𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟓

95 6 0
                                    

Dua bulan berlalu

Pejam celik tanpa sedar usia perkahwinan Atiff dan Nedina sudah menjangkau 2 bulan. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Aman dan damai.

Segala yang disediakan oleh Atiff buat Nedina cukup lengkap. Rumah? Penthouse mewah disediakan bersama hiasan yang cukup minimalis. Mengikut citarasa dia dan Nedina.

Hidup sebagai pasangan suami isteri pada dasar mata kasar tetapi sebaliknya hanya mereka sahaja mengetahui. Perhubungan yang tidak ubah seperti kawan.

"You, I balik lambat hari ni. Ada meeting"

Pesanan yang sering kali Nedina terima sebaik sahaja dia bergelar isteri kepada Atiff. Sudah menjadi rutin dan dia tidak pernah kisah kerana dia juga acapkali pulang lewat atas urusan kerja.

Pagi-pagi lagi Atiff akan menghilangkan diri dan pada waktu malam lelaki itu akan muncul semula. Pada setiap hari tanpa henti kecuali pada hujung minggu dan cuti umum.

"Assalamualaikum"sapaan daripada belakang mengejut Nedina yang sedang mengacau secawan kopi.

"Waalaikumussalam. Baru sampai?Pergilah mandi, rehat. Nanti I bawakan kopi"kata Nedina bersahaja.

Atiff mendekati susuk tubuh Nedina. Kepala dijengahkan memandang apa yang sedang dilakukan gadis itu.

"Pukul berapa you balik tadi? Dah makan?"soal Atiff berbasa-basi.

Nedina memalingkan tubuh lalu mengangguk ringkas.

"Around 8 pm I sampai rumah" Mata dikerling pada jam di dinding.

Jarum jam sudah menunjukkan pada angka 11. Agak awal Atiff pulang pada hari ini. Kebiasaannya jika jarum jam tidak berada pada angka 12 pasti batang hidung lelaki itu tidak akan kelihatan.

"Awal 1 jam you hari ni. Tak banyak meeting ke?"soal Nedina. Satu mug kopi dihulurkan kepada si suami.

"Nope, I memang nak balik. I dah bosan hadap kertas kerja" Kopi buatan Nedina disisip sedikit ke bibir.

Panas.

Sedap.

Nedina memandang tingkah Atiff yang seakan termenung itu. Wajah juga terlihat serabut.

"Are you okay? Muka you nampak stress"

Soalan yang keluar dari mulut Nedina berjaya membuatkan Atiff menguntum senyuman nipis. Entah mengapa hatinya terasa lucu.

"I okay"

Kedengaran Nedina mengeluh panjang. Berat.

"You know what? You boleh share masalah you dengan I"kata Nedina seakan memujuk.

"Hm? You nak dengar sampai habis?"

Atiff memeluk tubuh sambil mata tidak lepas memandang gadis dihadapannya ini.

"Daripada you pendam. Lebih baik you cerita dekat I. At least, tu..."

"Hati you tu tak sakit" Satu jari Nedina naik menekan pada dada kiri Atiff.

Jeda

Nedina menatap wajah Atiff sementara lelaki itu termenung. Memikirkan masalah yang satu persatu muncul.

"What if bila I pandang muka you, hati I terus tenang?" Suara Atiff perlahan berkata. Pandangan lelaki itu juga redup.

"Isy, dasar sweet talker"bidas Nedina. Muka yang mula membahang dipalingkan ke arah lain.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now