𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟖 || 𝐓𝐡𝐫𝐨𝐰𝐛𝐚𝐜𝐤

59 3 0
                                    

ORKID tersenyum puas mendengar maklumat yang diberikan oleh Qaril dihujung talian. Tangan memegang segelas wine sebelum diteguk.

"Sekarang kau nak aku buat apa? Bunuh orang tua tu?"

Gadis itu berjalan ke arah jendela. Bangunan tinggi pada waktu mendung memang cantik untuk dipandang.

"Tak perlu. Cuma pastikan semuanya berjalan lancar"

Selesai memberi arahan, panggilan ditamatkan. Satu keping gambar yang terhiasi dengan beberapa coretan dipandang Orkid.

"Saya tak minta banyak pun, Nedina. Saya cuma nak apa yang awak ada je.."

Semakin lama dia melihat gambar Nedina dan Atiff, semakin rasa marah, dendam membuak-buak. Walau sekelumit pun rasa sakit hati tidak dapat dibendung lagi.

"Sebabkan awak.. hidup saya jadi macam ni. Sebabkan awak tau. Sebabkan awak.."

Dengan sekali genggaman gambar itu ronyok. Hancur ditangan Orkid. Kemudian dibuang ke lantai.

"DISEBABKAN KAU!! DISEBABKAN KAU HIDUP AKU HANCUR!!"marah Orkid.

Menjerit kuat bagai nak gila. Rambut panjang keperangannya ditarik Orkid berkali-kali.

"ARGH!!" tidak cukup menarik rambut, kepala sendiri pula menjadi sasaran Orkid dengan memukulnya.

"DUNIA MEMANG TAK ADIL!! SEPATUTNYA AKU, NEDINA! AKU YANG ADA DEKAT TEMPAT KAU!" bergenang air mata Orkid memikirkan kembali apa yang terjadi kepadanya sepanjang dia hidup ini.

Sakit untuk dia telan sendiri.

Orkid terduduk memeluk lutut. Tangisannya pecah. Semua impian dia hancur gara-gara kesilapan sendiri.

"Sepatutnya bukan Atiff yang masuk bilik tu!! ARGH! BODOH! BODOH!"


Kejadian selepas Nedina dan Atiff tangkap khalwat

Pang!

"Bodoh!!"

Buk!

"Menyusahkan aku!!"

Orkid yang duduk bersilang kaki dikerusi melihat sahaja orang suruhannya memukul pekerja hotel yang diupah  mereka.

Api kemarahannya masih membara. Bila-bila masa sahaja ia akan meletus kembali. Cukuplah semalam dia meraung bagai nak gila selepas mendapat tahu rancangannya tidak berhasil.

Dia sendiri masih terkejut dengan apa yang terjadi. Boleh pula Atiff menginap hotel yang sama dengan Nedina. Memang tidak dapat diterima dek akal.

"Cukup, Faruk. Aku tak nak budak ni mati. Satu hal kita kena uruskan"kata Orkid tenang.

Dia berjalan perlahan mendekati ke arah Faruk dan dilantai terdapat seorang lelaki yang sudah terbaring lemah. Cedera parah dibantai Faruk.

"Hei, budak. Kau buta ke? Ke kau bodoh sangat tak dapat beza muka dia ni dengan lelaki tu?!! HAH?!"pekik Orkid.

Ktak!

Perut lelaki itu dipijak Orkid. Sengaja Orkid menekan lagi pada bahagian perut memandang dia berkasut tumit tinggi hari ini. Biar terburai perut pun tak apa.

"So-sorry, kak. Saya betul-betul tak sengaja. Saya-saya mamai tertidur dekat lobi. Saya bagi je kunci bilik dekat abang tu"terang lelaki itu takut-takut.

Naik senak perut ditekan Orkid begitu. Sudahlah tadi Faruk membantainya seperti mahu mati.

"Wah wah wah.. pandainya kau bagi alasan. Kerja tak jalan, duit kau dapat tau. Sekarang ni.. aku nak kau bayar balik semua duit yang aku bagi dekat kau!! Aku bagi kau masa sampai esok!! Kau faham tak?!" Tajam mata Orkid menikam anak mata lelaki itu.

"Ta-tapi kak duit tu saya dah guna sep-separuh kak"

Orkid ketawa sinis. Dipandang Faruk disebelah sebelum dia memberi isyarat.

"Kau ni memang nak ke-" baru selangkah Faruk maju terus kakinya ditahan.

"Ba-baik! Ba-baik! Esok saya bayar!! Esok!"


Sehinggakan hari ini Orkid masih berdendam. Semakin marak pula api kemarahan melihat kemesraan antara Atiff dan Nedina. Mudah sahaja mereka bahagia. Dan begitu mudah Nedina berubah. Tinggalkan kehidupan lama.

Namun, semua itu bagaikan kepalsuan dimata Orkid. Dia yakin Nedina sengaja mahu membalas dendam. Melihat kesengsaraan dia adalah misi Nedina.

"Korang tunggu.. aku takkan bagi korang hidup bahagia. Dendam lama perlu aku lunaskan.."

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now