𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟔

60 3 0
                                    

NEDINA menghirup latte kegemarannya. Setelah itu tangan kembali laju menaip pada laptop. Menulis laporan yang perlu disiapkan. Semakin hari semakin banyak tanggungjawab yang perlu dia pikul memandangkan Hanim tidak sihat.

Segala urusan mengenai kafe Hanim perlu dia ambil tahu dan diteliti satu persatu. Mungkin dahulu dia sering berfoya-foya diluar, berjoli menghabiskan duit. Tidak sekarang. Zaman itu sudah lama Nedina tinggalkan.

Banyak tanggungjawab yang perlu dia galas supaya perniagaan ibunya sentiasa berjalan maju. Dia tidak mahu perniagaan yang sudah lama Hanim dirikan roboh begitu sahaja.

Tuk tuk

"Puan Nedina"

Nedina mengangkat kepala dan pembantu peribadi ibunya, Laila menghiasi pandangan.

"Awak dah jumpa report yang I minta tu?"soal Nedina pantas tanpa menunggu Laila sempat membuka mulut.

"Dah, puan. Ini dia"

Dua fail tebal selamat mendarat diatas meja. Nedina tersenyum puas. Mudah kerjanya jika begini.

"Thank you, Laila. Saya bukan apa.. saya cuma nak tengok je prestasi kafe ni dekat cawangan lain"

"Takpa, puan. Kalau puan perlukan bantuan saya, saya boleh tolong"

Nedina menggigit bibir bawah seketika. Orang mahu tolong tak akan nak jual mahal pula kan?

"Kalau macam tu.. awak duduk depan saya. Tolong saya semak report ni semua. Boleh?"

Laila tersenyum lalu mengangguk. Dia tidak kisah mahu membantu. Memang ini tugas dia sebagai pembantu peribadi Hanim atau sudah bertukar kepada Nedina.

"Boleh puan. Saya tak ada masalah nak tolong. Lagi saya hulurkan tangan saya untuk bantu puan semak semua report ni"kata Laila.

Dia mengambil tempat berhadapan Nedina lalu satu persatu laporan yang bertimbun tinggi diatas meja menjadi tumpuannya.

"Thank you so much, Laila. Kalau tak ada awak, saya tak rasa saya boleh semak semua laporan ni"ujar Nedina.

"Saya sepatutnya cakap terima kasih dekat puan sebab selamatkan kafe puan Hanim"

Nedina terdiam. Daripada dia selak segala helaian kertas, terus menghentikan kerjanya. Selamatkan?

"Ap-apa maksud awak, Laila?"tanya Nedina hairan. Sungguh dia bingung dan tidak faham apa yang dikatakan Laila ini.

Teragak-agak Laila mahu membuka mulut. Namun, jika bukan kepada Nedina, siapa lagi yang boleh dia bongkarkan segala yang telah terjadi di kafe Hanim?

"Puan, banyak sebenarnya yang dah terjadi dekat kafe ni lepas puan Hanim jatuh sakit"

Semedan itu Nedina terkedu. Setahu dia selepas ibu jatuh sakit, Orkid yang  membantu apa yang patut di kafe.

Nedina akan membantu jika terdapat hal terdesak sahaja. Melibatkan cawangan-cawangan baru yang bakal dibuka. Sebelum Hanim sakit pun, memang Orkid yang akan menolong. Mengambil alih apa yang sepatutnya.

"Cik Orkid. Lepas puan Hanim sakit, jarang nak nampak dia datang kafe. Masuk pejabat jarang-jarang sekali"

"Awak tak cuba call?"

Rasa ingin tahu Nedina terlalu kuat. Naluri dia kuat mengatakan ada sesuatu yang perlu dia betulkan dan perjelaskan.

"Bukan setakat call, puan. Saya pernah datang rumah Cik Orkid tapi jiran dia cakap Cik Orkid dah tak duduk sana"

Kali ini Nedina tersandar. Apa sudah jadi dengan Orkid? Bukan dia ambil kisah namun kafe Hajar. Kafe ibu mereka.

"Macam mana pula kalau ada apa-apa masalah dekat kafe? Orkid tak datang pejabat juga ke?"

"Dia hanya akan email saya apa yang patut. Selebihnya kami sebagai pekerja uruskan sendiri"

"Allahuakbar"

Nedina meraup wajahnya. Apa yang baru dia dengar ini sungguh menyedihkan. Apa perasaan ibu jika dia tahu tentang sikap Orkid ini?

"Ada lagi puan. Saya bukan nak memburukkan cik Orkid tapi.."

"Awak cakap je semuanya, Laila. Jangan risau. Saya cuma nak tahu kebenaran"kata Nedina meyakinkan Laila yang seakan takut-takut itu.

"Dekat kafe ni.. selain puan Hanim dan saya, cik Orkid saja tahu setiap bulan puan Hanim akan ambil 10 peratus daripada keuntungan kafe dan dermakan kepada rumah anak-anak yatim. Tapi beberapa minggu ni.. cik Orkid cakap 10 peratus keuntungan kafe tu dia akan uruskan"

"Lepas tu awak ada periksa tak transactions? Betul tak duit tu disalurkan dekat tempat yang betul?"soal Nedina laju. Berkobar-kobar hati dia mahu mengetahui kebenaran.

Dalam Laila teragak-agak mahu menjawab, Nedina berdoa supaya apa yang dia fikirkan jauh daripada kebenaran sebenar.

"Transaction memang berlaku tapi saya tak tahu ke mana duit tu pergi. Saya ada minta document, invoice tapi cik Orkid cakap tak ada"

"Allah.."

Naik luruh hati mendengar kata-kata Laila. Kuat Nedina menggenggam kedua-dua tangannya. Menahan amarah yang mahu meletus.

"Tak guna punya perempuan.."

"Saya minta maaf puan sebab tak hubungi puan sejak dari awal lagi"kata Laila lembut. Melihat wajah tegang Nedina itu cukup buat dia gerun.

"Bukan salah awak, Laila. Terima kasih sebab jujur"

Hanya itu yang mampu Nedina ucapkan sebelum dia hanyut dalam fikiran sendiri. Memikirkan bagaimana dan dimana dia boleh mencari Orkid.




TBC
By Meira

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now