𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟎

47 2 0
                                    

Positive

Positive

Positive

NEDINA menekup mulutnya. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru dia lihat sekarang ini. Tiga alat ujian kehamilan yang dia beli tempoh hari menunjukkan dua garis merah.

Tumpah air matanya sambil tangan menggigil memegang ketiga-tiga alat itu. Perasaan yang membara. Terasa sungguh terkejut namun dalam masa yang sama gembira.

Cukup gembira.

Syukur

Atiff, you bakal jadi daddy

Sayangnya Atiff tiada disisinya mahu berkongsi berita yang cukup gembira ini. Jika tidak pasti lelaki itu akan bersorak.

Atiff selamat terbang ke London selama seminggu atas dasar kerja. Hari sudah 4 hari Nedina sendiri dirumah. Menjalani hidup seperti biasa namun lainnya dia perlu memastikan waktu makanan terjaga supaya kandungannya sihat.

Biarlah Atiff pulang ke tanah Malaysia dahulu dan Nedina pastikan Atiff orang pertama mengetahui mengenai kandungannya.

Patutlah sejak dua menjak ini tubuhnya terasa lain. Pening kepala, makan makanan yang tidak gembar dia makan sebelum ini. Semuanya simptom-simptom ibu mengandung lah kan?

Dengan cara makan asam sahaja dapat mengurangkan loya tekak Nedina yang boleh dikatakan hampir setiap pagi.

"Bila ada anak.. ianya satu tanggungjawab yang besar, Ned. Amanah"

Kerana itu Atiff dan Nedina pada awalnya merancang untuk tidak mempunyai cahaya mata. Mereka sama-sama tidak mahu membesarkan seorang bayi kecil dalam keadaan mereka tidak bersedia.

Tatkala sedang merancang itu jugalah Allah berikan rezeki yang cukup besar buat Nedina dan Atiff. Jika ini takdir Allah, Nedina berharap semoga Atiff terima dengan berlapang dada.

Buat masa ini biar Nedina mengunci mulut dadipada pengetahuan sesiapa. Biar dia seorang sahaja yang tahu.

Ting ting

Dua notifikasi daripada telefon mengalihkan pandangan Nedina yang baru keluar daripada bilik mandi itu. Selangkah kaki melangkah ke rak mahu melihat siapa gerangan yang menghantar pesanan kepadanya.

Nediha Haura

+ ibu meracau lagi

+ akak boleh datang rumah?

WhatsApp daripada Haura Nedina baca sepintas lalu. Bibir dibasahkan dan liur ditelan berkali-kali. Apa sudah jadi ini?

- akak otw sekarang

Setelah itu Nedina terus menyarungkan cardigan serta selendang hitam. Tanpa melihat menunggu lama terus kaki melangkah laju keluar daripada rumah.

⚜️⚜️⚜️

"ADA barang yang orang hantar dekat ibu Haura dan Nedina ni"kata Ustaz Syahil dengan tenang.

Haura yang mendengar bungkam sedangkan Nedina masih dengan ragu-ragunya. Seakan tidak percaya.

Setengah jam berlalu selepas Ustaz Syahil cuba merubat Hajar, Hajar terbaring lemah dikatil dan lama kelamaan terlelap dek kepenatan.

Tinggal Nedina, Haura dan Ustaz Syahil di ruang tamu. Membincangkan apa yang baru sahaja terjadi.

"Barang apa ustaz?" Setahu Haura ibunya tiada bermusuhan dengan sesiapa. Atas dasar apa untuk menghantar benda syirik ini ke mereka sekeluarga?

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now