𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟔

55 3 0
                                    

SELEPAS sahaja mereka pulang daripada berjumpa pak Wan, terus Ellzan mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya. Penat mendengar. Penat melihat. Dan penat seharian menemani Atiff.

Jika tidak difikirkan Atiff itu satu-satunya rakan karibnya, tidak mungkin Ellzan sanggup memberanikan diri untuk terjebak dalam hal ini.

"Anak berdua ni kena berhati-hati. Dia tahu kamu berdua datang berjumpa pak Wan.."

Apalah nasib badan.

"Hai, Tengku Ellzan" sapaan satu suara daripada arah dapur mengejutkan lelaki itu.

Laju saja Ellzan menoleh ke belakang sebelum dia berdiri tegak. Menatap susuk tubuh perempuan berpakaian serba hitam. Senyuman diwajah perempuan itu juga menyeramkan.

"Orkid? Ma-macam mana kau-"

Orkid mengangkat bahu dan tersenyum mengejek. Dia melangkah lebih dekat ke arah Ellzan yang masih terkejut itu.

"Kenapa? Pelik macam mana aku ada dalam rumah kau?"

Ellzan diam tidak terkata. Memang dia terkejut namun bertambah menyeramkan apabila Orkid menyentuh jemarinya.

Gila perempuan ni.

"Jangan takut. Aku tak nak kau pun" bersahaja Orkid melabuhkan punggung diatas sofa berdekatan.

Ellzan diam. Melihat tindak tanduk Orkid yang begitu tenang itu walaupun sudah pecah masuk rumah orang. Seperti tiada apa-apa yang harus ditakutkan.

"Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Nedina tu kakak tiri kau. Ibu Hanim tu ibu kau. Dia yang jaga kau selama ni"

Ellzan menikam anak mata Orkid. Dia nampak dengan jelas ke dalam mata itu. Satu rasa yang cukup gelap.

"Jadi ini cara kau balas jasa ibu Hanim. Hm?"

Orkid ketawa sinis. Hujung mata yang mula mengalirkan air mata diseka.

Balas jasa dia orang sekeluarga?

"Untuk apa? Untuk apa aku balas jasa dia orang, Ellzan? Untuk apa?" Bibir Orkid menahan tangisan yang kian kuat. Air mata yang menitis diseka daripada terus membasahi pipi.

"Aku yakin Atiff tu milik aku. Hak aku. Tapi kenapa semua ni jadi, Ellzan? Kenapa..? Salah ke aku nak keadilan untuk diri aku pula?"

Nafas Ellzan tenang ditarik dan dihembus. Melihat Orkid yang menangis teresak-esak itu tidak sedikitpun menjentik hatinya.

"Adil ke juga untuk Nedina dengan ibu Hanim? Adil ke untuk Haura? Adil ke untuk Atiff? Adil ke, Orkid Qaisara?"

Pulang paku keras tepat mengena pada dahi Orkid memberikan satu tamparan hebat kepada dia. Ellzan mengeluh. Dia penat seharian menemani Atiff. Sekarang dia perlu menghadap drama Orkid pula.

Letih lah aku. Main adil tak adil ni. Habis aku tak ada kena mengena pun kena jugak! Adil sangat lah tu!

"Sedangkan apa yang jadi ni disebabkan diri kau sendiri. Kesalahan kau sendiri. Kau yang rancang perangkap Nedina kan? Kau rancang supaya Nedina kena tangkap basah dengan kawan kau kan?"tokok Ellzan lagi. Jika Orkid mahu menidakkan pun tuduhan dia, sudah tiada guna. Bukti semua sudah ada.

Orkid diam. Jantung mula berdetak pantas sebaik sahaja dia menghadam setiap bait kata Ellzan. Hendak membalas pun tiada guna. Memang apa yang Ellzan tuduhnya itu benar belaka.

"Belum terlambat untuk kau serah diri kau dekat polis. Aku tak akan buat laporan selagi kau tak sentuh aku tapi memandangkan kau dah ceroboh rumah aku, jadi aku tak ada pilihan"

"Kau ugut aku?" Orkid menoleh menikam mata hitam Ellzan.

