𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟑

51 3 0
                                    

HANIM terhenyak saat mendengar pengakuan daripada Laila, pembantu peribadinya. Berkali-kali dia menelan liur cuba menghadam apa yang baru sahaja dia dengari. Wajah Nedina disebelah Hanim tatap lama. Meminta kepastian adakah apa yang baru dia ketahui tadi bukan satu kebohongan.

Ternyata benar.

"Sekarang saya dan puan Nedina masih kumpul bukti untuk sabitkan Orkid ke mahkamah" berhati-hati Laila meneruskan ayatnya supaya majikannya tidak terkejut namun sangkaannya meleset.

Hanim mengucap panjang malah hampir saja wanita itu pitam mujur Nedina sempat memaut bahu ibunya.

"Ta-tapi kenapa Orkid sanggup buat saya macam ni?" Lemah suara Hanim berbicara hampir sahaja tidak kedengaran dihalwa telinga Laila.

Hampir berbulan lebih dia terlantar sakit dirumah tanpa kekuatan mahupun tenaga untuk bangun dari katil. Hanim tahu Orkid tidak pernah langsung melawatnya dirumah. Dia tahu juga penampilan gadis itu sudah berubah. Namun Hanim tidak mengharapkan itu, dia cuma mahukan Nedina dan Orkid sama-sama bantu dia menguruskan kafenya yang saban hari semakin berkembang ini. Malah berita mengecewakan ini yang harus dengari dan telan sendiri.

"Ned dah minta Syakir untuk sekat apa-apa keluaran melibatkan duit kafe buat masa ni. Apa-apa melibatkan pembekal kita, Ned minta Syakir inform Ned dulu" lembut Nedina membuka katanya. Sesekali wajah dia tertumpu pada Laila yang turut beriak risau itu.

"Buatlah apa-apa yang terbaik untuk kafe ni. Ibu ikut je tapi sebelum tu ibu nak tahu Orkid ke mana? Memang tak masuk pejabat langsung ke?"

Pertanyaan Hanim menjadi sepi apabila Nedina dan Laila sama-sama diam tidak bersuara. Tahulah dia jawapan itu juga bakal menghancurkan hatinya.

"Ned.. Ned akan cuba jejak Orkid dan bawa dia jumpa kita sebelum ke muka pengadilan"

Hanim diam tidak membalas Nedina. Dia mula berasa runsing akan keselamatan keluarga mereka. Naluri keibuan nya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak enak bakal terjadi antara mereka sekeluarga.

"Ibu tolong.. Ned minta dengan ibu. Jangan call atau message dengan Orked buat masa ni. Ned takut kalau dia buat sesuatu luar jangkaan" Nedina mencapai tangan Hanim. Berharap permintaannya ini dapat diikut oleh ibunya tanpa bantahan. Tahulah dia Orkid juga anak kepada Hanim tetapi ini untuk kebaikan semua.

"Ibu janji dengan Ned?" Permintaan Nedina membuatkan Hanim senyap. Tidak menjawab untuk seketika sebelum dia mengangguk.

"Puan Hanim, Puan Nedina.. kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu. Ada lagi kerja yang perlu saya buat" sebelum Laila keluar daripada bilik Hanim, sempat dia menunduk sedikit tanda hormat. Walaupun Hanim tidak pernah meminta tetapi Laila sudah terbiasa.

"Ibu lapar? Jom kita turun bawah. Kita makan" Dia sudah mencapai tas tangan dimeja.

Sekilas Hanim memandang wajah Nedina sebelum dia turut mengikut langkah si anak. Kotak fikirannya penuh dengan masalah yang makin hari-hari bertimpa.

Baru dua hari tahun baru bermula, dia sudah diuji dengan dugaan begini. Berat untuk Hanim telan. Ianya tidak mudah untuk menerima dengan hati yang redha apabila anak tiri yang sudah dianggap anak kandung khianati dia begitu sahaja. Kepercayaannya pada Orkid terlalu tinggi bahkan lebih tinggi daripada Nedina.

Dahulu memang Orkid yang menjadi teman buat dia. Yang sering dia ceritakan segala rasa isi hati. Segala sikap Nedina yang membentak, melawan semuanya Hanim ceritakan pada Orkid tanpa satu pun tercicir.

Namun sekarang semuanya sudah berubah. Nedina sudah berubah malah jauh lebih baik dari apa yang Hanim sendiri sangka. Berkat bimbingan Atiff. Sedangkan Orkid pula yang berubah. Perubahan yang Hanim sendiri tidak tahu sejauh mana lagi gadis itu akan pergi.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now