𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟐

34 3 0
                                    

NEDINA berjalan menonong keluar daripada mahkamah dengan wajah kosong. Tangan kiri lembut mengusap perutnya sendiri. Sedar tidak sedar sudah 5 bulan usia kandungannya. Malah sudah 2 bulan kes pecah amanah Orkid turun naik mahkamah.

Dan hari ini semuanya sudah jelas. Hari terakhir dia akan menjejakkan kaki ke sini. Dia keluar daripada kawasan mahkamah dengan hati membara walau wajahnya tenang saja.

Masih terngiang-ngiang suara Hakim memberi kata putus. Semakin sakit hatinya apabila dia menangkap riak wajah Orkid yang tersenyum kemenangan itu.

Ya, Orkid dilepaskan oleh kerana ikat jamin. Semuanya dibayar oleh Syed Qaril. Lelaki yang sentiasa bersama Orkid Qaisara.

"Huh.." Nedina berhenti seketika ditepi BMW hitamnya. Terasa mengah apabila dia berjalan terlalu laju.

"Kenapa?"

Untuk seketika Nedina berpaling melihat susuk tubuh tegap dan tinggi dihadapannya.

Rayana.

Rayana anggota polis wanita yang ditugaskan untuk menjaga, melindungi Nedina. Segala urusan berkaitan Nedina pasti Rayana akan ikut bersama. Semuanya untuk langkah berjaga-jaga.

Dan idea itu datang daripada Atiff dan dipaksa oleh Ellzan. Jika ikutkan hati yang keras ini, Nedina tidak mahu dijaga namun mengenangkan diri yang masih berbadan dua. Direlakan saja.

"Awak okay, Nedina?" Rayana berkerut dahi sebelum mata dia menangkap susuk tubuh Qaril dan dua orang pengawalnya mengiringi jejaka kacak itu ke kereta.

"Kalau saya pergi tampar muka jantan tu, agak-agak viral tak?" Soalan cepumas Nedina menghilangkan diksi Rayana.

"Haha.. awak buat kelakar lah. Jom kita pergi makan dulu" laju saja Rayana membuka pintu kereta dibelah pemandu.

"Saya serius"

Melihat wajah dingin Nedina, Rayana kecut. Siapa yang polis sekarang ni?

Ah, gasak aku jaga mak buyung ni

"Kalau jadi apa-apa dekat saya, awak back up saya tau" Nedina menjeling ke Rayana sebelum dia membuka langkah mahu mendekati Qaril yang masih berada di luar kereta mewahnya itu.

Rayana memandang belakang badan Nedina sebelum mata dia menangkap susuk tubuh seorang perempuan mendekati ke arah mereka. Macam kenal.

"Tak dapat keadilan takpa.. bagi aku tampar muka perasan bag-"

Zup!

Sekali rentapan saja, Nedina terus berpaling sebelum wajah manis Aiya menghiasi pandangan. Berkerut dahi Nedina seketika. Bila pula minah sampai?

"Belum tiba masanya lagi Ned nak balas dendam. Sabar.." mendatar saja Aiya berkata.

Rayana yang memerhati sudah terkebil-kebil. Hendak bersuara pun tidak mampu.

"Akak! Lepas! Bagi Ned lempang muka jantan tak guna tu! Ey!" Meronta-ronta Nedina minta dilepaskan lengannya namun dipandang sepi saja oleh Aiya.

"Sabar! Sabar! Bawa mengucap. Istighfar!" Aiya menarik Nedina supaya datang lebih dekat dengannya. Pintu kereta disebelah pemandu dibuka.

"Kalau aku dapat kau, memang aku pijak-pijak kau lah jantan! Ergh!" Menyeringai kegeraman Nedina saat tubuhnya ditolak meloloskan diri ke dalam perut kereta. Semakin cemberut mukanya saat Aiya menutup pintu tanpa sempat dia berkata apa pun.

"Rayana" mendengar nama dipanggil, laju dia berpaling.

"Ya, kak?"

"Gerak. Kita kumpul dekat rumah ibu Hanim" tegas Aiya memberi arahan.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now