𝐁𝐚𝐛 𝟕

74 7 0
                                    

Rambut ikal mayang separas dada Nedina raup ke belakang. Nafas berat dilepaskannya perlahan. Penat. Hampir 2 jam dia menaip di laptop tanpa henti. Semuanya kertas kerja yang perlu dilaporkan lusa nanti.

Walaupun bekerja dengan ibu sendiri. Nedina tidak mahu mengambil kesempatan.

Well, walaupun kadang-kadang ponteng kerja oleh kerana bertikam lidah dengan ibu sendiri.

"Kak, are you busy or busy-busy?"

Kepala Haura yang tersembul disebalik pintu Nedina pandang malas.

Apa budak mentah ni nak?

"Nak apa?" Acuh tidak acuh Nedina bertanya.

Berlari anak Haura melompat ke atas katil kakaknya. Senyuman penuh makna terlakar diwajah cantik itu.

"Ibu cakap tadi, baru hari ni kau balik. Itu pun sebab aku balik, study week"

"So?"

"Jadi... Aku nak tanya.."

"Apa dia kau ni?" Naik rimas Nedina dengan adiknya ini.

"Best ke jadi anak derhaka?"

Laju kepala Nedina menoleh ke arah Haura yang selamba itu dengan pandangan tajam. Terkedu soalan begitu yang keluar dari bibir merah Haura.

"Mulut kau dah lama tak kena cili ke?"

Menjeling tajam Nedina kepada Haura. Gadis itu hanya mencebik tidak mengendahkan kakaknya.

"Kak"

"Tch, apa lagi?" malas Nedina menyahut. Terganggu segala kerjanya apabila Haura datang mengganggu.

Tidak fokus

"Sampai bila kakak nak macam ni?"

"Bukan sampai bila. Sepatutnya bila akan berakhir"jawab Nedina. Kali ini dia lebih tenang menjawab.

"Orkid dah nak kahwin. Takkan masih nak berperang dingin?"

"Kau kalau nak cakap pasal perempuan tu, baik kau keluar. Aku tak nak dengar. Tak berminat. Telinga ni naik menanah. Tahu?"ujar Nedina sedikit meninggi.

"Baru menanah. Belum berkulat lagi"gumam Haura perlahan.

"Blah lah kau!"halau Nedina geram.

Tersentak Haura mendengar suara Nedina yang meninggi itu. Dia mengangkat punggung mahu keluar tetapi sempat bantal kecil dipaling tepat mengena pada kepala Nedina.

Buk!

"Aku lah perempuan ni.."

"Balasan tuhan untuk kau, kak!"jerit Haura dari luar.

Menggerutu Nedina membetulkan rambut yang mula serabai itu.

"Balasan tuhan konon. Huh"



️⚜️⚜️⚜️



"Atiff, boleh saya tanya satu soalan?"

Orkid berpaling memandang Atiff yang sedang memandu. Lelaki itu sedari tadi hanya mendiamkan diri. Orkid pula mula tidak senang duduk.

Nedina ada cerita apa-apa?

"Tanyalah banyak pun tak apa"kata Atiff dan dihujung ayat dia menguntum senyuman nipis.

"Macam mana awak boleh kenal dengan Nedina?"

Atiff diam tidak menjawab. Bukan dia tidak mahu tetapi untuk menceritakan pertemuan antara dia dan Nedina semuanya hanyalah kebetulan. Kebetulan yang ditakdirkan?

"Awak tahu kan saya dulu macam mana? Dan saya juga yakin awak cukup tahu Nedina tu juga macam mana"

Orkid mengangguk laju.

"That's the thing. Kenal tanpa sengaja"ringkas Atiff berkata.

Orkid terpempan. Jawapan Atiff sangat tidak memberangsangkan. Ringkasan cerita lelaki itu membuatkan Orkid curiga.

"Tapi jangan overthinking. Saya dengan Nedina kenal atas nama sahaja. Tak pernah berborak, berbual"

Seakan tahu apa yang berada di dalam isi kepala Orkid, tenang Atiff menenangkan.

"Awak tak akan tipu saya kan?"

Atiff menggeleng sempat wajah Orkid disebelah dipandang. Rambut yang terjuntai diraup ke belakang.

"Saya cuma takut. Saya kenal Nedina macam mana. Dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak"luah Orkid.

"Easy, Orkid. Awak percayakan saya dan saya percayakan awak"

Melihat tiada lagi soalan mahupun balasan daripada Orkid, Atiff diam. Melayan perasaan. Orkid disebelah sudah merenung ke luar tingkap.

Menatap pemandangan jalan raya pada waktu malam.

"Saya tahu awak cemburu tapi saya memang tak ada apa-apa dengan Nedina.."

"Lagipun sepanjang perkenalan kami, dia okay"sambung Atiff lagi.

"Okay untuk awak tapi bukan dengan saya. Sejak saya jejakkan kaki dalam rumah ibu, ibaratkan saya menempah liang lahat untuk diri saya sendiri"kata Orkid. Nada suara gadis itu mula lain.


"Argh! Sakit!"

Hampir menitis air mata Orkid apabila sup panas pecah terkena pada kedua-dua belah tangannya.

"Ops, sorry" Nedina tersenyum sinis lalu meninggalkan Orkid di dapur.



"Parut yang dia bagi tak akan pernah padam dalam hati saya, Atiff.."

Atiff menelan liur yang terasa pahit itu. Luahan Orkid tadi dapat menyentuh hatinya. Sadis. Itu sahaja yang dapat Atiff simpulkan.

Jika apa yang diceritakan Orkid adalah benar belaka, Atiff sendiri akan bawa gadis itu keluar daripada lara yang bertahun-tahun dihadap.

"Saya ada, Orkid. Jangan risau"

Hanya itu. Sekadar sebaris ayat itu yang dapat Atiff balas. Orkid? Gadis itu hanya tersenyum nipis.

"Orkid, minggu depan saya kena outstation dekat Johor. Dalam beberapa hari"ujar Atiff selepas beberapa minit mereka berdiam diri.

"Jadi apa-apa urusan majlis, awak uruskan dengan umi, kak Aiya ya? Saya busy next week" pesan Atiff.

"Okay, saya faham"

Selepas itu masing-masing mendiamkan diri. Tidak membuka topik sama sekali. Atiff fokus pada pemanduan. Orkid pula terbuai mendengar lagu yang berkumandang di corong radio.


I'll be dancing like nobody is watching
And I wanna be what you need for a second
'Cause I'm into you
Now I'm trying to get your attention
So I'm calling you up on my best intentions
'Cause I'm into you

- Into You (Matisse & Sadko)

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now