Bab 1

15.5K 235 6
                                    

Elena Marzuien berjalan masuk ke dalam bangunan tinggi 30 tingkat itu dengan santai, beberapa orang menunduk tanda hormat padanya.

"Morning miss!"

"Morning!" Jawab Elena santai.

Berkerja di dalam syarikat besar dan mempunyai pangkat yang tinggi sememangnya penampilan menjadi sebab utama dirinya ketika itu.

Dia bukan datang dari keluarga yang berada tapi dari keluarga yang sederhana, jadi untuk sombong kan diri bukan dirinya.

Dia adalah pekerja yang rajin dari tujuh tahun lepas, sewaktu dia memasuki tempat asing itu dia telah mendidik hatinya yang terluka ketika itu untuk terus menabur bakti demi selebar wang.

Ada yang menunggu jasanya di kampung.

Hampir tujuh tahun dia berkhidmat disitu, dari syarikat itu masih mentah sehingga menjadi syarikat terbesar di Asia.

Kini jasanya di balas dengan kenaikan pangkat sesuai jurusan yang dipandu olehnya.

Executive Director Designer.

Dan seorang jutawan hasil kerja sampingannya sebagai pereka lakaran untuk perhiasan.

Sikapnya yang dingin dan tegas membuatkan pekerja di bawahnya tidak berani mengambil kesempatan terhadapnya. Begitupun, sikap prihatin dan rendah diri membuatkan ramai pekerja senang dengan kehadirannya.

Di dalam bilik tertulis pengarah rekaan, Elena Marzuien duduk termenung seketika.

'ni pertaruhan kita! Siapa kalah kena bayar dua lipat kali ganda!'

'pertaruhan apa?'

'cari lelaki tanpa perasaan yang mampu korang tundukkan dan buat dia sentuh korang, tak kisah macam mana pun caranya'

'gila! Taruhan memakan harga diri!'

'berapa?'

'setengah juta! Dan kalau benih lelaki itu membuahkan hasil maka dua lipat kali ganda korang dapat!'

'chill! Ini kan yang wanita macam kita nak? Anak sendiri tanpa perlu berkahwin, rights?'

"Anak sendiri?" Elena Marzuien cuba memikirkan lagi taruhan yang diajukan.

"Tak salah kalau mencuba! Lagipun syarat dia lepas dapatkan lelaki tu, tak perlu lagi jumpa dengan dia kan?"

Elena Marzuien meletakkan pen yang dipegang di atas meja, telefon bimbitnya dicapai lalu menaip sesuatu.

Setelah selesai dia meletakkan kembali telefonnya.

"Mission started!"

************

Mu'amil Ridzuwan termenung sendirian mengingat kembali apa yang baru di dengari olehnya tadi.

"Aira, kamu dah try check kan tahap kesuburan kamu?"

"Dah mak long! Aira dah check, Aira memang subur!"

"Dah tu kenapa belum mengandung?"

"Manalah Aira tahu mak long! Mungkin belum rezeki lagi!"

"Haih, korang dah kahwin hampir 10 tahun nak masuk 11 tahun dah! Tak kan tak ada langsung!"

"Entahlah mak long!" Aira Amisya hanya menghela nafas.

"Ke.... Ridz yang tak subur?"

"Ish, mak long ni, ke situ pulak! Abang Ridz tu Okey je sihat!"

"Mana kamu tahu? Ridz pun tak buat pemeriksaan lagi kan?"

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now