𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟐

57 2 0
                                    

Malam tahun baru

ATIFF duduk di balkoni merenung kota malam yang tidak pernah lekang daripada kenderaan-kenderaan bertayar dua dan empat. Sesekali dia menghirup kopi panas yang berbaki separuh cawan itu.

Lima hari selepas Atiff pulang daripada outstation, entah mengapa suasana hati dia berasa tidak senang. Ada sahaja yang mengganggu fikiran sehingga segala kerja yang dilakukan terganggu.

Tambah pula semakin hari semakin kerap dia mengalami sakit kepala melampau. Kadangkala muntah sehingga tidak mampu bangun daripada katil.

"Ya Allah, apa yang serabut sangat ni" keluhan Atiff memang jelas dan rambut yang sedia serabai itu semakin berantakan.

"Sayang, you okay? Kenapa ni?" Tangan melingkar pada pinggang si suami dan wajah dibenamkan pada belakang tubuh itu.

Nyaman.

Terkejut dengan sergahan Nedina, Atiff pantas berpaling membuatkan dakapan Nedina pada pinggang lelaki itu terlerai. Berkerut dahi Nedina melihat riak wajah Atiff yang seakan tidak selesa itu.

"Kenapa?" Hairan. Atiff hanya merenung wajah Nedina tanpa berkata. Renungan yang tajam dan dalam.

"You ni sihat ke tak?" Nedina menyoal mendatar.

"Tak."

Nedina terpempan. Tak sihat? Laju tangan naik menyentuh dahi dan leher Atiff namun syukur. Tiada tanda-tanda panas pun.

"Tak panas pun bad-"

"I tak boleh dekat dengan you, sayang. I rasa nak- bwerk"

Nedina terkesima memandang Atiff yang berlari sepantas kilat menuju ke singki bilik air. Dalam diam dia tersenyum nipis.

Sampai bila nak sorok Nedina?

"Bwerk! Bwerk"

Kuat suara Atiff memuntahkan segala isi perutnya. Tiba-tiba rasa pening mula menghambat isi kepala. Tiba sahaja Nedina bersebelahan Atiff, laju dia menggosok belakang badan lelaki itu.

"Dah?"

"Hm" balasan lemah Atiff sungguh buat Nedina hampir meletus tawa.

Alahai, laki aku pula kena alahan

Nedina memimpin Atiff menuju ke sofa ruang tamu. Habis hilang segala riak ganas muka Atiff melainkan wajah pucat lesi.

"You dah mandi ke belum? Kenapa I tak tahan bau- bwerk" Atiff menekup mulutnya saat terasa seperti ada isi yang mahu dimuntahkan namun hanya seketika rasa itu sebelum dia memejamkan mata. Merehatkan diri.

"You jaga sikit mulut you eh?! I dah mandi! You tu je yang mabuk apa tah sampai muntah macam ni!" Membentak juga Nedina mendengar tuduhan si suami yang tidak berasas itu.

"You jangan jerit-jerit.. I makin pening dengar suara you"

Zup!

Mengecil mata Nedina menatap wajah Atiff yang sedang mengurut kepala itu. Hampir saja tangannya naik mencubit pinggang Atiff namun disabarkan hati yang panas ini.

"Ned, I rasa kita kena pergi klinik" Atiff menoleh ke arah Nedina yang turut memandangnya. Mereka sama-sama menatap antara satu sama lain.

"Alah, tak teruk pun sakit you ni" Sengaja Nedina menguji. Mahu melihat balasan apa yang akan Atiff katakan kepadanya.

"Tak teruk you cakap? I dah beberapa hari asyik muntah! Pening kepala! Semua kerja I tergendala tahu?! Prihatin lah sikit"

Meledak marah Atiff dengan Nedina malam ini. Tidak kesian kah gadis itu pada dia sehingga sanggup biarkan suami sendiri menanggung sakit.

Nedina menyembunyikan tawa. Tahu pun marah! Pandai buat pandailah tanggung.

"You sakit macam ni sebab perbuatan you sendiri"

"Perbuatan I? Apa yang I buat?" Bingung Atiff dibuatnya dengan kata-kata Nedina itu. Apanya salah Atiff? Atiff tak buat benda yang salah.

"Pura-pura tak tahu pula dah.." meleret suara Nedina berkata. Tidak betah dengan renungan kehairanan Atiff itu terus saja tangan Nedina menarik tangan Atiff mendarat pada perutnya.

"Ap-apa you buat ni?"

"You rasa?" Riak wajah Atiff yang masih tidak mendapat sebarang jawapan dipandang lama.

"Manalah I tahu. You ni-" Atiff mahu menarik tangannya daripada terus berada pada perut si isteri tetapi Nedina meletakkan kembali tangannya.

"Atiff, I serious kali ni. I nak you rasa" Berubah wajah Nedina daripada lembut kepada mendatar. Teragak-agak tangan Atiff bergerak mengusap perut Nedina sebelum dia merasakan sesuatu.

Benjolan kecil.

"Ad-ada benjol.. ada benjol dekat perut you" Tenggelam timbul Atiff bersuara. Suaranya juga hampir tidak terkeluar. Satu perasaan meresap ke dalam dirinya membuatkan jantung berdegup hebat. Laju.

"Then?"

Atiff diam. Silih berganti mata dia bergerak memandang Nedina dan perut perempuan itu. Sungguh otak dia tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku.

Perasaan yang bercampur-baur ditambah dengan debaran hebat pada dada. Nedina memanah mata tajam Atiff yang turut menatapnya. Dia menunggu Atiff berkata sesuatu dan dia berharap sesuatu yang dia tunggu itu tidak menghampakan.

Sedangkan Atiff kelu. Dia meletakkan harapan yang tinggi supaya tekaannya tidak salah. Atiff takut jika apa yang dia fikirkan ini bercanggah dari kenyataan yang sebenar.

"Kita akan jadi mummy daddy?"

Bom!

Bom!

Seraya itu dentuman bunga api kuat kedengaran. Terus menerus letusan bunga api menyinari langit malam yang kian larut. Langit malam yang penuh dengan warna-warni. Tahulah mereka inilah buku baru yang bakal berlangsung.

Buku lama yang telah melabuhkan tirai beberapa minit lalu sementara buku baru telah memulakan prolognya.

Dan pada saat ini bermulanya juga kisah antara Atiff dan Nedina menuju ke fasa lebih jauh dan lebih dalam. Terjumpa tanpa sengaja dan berkahwin tanpa sengaja.

"Congrats, Atiff Mikael. You bakal jadi daddy"

"Congrats too, Nedina Hayfa. You bakal jadi mummy"

Atiff menarik Nedina ke dalam dakapannya. Saat itu hanya tuhan sahaja tahu perasaannya ketika ini. Buat pertama kali selepas mereka mendirikan rumah tangga, Atiff menitiskan air mata.

"Thank you, Ned"

Senyuman nipis terukir diwajah Nedina. Dia dengar esak tangis Atiff yang kian kuat itu. Tanpa dia sedar dia juga mengalirkan air mata. Hatinya dihambat rasa sayu melihat Atiff begini. Mereka gembira namun dalam masa yang sama rasa takut.

Takut pada masa akan datang.


Remember the fire we had
Our eyes, they're shining so bright when our hearts collide
I don't need a doctor, you're my medicine
Giving me a high when walls are caving in

So come back now
Won't you give me something tonight

(Into You by Matisse ft. Sadko)

TBC
By meira

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now