𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟓

59 3 0
                                    

"Abang ada nampak perubahan dekat Ned?"

Soalan Haura menghentikan tangan Atiff daripada memasukkan cadar, selimut dan sarung bantal yang hendak dicuci ke dalam mesin basuh. Daripada menunduk, dia berdiri sambil tangan bercekak pinggang.

"Perubahan apa ek?"

Haura menghela nafas. Dia bersandar pada tepi mesin basuh sebelum merenung ke hadapan. Jauh. Helaan nafasnya juga kedengaran penat dipendengaran Atiff.

"Ned macam... sorok sesuatulah. Abang tak perasan ke? Abang ni.. bini sendiri takkan tak tahu!"dengus Haura. Lambat betul abang ipar seorang ni pun.

Atiff menggaru kepala yang tidak gatal. Perasan ke tak perasan? Dia cuma merasakan Nedina seperti biasa. Tiada apa-apa yang disembunyikan.

"Entahlah, Haura.."kata Atiff sambil tangan menuang dua cawan pencuci baju. Dia lebih fokus pada kerjanya sekarang ini.

Segala butang yang perlu ditekan, Atiff tekan. Dia sudah terbiasa buat kerja rumah sehingga di rumah mentua sendiri pun dirinya tidak boleh duduk diam. Kadang-kadang sahaja Nedina akan membasuh baju kotor. Itupun jika Atiff betul-betul banyak kerja.

"Tapi saya rasa Ned ada sorok sesuatu. Macam.."

"Yang, you buat apa ni? Basuh apa pula ni?" Suara Nedina daripada belakang menghentikan Haura untuk meneruskan ayatnya.

"Hah? I basuh cadar ni semua. Tadikan you dah tukar cadar dalam bilik kita"jawab Atiff dan senyuman nipis terukir.

"Thank you, sayang" Dan pipi Atiff dicium sekilas.

Haura yang melihat menggulingkan biji matanya.

Euw

"Gelilah aku! Nak bersayang-sayang pahal? Nak beromen masuk bilik sana!"

"Diam" Nedina memanah anak mata adiknya. Tajam.

Atiff ketawa. Haura memang akan menjadi penghadang antara dia dan Nedina. Kadangkala hampir terlanjur pun mujur Haura yang tiba terlebih dahulu.

"Jom makan waffle kita beli tadi tu. I suap"kata Nedina dan sejurus itu menarik tangan suaminya keluar daripada dapur.

Termangu Haura yang mendengar suara gedik, manja kakaknya itu.

Menggelikan.

Menjengkelkan.

Hampir segala carutan keluar daripada bibirnya. Mahu atau tidak dia berlalu pergi ke ruang tamu.

"Aku doakan kau dapat anak perempuan. Biar anak kau yang menggedik dengan laki kau plak"

⚜️⚜️⚜️

"ARGH!!"

Jeritan nyaring daripada bilik Hanim mengejutkan Nedina serta Atiff yang baru selesai solat berjemaah itu.

"Kenapa tu?"soal Nedina cemas.

Atiff menggeleng sebelum mereka sama-sama melangkah menuju ke bilik Hanim.

"Ibu, ni Haura! Ibu, okay, tak?!"

Kedengaran pula suara Haura yang cuba menenangkan Hanim yang seakan meracau-racau itu.

"Haura, kenapa ni?" Atiff menyoal lalu memandang keadaan bilik inu mentuanya.

Tiada apa-apa yang mencurigakan.

Hanim memeluk Haura sekuat yang boleh. Sesekali dia mengangkat kepala melihat ke arah sudut biliknya. Nafasnya tidak teratur. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan.

"Ibu.. ibu, kenapa ni?" Giliran Nedina pula bertanya. Punggung dilabuhkan dibirai katil.

"Ib-ibu nampak-"

"Ibu nampak apa?! Bagitahu Haura sekarang!"desak Haura. Mahu dia tidak risau. Baru sahaja dia mdlihat Hanim dalam keadaan tenang sebelum dia ke biliknya.

Baru beberapa minit Haura merehatkan tubuhnya dibilik, dia dikejutkan pula dengan suara Hanim yang menjerit nyaring. Berlari tidak cukup tanah dia mendapatkan Hanim.

"Ibu nampak perempuan rambut panjang! Dia-dia senyum dekat ibu! Ibu-ibu takut!"

Atiff yang ralit memerhatikan sekeliling bilik terhenti sebelum wajah Hanim ditenung. Haura tergamam.

Dia tidak salah dengarkan?

"Ib-ibu salah tengok ni.."nafi Nedina sambil tangan mengusap belakang tubuh ibunya.

"TAK! Ben-benda tu yang ibu nampak hari tu! Ibu tak silap tengok pun!"bentak Hanim.

Atiff masih diam tidak mencelah sama sekali. Silih berganti dia menatap Hanim dan Haura.

"Haura, Haura percayakan ibu, kan?! Ibu tak tipu!"

"Ya.. Haura percaya ibu.."balas Haura perlahan.

"Sekarang ibu rehat, ya? Haura teman ibu tidur"

Hanim mengangguk laju. Dia berasa lebih selamat jika ada orang yang temannya tidur pada malam ini.

"Kau pergilah masuk bilik. Haura teman ibu malam ni"kata Haura.

Nedina bangun daripada duduknya. Memberi ruang kepada Hanim untuk baring. Lama dia berteleku merenung wajah si ibu yang pucat lesi itu.

Seumur hidup Nedina, dia tidak pernah terfikir untuk melihat ibunya berada didalam situasi begini. Bukan kali pertama benda ini terjadi. Sudah berkali-kali.

Cuma Nedina sahaja yang tidak pernah melihat didepan mata. Selalunya Haura sahaja yang akan menceritakan apa yang terjadi.

Ini membuatkan rasa tidak enak dalam hatinya terlalu kuat sekarang berbanding sebelum ini.

"Dah.. jom Ned" ajakan Atiff mengejutkan Nedina daripada lamunan.

Mereka berjalan keluar daripada bilik Hanim selepas Nedina melabuhkan satu kucupan lembut pada dahi ibunya.

"I risau dekat ibu.."perlahan suara Nedina berkata.

Atiff yang memeluk bahu Nedina tersenyum nipis. Dia faham perasaan susah hati yang melanda pada isterinya.

"I ada.. Insyaallah, ibu akan sihat. Kita doa sama-sama"

Setelah itu mereka diam. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiada rasa mahu bercerita sebelum tidur seperti selalu mereka lakukan.

Atiff tidak membuka mulut. Nedina pula tidak bertanya. Kedua-duanya berfikir tentang kejadian yang baru sahaja mereka lihat.

Nedina tidak mahu mengambil pusing dengan apa yang ibunya katakan sebentar tadi. Dia lebih risaukan kesihatan Hanim. Itu lebih penting.

Sebaliknya pula Atiff tidak mampu berhenti memikirkan apa yang Hanim katakan. Masih terngiang-ngiang ditelinganya.

Jika apa yang dikatakan Hanim tadi adalah benar, maka mereka dalam bahaya.

"Mustahil berkait dengan mimpi tu.."

Itu. Soalan yang tidak henti-henti Atiff soal pada diri sendiri. Sekilas dia memandang Nedina disebelah yang sudah nyenyak tidur.

"Ataupun.. mimpi tu petanda?"






TBC

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now