𝐁𝐚𝐛 𝟏

183 9 0
                                    

Dentuman muzik yang kuat dan nyaring sungguh membuatkan para pengunjung yang berada di sana mudah hanyut. Tambah pula dengan beberapa orang perempuan menari di atas pentas dengan lenggokan tubuh yang lentik serta sungguh mengaibkan.

Masing-masing terkinja-kinja tanpa memikirkan batasan pergaulan apatahlagi mengenai aurat. Dalam kesibukan dan kekacauan di dalam kelab malam itu, hanya dia sahaja yang duduk tanpa menghiraukan  keadaan sekeliling.

Nedina Hayfa.

Sambil memeluk tubuh serta kaki disilangkan, Nedina memerhati setiap seorang manusia yang sedang bersuka-ria itu. Ada yang duduk di tempat tersembunyi. Mahu melayankan nafsu membara. Ada yang meneguk air kencing syaitan sehingga termuntah.

Menjijikkan

Nedina menghela nafas panjang. Fikirannya melayang memikirkan peristiwa petang tadi. Hatinya meluat. Semakin benci. Semakin bernanah hatinya.



"Nedina, saya minta maaf... Sebab saya, awak dan ibu awak.."

"Hey perempuan! Sejak bila ibu aku mengandungkan kau?! Sedar diri kau dekat mana!"tengking Nedina kuat tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Saya minta maaf sebab angkara saya, awak dan Puan Hanim bergaduh"

Nedina tersenyum sinis. Selangkah demi selangkah dia mendekati gadis polos berbaju kurung serta bertudung bawal itu.

"Perempuan macam kau ni, sikit pun aku tak percaya. Luaran nampak suci, wangi. Ini, dalam hati ni. Hitam! Busuk!!"

Dengan sengaja tubuh gadis itu ditolak oleh Nedina kuat sehingga suasana menjadi semakin hening. Kekacauan disekeliling mereka bertukar sunyi sepi. Semua melihat ke arah mereka berdua.

"Ya Allah! Nedina Hayfa! Stop! Orang tengok tak malu ke?!"

Puan Hanim keluar dari dalam pejabat selepas sahaja dia mendengar jeritan nyaring milik anak perempuannya, Nedina.

"Apa yang kamu buat ni?! Orkid okay, sayang?"

Orkid tersenyum kelat. Saat Hanim mahu tunduk menolongnya pantas Orkid berdiri dan menolak dengan lembut huluran wanita berusia itu. Dia tidak mahu menambahkan lagi api kemarahan Nedina.

"Memang! Memang Ned tak malu kalau setakat nak ajar betina sundal ni!!"

Hanim memejam mata buat beberapa detik. Anak daranya seorang ini terlalu brutal dan agresif.

"Watch your mouth, Ned"kata Hanim dengan suara yang ditahan. Panas wajahnya menahan malu ditengah-tengah keramaian ini.

"Ibu selalu pertahankan perempuan ni! Tapi kenapa ibu tak pernah nak pertahankan Ned?!"luah Nedina.

Orkid diam melihat pertengkaran antara dua beranak ini. Dia sendiri mati kutu bagaimana mahu menenangkan Nedina.

"Betina ni tak layak.."

Pang!

"Ibu Hanim!"



Masih terasa pijar pipi kirinya ditampar ibunya, Hanim. Ia bukan pertama kali. Nedina sudah lali. Bosan. Malah tamparan itu membuatkan dia semakin benci akan gadis bernama Orkid itu.

"Babe! Kenapa kau tak join kami semua menari? Come!"

Ajakan rakannya dibiarkan sepi. Nedina masih beku duduk di tempatnya tanpa mengendahkan sesiapa yang datang menegur.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now