𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟏 || 𝐓𝐡𝐫𝐨𝐰𝐛𝐚𝐜𝐤

40 3 0
                                    

BEBERAPA hari sebelum,

Atiff merenung mesej yang baru beberapa minit dihantar kepadanya. Sudah lama dia tidak mendapat mesej berbaur misteri begini. Namun malam semalam pesanan ringkas yang dia terima cukup buat hati dia berdebar.

"Bukan ini yang aku harapkan daripada kau, kak" keluh Atiff sendiri. 

Aiya Marina

+ I'm back!

+ Jumpa dekat tempat biasa

Pesanan ringkas daripada Aiya malam semalam memang mengejutkan Atiff. Bila kakak dia pulang daripada luar negara? Sudah tahukah Hajar dan Hassan tentang kepulangan satu-satunya anak perempuan mereka?

"Hi, boy. Miss me?" Sapaan mengejut dihadapannya membuatkan Atiff mengangkat wajah.

Satu tangan lembut mengusap pipinya sebelum Atiff menayangkan wajah jengkel. Pahal minah ni sentuh-sentuh? Nak mati?

Aiya ketawa kecil melihat reaksi tidak berpuas hati adiknya. Rambut panjang yang melepasi bahu ditolak ke belakang. Sudah terbiasa dengan cuaca luar negara, pulang sahaja ke Malaysia terasa jangkal.

"Macam mana dengan Ned? Everything is okay?" Sapa Aiya lagi bersama senyuman manis.

Atiff diam untuk seketika. Otak dia masih tidak mampu mencerna.

"Bruh, kau pahal pandang akak macam tu? Nak mati ke?"

"Apa yang buat kau balik ke sini, Aiya Marina?"

Aiya membasahkan bibirnya sambil mata mengerling ke sebelah. Mencari permulaan topik mereka hari ini.

"Kau nak aku mula daripada mana?"

Atiff mengangkat bahu.

"Orkid bukan orang baik. Dia bukan Orkid yang kita kenal dulu. Seperti yang kau tahu.. Qaril dengan Orkid sekarang"

"What do you mean?" Pembukaan topik yang menarik.

"Kau rasa kenapa tiba-tiba Orkid muncul? Kenapa dia tiba-tiba boleh setuju untuk kahwin dengan kau? Sedangkan korang tak kenal sesama sendiri"

Atiff mendiamkan diri. Memang jika bukan disebabkan Aiya, dia memang tidak mengenali siapa Orkid.

"Memang akak yang kenalkan kau dengan Orkid tapi disebaliknya. Kau tak tahu kan?"

Aiya bersandar pada kepala kerusi. Cappuccino Atiff disedut sehingga separuh. Melagakan rasa haus.

"Akak kenal dengan Orkid sebab Qaril  juga. Masa tu ada mesyuarat dengan company lelaki tu. Nak pendekkan cerita Qaril minta jumpa dekat ZH's kafe. As you already know.. mak mertua kau punya kafe"

Aiya masih ingat pertemuaan pertama antara dia dan gadis ayu seperti Orkid. Kelembutan daripada gadis itu cukup membuatkan dia dikaburi mata.

"Kau nak cakap semua ni dirancang? Orkid rancang semua ni? For what? Kenapa kita? Kenapa aku?" Makin tidak menyabar Atiff dibuatnya.

"Absolutely, yes. Dari apa yang kau suruh aku cari maklumat pasal Orkid memang boleh jadi dia ada muslihat tersembunyi. Orkid perlukan kuasa dan harta. Dia perlukan duit untuk balas dendam. Dia perlu jadi lebih daripada Nedina untuk balas dendam dekat keluarga tiri dia. Kau fikir dengan dia kerja bawah ibu Hanim tu cukup ke untuk dia hancurkan keluarga tu? Tak, tak cukup. Dia tahu dia tak boleh lawan Nedina kalau dia tak ada kuasa. So that dia perlukan kuasa lebih besar. Lebih kuat. Dan terjadinya pertemuan antara aku dan Orkid. Dia yang datang dulu dekat aku. Tegur aku"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now