𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟐

37 6 0
                                    

KLEK

Tertutup sahaja peti sejuk, laju Haura mengambil tempat di kitchen island. Tangan memegang semangkuk buah mangga yang sudah dibekukannya pagi tadi.

Bibir dijilat. Tak sabar dia mahu melantak tiga biji mangga ini. Sudah lama dia terliur.

"Haura tak tahu bila benda ni muncul tapi Haura nak abang tahu Haura suka abang."

"Kuburkan je rasa suka tu."

Mati terus kunyahan pertama Haura apabila fikiran mula terbayang babak-babak dia ditolak Danny. Terpejam mata dia dibuatnya. Macam-macam perasaan yang dia rasa sekarang ini. Yang paling penting malu tu mesti ada.

"Wake up, Haura. Wake up! Kenapa kau kena ingat benda memalukan tu!"

Apabila dikenangkan semula saat dia memberanikan diri meluahkan perasaan pada Danny. Haura tidak dapat berbohong. Jujur dia rasa menyesal. Wayar otak mana yang tercabut atau tidak berhubung pun dia tidak tahu.

Dan kenapa sejak akhir-akhir ini Danny perlu muncul waktu-waktu yang dia tidak mahu melihat wajah kacak itu? Kenapa? Macam mana dia nak move on? Payahlah macam ni!

"Takpa, Haura.. takpa.. at least kau berani." puas Haura memujuk hati sendiri dan memaksa untuk melupakan peristiwa itu.

Namun wajah kacak Danny selalu muncul difikiran.

Haura menunduk seketika. Satu potongan mangga disuakan ke mulutnya. Rambut yang mula serabai itu disisir ke belakang. Payahnya suka orang dikenali ni!

Sebut saja nama Danny. Siapa saja tidak kenal?

Pemain bolasepak negara!

Hampir seluruh pelajar di universiti Haura mengenali jejaka kacak itu. Mana tidaknya, Danny bekas pelajar dimana tempat Haura belajar sekarang.

Semua perempuan disana menggilai, mengidolakan Danny. Danny pula rajin datang ke universiti mereka. Melihat perlawanan bolasepak antara dua universiti.

"Ke sebab dia dah ada girlfriend?" Soalan yang sehingga sekarang Haura tiada jawapan. Hendak bertanya?

Lambat lagi. Mahu pandang wajah Danny pun Haura sudah malu. Inikan nak berbual, bertanya?

"Ouh.. makan sorang. Tak ajak pun orang dekat luar sana! Bagitahu ibu!"

Haura mencebik bibir saat Aiya memasuki dapur. Sempat tangan wanita itu mencapai dua potong buah mangga milik Haura.

"Buat apa dekat sini? Kenapa tak borak dekat luar?" Hairan juga dia melihat Haura seorang diri didapur. Sudahlah muka pun cemberut. Macam tengah lari daripada seseorang pun ada.

"Malaslah. Haura nak makan buah ni"

"Ya ke malas? Ke sebab ada Danny?"

Sekali lagi Haura berhenti mengunyah. Terasa seperti ada satu baldi panas disimbah ke muka dia sekarang ini.

"Ma-mana ada..." kendur suara dia menjawab.

Aiya ketawa kecil. Dia memeluk tubuh mengambil tempat dihadapan Haura. Tidak tahu sama ada gadis itu sedang menipu atau jujur.

"Akak, Haura nak tanya tapi jangan bagitahu Ned atau ibu atau sesiapa pun. Rahsia kita berdua je!"

Kening diangkat tinggi mendengar permintaan Haura. Aiya memandang ke atas seketika sebelum dia bersetuju. Okay, deal!

"Akak janji. Tanyalah"

"Kenapa Danny tiba-tiba datang rumah ibu?"

"Kenapa? Haura tak suka ke?"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now