"It's up to you. Kau rasa itu satu ugutan? So, yes. Itu ugutan untuk kau"

Masing-masing menikam antara satu sama lain. Walau Ellzan tenang bersandar pada dinding merenung Orkid tetapi tidak bagi gadis itu. Dia merasakan satu aura gelap pada lelaki dihadapannya ini.

Aura yang lain daripada yang lain.

"You may leave now. Aku tak nak JAIS tangkap kita berdua. Aku tak ready lagi nak kahwin"

Keruh dahi Orkid mendengar Ellzan berkata begitu. Seraya itu dia berdiri lalu menuju ke pintu rumah.

"By the way, you look good with your black coat. Mysterious." Dihujung ayat Ellzan menguntum senyuman sinis.

Orkid menjeling tajam sebelum dia terus beredar keluar daripada Kondo milik Tengku Ellzan.

"Stupid"

Beredar saja Orkid, Ellzan melepaskan satu nafas panjang. Satu nafas kelegaan. Tangan mengurut dada yang sedari berombak kencang. Jantung dia usah kata. Laju berdetak mengepam darah.

"Alhamdulillah, hidup lagi aku. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah"

⚜️⚜️⚜️

NEDINA menjeling sekilas ke arah skrin telefonnya. Satu mesej daripada nombor yang tidak dia kenali menarik perhatiannya.

013 xxxxxx

+ [photo]

+ looking for me, huh?

Gambar dihantar oleh nombor tidak dikenali itu ditenung lama. Rumah Hanim yang tersergam indah tertera pada gambar tersebut. Susuk tubuh Haura yang sedang menyiram pokok bunga juga tertangkap.

Gigi diketap. Jantung mula mengepam  laju sehinggakan telinga Nedina dapat mendengar alunan degupan jantungnya sendiri.

"Orkid.." Badan disandar pada kerusi kerjanya. Perut yang mula menimbul diusap lembut.

"Kemana pun kau pergi, aku tetap akan cari kau" tambah Nedina lagi.

Ting!

Nombor yang sama menghantar satu pesanan video berdurasi 50 saat. Tanpa rasa ragu, terus video itu dilihat dengan riak kosong.

Kelihatan Atiff yang sedang makan seorang diri dan didatangi seorang gadis berpakaian gelap mengambil tempat dihadapan lelaki itu.

"Who's that?" Berkerut mata Nedina cuba mengecam siapa gerangan yang berani mendekati Atiff.

"Wait.. Kak Aiya?"

Lama Nedina berteleku melihat video itu dan diulang-ulang beberapa kali. Apa motif si perakam ini merakam Atiff dan Aiya?

Dan sejak bila pula Aiya pulang ke Malaysia? Sedangkan berbulan-bulan lamanya perempuan berusia 30 an itu menetap di United Kingdom.

Ting!

Satu lagi pesanan gambar dihantar daripada nombor yang sama beberapa minit selepas itu. Perasaan Nedina mula berkobar-kobar. Rasa tidak sedap mula menjalar.

+ [photo]

Kali ini Nedina terdiam. Tubir matanya mulai panas. Apa yang terjadi sekarang ini cukup tertekankan fikirannya.

"Kak Aiya bersubahat dengan Orkid untuk jatuhkan ibu?" Telefon kembali diletakkan diatas meja kemudian dia menyeka air mata yang mengalir ke pipi.

Apa yang sedang terjadi sekarang ini sungguh tidak Nedina mengerti malah otaknya semakin serabut. Siapa yang menghantar pesanan kepadanya seperti ini? Motif apa yang mereka dapat?

Jika benar Aiya terlibat dalam kes Orkid ini, tidak mustahil Aiya akan diberkas polis juga. Semuanya kemungkinan besar.

Semua persoalan yang bermain difikiran semuanya tergantung. Tiada titik akhir yang dia temui.

"Puan Nedina!"

Laju kepala Nedina menoleh ke muka pintu. Laila dan seorang akauntan di kafe ibu, Zafrel.

"Kita dah boleh serahkan bahan bukti dekat polis hari ni juga!" Zafrel bersuara bersama senyuman melebar di wajah.

Nedina menunduk sebelum dia kembali memandang Zafrel dan Laila silih berganti.

"Jom"






TBC
By Meira

Sorry pendek je bab kali ni. Kalau nak panjang² boleh vote, comment!

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now