tirinya ini sampai sanggup berubah sedemi rupa. 

Haura sedar dia pun tidak bertudung tetapi dia tidaklah akan memakai pakaian seperti Orkid ini. Terlalu seksi. Lagi-lagi pada bahagian dada dan paha terdedah. Banyak kali juga Haura menjeling ke arah abang iparnya. Samada lelaki itu memandang ke arah tidak sepatutnya ke tetapi alhamdulillah Atiff sedikit pun tidak melarikan pandangan daripada menatap wajah Orkid dan Hanim silih berganti. 

Lega juga hati Haura. Tambah pula dengan Nedina memerhati daripada jauh. Naik seram juga dia dibuatnya.




⚜️⚜️⚜️


Malam menjelma, Haura kembali ke wad Hanim selepas sahaja dia selesai menunaikan solat Isyak. Sempat juga dia ke kafeteria membeli makanan buat dia dan Orkid. Manakan tidaknya, daripada pagi sehingga langit bertukar gelap. Apa jenis makanan pun tidak ditelan. Lapar Haura tidak boleh dibawa bincang.

"Harap-harap okaylah aku tinggal ibu dengan Orkid tu"gumam Haura sendiri.

Ting! 

Sebaik lif berhenti pada tingkat yang menempatkan Hanim, pintu lif terbuka dan Haura membuka langkah keluar. Kaki dihayun ke wad hujung sekali. Sesekali dia mencuci mata melihat petugas-petugas lelaki yang lalu-lalang.

Segak.

Dalam Haura tersengih sendiri, dia melihat susuk tubuh yang dia kenali berdiri betul-betul dihadapan pintu wad Hanim. 

"Aik? Kak Orkid?" Naik berkerut Haura saat susuk tubuh Orkid hanya berdiri dan menunduk ke bawah. Tiada langsung riak seperti mahu masuk ke dalam.

Baru bibir mahu menegur, satu tepukan dibahu mengejutkan Haura. Lantas dia berpaling sebelum wajahnya berubah serta-merta.

"Haura beli apa untuk akak?"

Seakan hilang darah diseluruh muka Haura saat ini. Sungguh dia terdiam tidak terkata. Daripada atas hingga bawah dia menilik susuk dihadapannya kini.

"Or-Orkid?!"

"Eh, Haura dah kenapa? Okay ke tak?" Orkid bertanya hairan.

Liur ditelan payah oleh Haura. Jika dihadapannya sekarang ini adalah Orkid, jadi siapa perempuan yang baru dia nampak tadi? Terus Haura berpusing melihat pintu wad Hanim dan dia melopong. Perempuan yang disangka Orkid sudah tiada!

"Akak pergi mana tadi? Haura nampak akak.."

"Pergi tandas tadi. Kenapa?"

Haura menggeleng perlahan. Dada diusap cuba meredakan jantung yang mengepam laju ini. Seumur hidup dia tidak pernah dia diganggu begini. 

"Ta-tak ada apa. Jomlah kita makan dekat dalam" Haura cuba berlagak tenang walau hati dia cukup tidak aman. Bayangan perempuan tadi masih dia ingat. Memang sama seperti Orkid.

Pakaian, tinggi bahkan kasut juga dia nampak. Tumit tinggi berwarna merah!

"Wah, daging sedapnya.. Akak ambil yang nasi goreng ada daging ni boleh?"pinta Orkid.

Haura tidak membalas sebaliknya diberikan sahaja bungkusan makanan itu kepada Orkid. Dia dalam dilema. Untuk tenangkan hati yang mulai tidak tenteram ini payah. Sekilas Haura memandang wajah Hanim yang masih lena itu.

Ned, aku takut!

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now