𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟏

57 3 0
                                    

KAKI melangkah keluar daripada balai pelepasan bersama tangan menarik sebuah beg roda pakaiannya. Rata-rata yang berada di KLIA itu pasti akan mengalihkan pandangan memandang ke arah dia yang segak berkemeja biru tua beserta seluar jeans hitam dikenakan pula dengan kaca mata hitam.

Sekali pandang saja pun orang boleh mengagak yang dia masih belum berkahwin. Masih kelihatan muda dan bujang. Walau hakikatnya dia sahaja yang mengetahui sebenarnya.

Tangan mengibas-ngibas kemeja yang sudah dibuka dua butang teratas. Panas. Seminggu berada di London pun dia masih tidak mampu menahan cuaca panas pada Malaysia.

Poyo

"Hi, handsome."

Atiff berpaling ke kanan sangat telinganya menangkap bisikan lembut. Melihat wajah manis bertudung bawal membuatkan senyuman Atiff melebar.

"Hi."

"Seorang je ke? Atau berdua? Kalau seorang, boleh I teman"

"Kalau you teman I, takda yang marah?" Pinggang wanita itu dirangkul kemas sambil mata tidak lepas daripada menatap wajah itu. Wajah yang amat dia dirindui sewaktu di luar negara.

"Haha.. gatal!" Gelakan tawa kecil daripada Nedina mengundang mata-mata yang lalu lalang memandang.

"Mana you park kereta? I tak sabar nak balik" Atiff berjalan beriringan bersama Nedina menuju ke kereta mereka. Sambil tangan tidak lepas daripada pinggang si isteri.

Tidur tanpa peneman selama seminggu mencabar juga imannya. Walaupun kadangkala Nedina akan hubungi dia pada lewat malam. Sleepcall tetapi tetap saja rasa itu tidak sama jika orang itu ada dihadapan mata.

Lagipun semenjak mereka berkahwin tidak pernah mereka berpisah selama ini. Walau sehari dua pun tidak pernah. Mungkin sekarang Allah mahu berikan dugaan sikit. Merasa hidup berjauhan seketika dan Atiff tidak mahu menipu diri bahawa berjauhan dengan orang yang dicintai ini menyeksakan.

Bak kata watak utama dalam filem Dilan yang dia tonton bersama Haura, Rindu itu berat. Sialnya hal itu adalah fakta yang Atiff susah untuk mengaku. Walaupun ketika menonton movie Dilan perasaan menjengkelkan itu terbit didalam hati Atiff.

"Apa yang Haura suka sangat tengok Dilan ni? Cringe lah abang" satu popcorn dimasukkan ke dalam mulut sambil mata tidak lepas menghala ke arah TV.

Haura yang berada diatas karpet itu mendengus. Apa yang payah sangat abang ipar dia ni? Tengok je lah.

"Abang tak faham percintaan budak sekolah macam diorang ni"

"Macam mana nak faham? Awak tengok movie tu dah berpuluh kali! Tak bosan ke?" Atiff tidak mahu mengalah. Hampir saja remote TV diambil tetapi Haura lebih pantas merampas dan sembunyikannya ke dalam baju.

Kurang asam

"Abang jangan cuba-cuba nak tukar! Tengok je sampai habis!"

⚜️⚜️⚜️

HANIM merenung ke luar jendela yang terbuka luas di dalam biliknya. Sudah hampir berbulan dia terbaring sahaja diatas katil namun hari ini dia nekad mahu menguatkan kudrat dia. Dia mahu keluar daripada rasa takut yang membelenggu dirinya.

Selepas beberapa minggu ini dia amalkan apa yang ustaz Syahil pesan. Alhamdulillah, sakit Hanim semakin membaik pulih. Gangguan mistik pun bekurangan walaupun kadangkala pasti juga akan terkena.

"Ibu.. ibu dah bangun? Macam mana hari ni?" Suara menegur dimuka pintu biliknya menghentikan lamunan Hanim yang panjang.

"Alhamdulillah, ibu makin sihat. Ibu dah boleh solat berdiri sejak dua menjak ni. Badan pun rasa ringan. Sangat"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now