Bab 9

4K 107 2
                                    

Aira Amisya menepis kasar air matanya yang terus mengalir ke pipi. Entah apa yang sebenarnya terjadi.

'ibu nak minta tolong kamu belikan adik-adik kamu telefon baru, Aira'

Permintaan ibu membuatkan dia mengeluh kesal, mana dia nak dapat duit untuk beli dua telefon sekali gus.

Bukan telefon biasa tapi iphone!.

Awal-awal adiknya sudah memberi tahu bahawa mereka inginkan telefon berjenama itu. Bukan dia tidak mampu membelikan telefon itu memandangkan potongan gaji suaminya juga sudah mampu untuk dia menabung sementara.

'Mak long kalau boleh nak gelang emas untuk hadiah Mak long, Aira boleh kan bagi dekat mak long?'

Tapi permintaan Mak long nya sudah dia tunaikan dengan menghabiskan wang tabungannya selama ini.

Tidak beli dikatakan kedekut pula nanti, dia tidak mahu. Pujian yang melambung membuatkan dia alpa seketika.

Masakan, dia isteri kepada seorang pegawai besar tidak mampu memberikan sesuatu untuk mereka sekeluarga, tidak! Dia tidak sanggup dilabelkan begitu.

Nak minta pada suaminya, nampak gaya seakan tidak mungkin kerana suaminya yang di jadikan ATM bergerak itu sudah seakan tidak mahu lagi menolongnya.

"Tak boleh macam ni! Kalau dia terus buat perangai macam tu, aku kena lawan! Aku akan buat dia merayu untuk hak dia! Aku tak akan bagi selagi dia tak tolong aku!" Gumamnya bersama geram yang mendalam.

"Dia lelaki tak akan dia dapat tahan kalau lama tak dapat, mesti dia akan minta punya!" Aira tersenyum seraya menyedapkan hatinya.

"Aku harap aku dapat langsaikan semua dengan cepat! Kalau tak ibu mesti akan selalu tanya"

Nafas ditarik lalu kaki membawa tubuh ke katil, dibaringkan lalu memejamkan mata membuang semua kerungsingan itu.

********

Elena Marzuien merenggangkan otot-otot yang tegang, kerja yang baru diterima membuatkan dia tidak dapat menjamah sebarang makanan.

"Bila nak habis?" Suara yang tidak asing menyapa telinga.

Elena Marzuien hanya diam tidak menanggapi suara itu.

"Ele....."

"Elena!" Tegur Elena garang.

"Kau nak apa lagi sebenarnya? Boleh tak sehari kau tak ganggu aku?"

"Saya minta maaf ganggu awak! Tapi saya cuma nak ingatkan awak yang kita ada pertemuan dengan Mr, David dekat Milanno cafe"

Elena melepaskan nafas yang berat.

"Orang lain tak boleh ganti I ke?"

"Mr, David nak awak yang handle wedding dia"

"Dah tu kenapa you pun terlibat?" Tak faham dia dengan mamat ni.

"Kan saya yang deal dengan dia? Awak lupa?"

"Huh, I forget!"

"Nanti you nak pergi, you panggil I! I busy!"

"Okey! See you later"

Elena Marzuien mengalihkan perhatiannya pada mesej yang baru di terima.

'lunch?'

Elena mengabaikan mesej itu, dia kembali fokus pada kerjanya.

**********

Mu'amil Ridzuwan menahan marah yang teramat sangat, dua sosok yang baru sahaja masuk ke dalam sebuah kafe berhampiran dengan gerai yang dia makan.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now