𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟖

29 1 0
                                    

PENAT.

Lelah.

Itu yang Haura rasakan sekarang ini. Dia tidak tahu berapa lama dia dikurung. Bahkan pagi, petang atau malam pun dia tidak tahu. 

Perlahan-lahan tubuh disandar pada dinding bilik. Mata Haura tidak lepas daripada merenung tompokan darah yang banyak pada lantai. Semuanya pergelutan antara dia dan Qaril.

"JANGAN SENTUH AKULAH, SYAITAN!"

Sepak.

Terajang.

"LEPASKAN! LEPAS!!"

"DIAM!"

"IBU! To-tolong Haura ibu!!"

Semuanya Haura rasai tanpa dia sedari sudah mula penat.

Peristiwa beberapa jam lalu kembali menerjah bayang fikiran Haura. Sakit. Sangat sakit sehingga mencengkam ke tulang rusuk dia. 

Berapa lama lagi dia harus tunggu untuk diselamatkan?

Berapa lama lagi dia harus kuat?

Atau mungkin dia memang akan dijual?

Kelopak mata Haura terpejam sejenak. Linangan air mata dia menitis ke pipi. Entah untuk ke berapa kali. Dia tidak suka menangis tetapi kali ini dia tewas.

"HSK! Ken-kenapa takda siapa sel-selamat Haura, ibu.."

Masih ada harapan ke untuk dia diselamatkan? 

BANG!

BANG!

Kaget. Dua das tembakan memecahkan kesunyian Haura di dalam bilik itu. Laju kepala dia memandang ke arah pintu. 

Buk!

BANG!

Tangan naik menutup kedua belah telinga. Bunyi tembakan itu terlalu kuat dan terlalu dekat dengan dia. Apa yang sedang berlaku diluar sana?

Dengan keberanian tersisa, Haura berjalan perlahan merapatkan telinga ke pintu. Jelas dia dengar bunyi tembakan tanpa henti. Kuat. Nyaring. 

Tangan memegang tombol pintu. Liur yang terasa kesat ditelan. 

Klek!

"Ya Allah!" Mahu saja Haura meloncat gembira apabila dia berjaya memulas tombol pintu itu. 

Jika tidak sebelum ini dia pasti dikunci dari luar. Dia pernah cuba membuka pintu tersebut tetapi pasti tersekat. 

Sekarang nasib berpihak pada dia. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Haura tahu dia sedang buat satu kerja gila namun dia tetap mahu lari daripada neraka ini!

"Fuh.. relax Haura" Tangan menggigil-gigil ketakutan. Takut jika tindakan dia ini ditangkap oleh anak-anak buah Qaril.

Pintu dibuka sedikit sebelum mata Haura mengintai. Jelas suasana diluar sana dengan huru-hara. Tanpa sedar, senyuman mula terlorek pada wajahnya.

Polis dah sampai!

Ramai anak-anak buah Qaril sudah terbaring tidak bernyawa ditembak anggota polis. Orang sering berkawal diluar biliknya juga sudah hilang entah ke mana. 

Dengan peluang yang ada, Haura mahu selamatkan diri dia.

Fikir cepat Haura! Fikir!

BUM

Tendangan pintu secara mengejut membuatkan Haura terpelanting ke belakang. 

"Argh.. sak-sakit.."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now