𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟖

42 4 0
                                    

PANG!

"Berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi!"

Tamparan hebat dilayangkan ke pipi Atiff sehingga lelaki itu sendiri terdiam bercampur terkejut dengan tindakan drastik Nedina.

"NED! Apa ni?! Kenapa tampar suami?!" Hanim menarik tangan Nedina supaya jauh daripada Atiff yang masih kaku tidak bersuara.

"Lelaki ni penipu!! Dia tipu Ned, ibu! Dia pentingkan diri sendiri! Dia tak fikir pun perasaan Ned!! Ned benci dengan dia!" Segala isi hati yang dipendam dilepaskan kepada Atiff tanpa belas kasihan.

"Ap-apa yang I tipu you?" Perlahan Atiff menyoal. Pijar pipi dia dilempang Nedina berdenyut-denyut bagai tidak terasa pedihnya.

Ellzan dan Haura yang baru tiba sama-sama diam menikus. Lebih ketara Ellzan. Dia yang menceritakan segalanya kepada Nedina memandang perempuan itu sendiri memaksa dia membuka mulut.

"I nak tanya you, you tahu kan siapa dalang yang perangkap kita malam tu? Atau sebenarnya dalang yang cuba perangkap I!"

Dia sudah tahu semuanya. Dunia bagaikan berputar perlahan saat Ellzan membongkarkan rahsia yang disimpan Atiff. Orkid punca Nedina dimalukan. Ditangkap basah. Terpaksa berkahwin.

Orkid juga punca utama sehingga sekarang orang memandang serong dengan Nedina. Termasuk Hanim terpalit sama!

"I dah tengok file dalam pendrive ni! I tengok semua gambar-gambar dalam kotak you! Kenapa you tak pernah nak bagitahu I?! Kenapa, Atiff Mikael?!"

Atiff menatap ke dalam anak mata Nedina yang dibasahi air jernih mengalir jatuh ke pipi. Melihat perempuan yang dia cinta menangis, dia rawan. Hati Atiff rapuh.

"I cuma tak nak you makin berdendam dengan Orkid. I boleh agak kalau you tahu semua yang jadi angkara Orkid, you akan minta cerai!"

Kuat suara Atiff memetir. Dia buat semua ini untuk kebaikan Nedina. Dia terlalu cintakan wanita itu. Terlalu.

"Memang pun! I penat, Atiff! I PENAT! I bukan perampas! You tahu tak apa yang I rasa selama I kahwin dengan you?! You tahu tak?!"

Nedina mengesat air mata. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Ya, dia cintakan Atiff tetapi mengapa perkara sebesar ini sanggup Atiff sembunyikan?

Dia berhak tahu!

"You betul-betul sayangkan I atau tak? You betul-betul serius ke tak dengan hubungan kita, Atiff?"

"I SERIUS, NEDINA!" Tempik Atiff kuat. 

"Tapi cara you tak melambangkan segala apa yang you cakap! Bukan ini je I jumpa. Ni! Tengok ni!"

Dua helai kertas yang tertulis doa-doa melindungi diri daripada sihir pemisah diletakkan pada tapak tangan Atiff.

"Apa makna semua ni?! Apa lagi yang you sorok?!"

Atiff menolak rambut yang jatuh ke dahi. Sekilas wajah serba salah Ellzan dipandang. Lelaki itu hanya membalas pandangan Atiff sebelum menggangguk kecil. Tiba masanya kau bagitahu dia, Atiff.

"Kita kena sihir juga ke? Tapi kenapa I tak rasa apa-apa? Kenapa I tak tahu? Kenapa?" Berdas-das soalan bagaikan peluru menembak dada Atiff sehingga dia berasa semput hendak menjawab.

"JAWABLAH!" Bahu Atiff ditolak kasar menyebabkan lelaki itu terlanggar meja batu dibelakangnya.

"Ned!" Laju Haura menarik kakaknya. Jika dibiarkan mahu menjadi-jadi baran perempuan mengandung ini.

"Jangan sentuh aku lah! Aku nak dia jawab! Atiff!" Jari Nedina lurus menunjuk tepat pada Atiff yang masih membisu.

Hanim yang melihat menelan liur. Naluri seorang ibu memang tidak pernah salah. Patutlah dia berasa tidak sedap hati. Perasaan tidak enak ini terus-terusan menghimpit dada dia sejak petang tadi. 

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now