𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟎

53 5 0
                                    

BUSH

"Atiff!!!"

Teriakkan Ellzan nyaring memenuhi kawasan jalanraya yang sunyi pada malam itu.

Dia terduduk dibahu jalan melihat kereta Atiff menjunam jatuh ke dalam gaung.

Tubir matanya panas. Esak tangisnya berlagu. Tempat kejadian mula dipenuhi orang ramai yang datang mahu membantu.

Ellzan tetap kaku merenung jauh ke dalam gaung yang gelap. Hatinya hancur berderai. Masih ada harapankah untuk Atiff dijumpai?

Ya Allah, ujian apa ini? Ujian apa lagi yang Atiff perlu hadap? Ellzan sebagai rakan karib pun hampir berputus asa.

Saat pegawai polis datang meminta keterangan pun Ellzan masih bisu tidak bersuara. Air matanya menjadi jawapan bagi semua soalan yang diajukan buatnya.

"Bawa bertenang, encik."

Jiwa Ellzan kosong. Dia setia menunggu sehingga kereta Atiff dijumpai. Ditarik oleh treler dan sekali lagi dia hilang diksi.

Bebola mata Ellzan tergetar-getar melihat Atiff yang masih ditempat pemandu. Berlumuran darah. Tubuh itu longlai. Mata itu juga terpejam rapat tidak sedarkan diri.

"At-atiff.."


"Ellzan, jaga Ned. Jaga keluarga aku bila aku tak ada nanti. Aku percaya kau je. Tak ada orang lain"

"Apa kau merepek ni syaitan?" Ellzan berkerut seribu.

"Aku pesan siap-siap je"


Jadi ini ke pengorbanan yang dimaksudkan Atiff? Kata-kata Atiff terngiang-ngiang jelas pada halwa telinga Ellzan.


"Terputusnya sihir ni apabila dia dapat aku atau aku sendiri yang mati."


Longlai kaki Ellzan merapati Atiff yang dibaringkan ke atas katil ambulance. Sekali lagi tangisan dia pecah. Rembesan air mata yang tidak henti-henti mengalir bagaikan air hujan yang jatuh ke bumi.

Lebat.

"Bro,.."

Tak, dia tak boleh lemah begini. Dia perlu kuat. Apa kata Atiff jika lelaki itu tahu Ellzan menangis?

"Kau kena kuat, Atiff. Kau kena bertahan" perlahan suaranya berkata.

Masuk sahaja jasad kaku Atiff ke dalam ambulance, siren mula kuat kedengaran. Orang ramai yang berkerumun beransur-ansur berlalu pergi.

Pintu kereta Ellzan tutup dan kedua-dua belah tangan yang berlumuran darah dipandang lama. Darah milik Atiff.

"Hsk.." dia menangis lagi.

Kejadian yang berlaku tadi bagaikan angin lalu. Semuanya tiba-tiba.

Kereta Atiff hilang kawalan dan terus menjunam jatuh masuk ke dalam gaung. Ellzan yang melihat kejadian itu lantas menekan brek.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now