𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟐

102 7 0
                                    

Hari perkahwinan Atiff dan Nedina

Atiff mengerling sekilas jam berjenama pada tangan kirinya. Sesekali songkok dikepala dibetulkan. Selang beberapa minit, samping pula dirapikan. Jelas rasa gemuruh dan resah di hati lelaki itu terpancar.

"Sabar, Mika.. Zikir, selawat"

Suara garau disebelah menegur Atiff yang seperti cacing kepanasan itu. Kepala dipaling lalu wajah si ayah menghiasi pandangan.

Atiff mengukir senyuman nipis saat Hassan ayahnya tidak henti-henti cuba menenangkan rasa gundah gulana yang melanda dirinya.

"Baca doa penerang hati"pesan Hassan lagi.

Hassan merenung wajah anak lelakinya lama. Sewaktu perkhabaran Atiff dan Nedina ditangkap khalwat bohong jika dia kata perasaan marah, kecewa tidak bersarang dalam hati. Tambahan pula sewaktu kejadian itu berlaku, Hassan tiada di Malaysia. Dia ke luar negara. Menguruskan hal ladangnya yang perlu diselesaikan.

Pulang daripada luar negara, tahu-tahu sahaja Atiff membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinannya tetapi tidak dengan Orkid. Malah bersama Nedina.

Hati tuanya hampir luluh mengenangkan perasaan malu apabila orang kampung pasti mengata tentang keluarga mereka. Bertunang dengan orang lain. Bernikah dengan orang lain.

Mahu atau tidak Hassan cuba memujuk hati agar tidak mudah meletakkan kesalahan sepenuhnya pada Atiff dan Nedina. Pasti ada hikmah disebalik yang berlaku.

"Pengantin perempuan dah turun"

Kedengaran suara Aiya berkata, semakin gemuruh rasa didada seorang Atiff Mikael. Sungguh rasa ingin menoleh ke belakang menguasai diri tetapi ditahan selagi mampu.

"Boleh kita mulakan?" Tok Kadi kampung yang sudah berada dihadapan Atiff menyoal. Wajahnya merenung Atiff sedalam yang boleh.

Atiff mengangguk. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Ingin bersuara tidak terdaya suara. Seakan tersangkut kerongkongnya.

Sementara itu, Nedina yang berada di pelamin hanya diam melihat belakang tubuh Atiff. Bahu yang lebar, badan yang tegap. Wajah yang kacak. Cukup sifat.

Kedua-dua belah tangan yang merah kerana diukir dengan inai diperhatikan pula. Cantik.

Segalanya lebih daripada apa yang dia fikirkan. Sempurna. Sempurna pada pandangan mata yang biasa.Cacat cela pada pandangan mata yang tajam.

Bukan Nedina tidak mendengar suara-suara yang membisik, mengata, membuat andaian tentang dia. Daripada kali pertama dia menyarungkan pakaian pengantin ini pada tubuh sehinggalah detik-detik akhir ini.

"..Kakak jenis apa dia tu? Tunang adik sendiri pun dia sondol.."

"Kalau dah nama penyondol, muka tebal macam tembok. Mana ada rasa malu!.."

"Entah-entah perut dah berisi. Itu tunang adik sendiri yang jadi kambing hitam!"

Semuanya Nedina telan dan hadap. Dia tidak takut malah terkesan. Suara-suara sumbing itu sama sekali tidak mengetahui apa yang terjadi disebaliknya.

"Aku terima nikahnya Nedina Hayfa binti Zaim. Dengan mas kahwinnya RM 1,000 ringgit tunai"

Sebaik Atiff mengangkat akad, tidak semena-mena Nedina kembali ke alam nyata. Mata bundar itu bergerak-gerak memandang sekeliling. Seakan kembali hidup. Jantung yang berdegup pantas disentuh Nedina.

Dup dap dup dap

"Sah"

"Alhamdulillah"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now