𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟗

53 4 0
                                    

"ABANG dengan Ned okay ke? Diam je daripada tadi"tegur Haura yang sedari pasangan suami isteri ini hanya senyap.

Terasa juga kekok dia mahu menonton movie malam apabila suasana antara mereka bertiga sunyi. Kalau tidak, pasti sama ada mulut Nedina atau Atiff yang bising dahulu.

"Okay" balasan ringkas Nedina itu menimbulkan rasa musykil. Dia tenang menguyah jeruk yang dibeli petang tadi sambil menonton Ali Setan.

Atiff disebelah mendengar namun matanya tertumpu pada telefon. Tidak tertarik langsung mahu melihat kaca TV.

"Gaduh ke?" Haura mencuit lutut Atiff yang duduk bersila dikarpet bersebelahan dia.

"Biasalah suami isteri" Atiff menjeling sekilas Nedina yang berada di sofa berbentuk L itu.

Dia perasan daripada semalam Nedina tidak berhenti makan jeruk Pak Ali itu. Sejak bila Nedina suka makan jeruk pun Atiff tidak tahu.

"Abang tak pujuk ke?" Pertanyaan Haura membuatkan Atiff terdiam sejenak.

"Nantilah"

Haura menggeleng. Teruknya tak reti pujuk isteri. Bukan dia tidak tahu kisah silam Atiff dan Nedina itu hampir sama. Bezanya Atiff lebih sosial dengan perempuan.

Mana mungkin sesi pujuk memujuk ini bukan kepakaran Atiff kan?

"Jangan bagi perempuan merajuk lama-lama. Nanti pudar rasa cinta tu baru tahu"pesan Haura. Lebih kepada menakutkan abang iparnya ini.

Atiff memandang Nedina seketika yang fokus pada TV. Sudah tiga hari mereka tidak bertegur. Salah dia kerana menengking Nedina sesuka hati tetapi pada waktu itu Atiff serabut.

Entah kenapa malam itu Atiff seakan tidak keruan. Bahkan dia merasakan ada sesuatu yang kosong. Sehinggakan hari ini pun dia rasa kosong.

Kosong kerana Nedina tiada disisinya.

"Abang, abang nak tahu tak semalam saya jumpa sepupu abang tu. Apa nama dia eh? Danish? Dan-"

"Danny?"

Haura mengangguk dan senyuman dia melebar.

"Hah, Danny! Kenapa abang tak bagitahu saya yang Danny tu player bolasepak? Saya jumpa dia pun sebab kawan saya ajak pergi stadium. Ada assignment kena buat"

Termangu Atiff mendengar alasan Haura ini. Dan riak wajah Haura tidak berbohong bahawa dia suka berjumpa dengan Danny.

"Haura suka Danny ke?"

Geleng

"Saya tak suka dia lah" laju saja Haura menafikannya. Dia tidak suka dan tidak berbohong pun.

"Ye ke?" sengaja Atiff menguji mahu melihat reaksi wajah Haura.

Jelas wajah itu merah padam.

"Malas lah cakap dengan abang ni" dan Haura kembali menonton kaca TV.

Suasana antara mereka pun kembali sunyi sepi. Nedina berlalu meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Dia mahu berehat ke bilik.

Atiff memerhati daripada ekor mata langkah lemah Nedina yang tidak bermaya itu.

Sakit ke?

⚜️⚜️⚜️


ATIFF menutup sahaja pintu bilik mereka, tubuh Nedina berbalut comforter tebal menangkap perhatian nya.

"Nedina, are you okay? You sakit?" Sejenak tangan besar Atiff menyentuh dahi dan bawah leher Nedina namun tiada sebarang haba panas pun.

"I sakit kepala lah. Jangan kacau I" balasan Nedina yang tidak bermaya itu membuatkan Atiff melepaskan nafas panjang.

Atiff yakin Nedina masih berkecil hati, marah dengan dirinya atas kes tempoh hari. Dia juga tiada ruang lagi untuk meminta maaf kepada wanita itu.

Kebisuan antara mereka lama kelamaan menyesakkan dada Atiff. Rasa tidak senang hati dan kosong. Semuanya mencengkam jiwa Atiff Mikael.

"Sayang" panggil Atiff lembut.

"Hm?" antara mahu tidak mahu sahaja dia menyahut panggilan itu. Rasa sakit hati masih berbekas dihati.

"I'm sorry about that night. I tengking you. I seriously.."

"You tak dengar explanation daripada I, Atiff. Jadi benda apa yang membuatkan you yakin I akan dengar kata maaf you?" Dalam menahan rasa sakit kepala, dia gagahkan mulut berkata-kata walau wajah Atiff tidak ditatap.

"I silap. I terlalu ikutkan hati I yang tengah marah. I.. terlepaskan rasa marah I dekat you"

Atiff tahu rasa sakit apabila tidak diberi ruang untuk menerangkan hal sebenar. Dia tahu tetapi lambat untuk sedar.

"You janji dengan I yang you takkan pernah sakitkan I tapi you tipu" bergetar suara Nedina saat dia cuba meluah. Lama dia menahan isi hati yang tersimpan rapi ini.

Atiff menunduk kesal. Dia kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat menunaikan janji yang satu itu. Janji yang dia sendiri sering ulang pada Nedina.

"I bukan sengaja balik lambat, Atiff. I betul-betul sibuk. I kena uruskan hal Orked yang cuba seleweng duit kafe ibu. Tapi you tak bagi I masa langsung untuk explain! You marah I macam I tak ada hati! You letak semua beban dekat I.." empangan air mata Nedina mula tumpah mengalir ke pipi.

"Huh? Orked seleweng duit kafe?" Dia terkejut. Dia tidak sangka sehingga ke tahap itu Orked berubah.

Nedina diam tidak membalas persoalan yang mula muncul dibenak fikiran Atiff. Biarlah. Dia malas mahu ulas soal itu dirumah. Semakin mahu pecah kepala dia dibuatnya nanti.

"Sayang.. I janji kali ni. I tak akan tengking you, tuduh you bukan-bukan lagi. Please, forgive me?"

Daripada menggenggam tangan, Atiff mendekatkan dirinya supaya dahi Nedina menjadi bibir dia melabuhkan ciuman ringkas.

"Ned, please? Jangan diam macam ni. Say something"

Nedina yang baru mendapat ciuman ringkas daripada Atiff kaku. Bohong jika dia kata tidak tergugat. Dia perempuan. Rajuknya apalah sangat seperti kerak nasi saja.

"Ya.. I maafkan you"

Mendengar butir kata yang bermakna itu, senyuman Atiff serta merta melebar. Laju tangan dia mengusap kepala Nedina lembut.

"Thank you.."

"Erm, you sakit kepala kan? Meh, I urut"

Nedina yang memejam mata itu terus tercelik. Atiff mahu mengurut? Pandai ke?

"You reti urut ke, sayang?" Soalan yang sungguh was-was. Lama Nedina merenung wajah tenang Atiff mencari sesuatu yang meyakinkan.

"Why not? Urut batin je I tak reti"balas Atiff selamba dan jarinya terus mendarat memicit perlahan kepala Nedina.

"You look try hard to impressing me, don't you?" senyuman nipis terukir diwajah pucat Nedina sambil merenung wajah si suami.

"Of course cause I'm your protector" Atiff menjawab dengan yakin walau tenang.

"The one and only, insyaallah"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now