Bab 33

5.4K 117 1
                                    

Elena Marzuien keluar dari bilik air bersama rambut yang basah, wajahnya hanya sendu dan lesu. Hatinya seakan mati dengan sikap dingin Mu'amil Ridzuwan.

Hari ni dia tekad mahu masuk kerja. Bahkan, hari ini Ridzuwan juga sudah mula berkerja apabila lelaki itu dapat panggilan dari pihak sana.

"Peduli apa aku dia bagi ke tak! Ingat dia seorang je yang boleh buat?" Bebel Elena geram.

Laju tangan mengeringkan rambut di depan cermin solek.

"Tapi dia suami aku, aku kena minta izin dia juga walaupun dia salah!" Raup wajah berkali-kali dengan sebelah tangan, telefonnya di capai.

'today I wanna go work! And you can't stop me! Full stop!'

Selepas menghantar mesej tadi, dia terus bersiap-siap untuk ke tempat kerja, tak ada sedikit beban pun di fikiran, malas.

Tepat pukul sembilan pagi dia keluar dari rumah, malas dia periksa telefonnya, yang penting sekarang dia mahu ke tempat kerjanya dahulu.

Semalam dia dah bagi tahu Trisya bahawa hari ini dia akan masuk kerja.

Sehari awal je.

Elok sahaja kakinya melangkah lantai bahagian dia berkerja, terus semua mata terarah padanya termasuk Ilyas Bazli.

Mestilah diorang pelik sepatutnya esok baru dia masuk kerja tapi tiba-tiba hari ini sudah muncul mestilah mereka pelik.

"Wow....dah habis honeymoon ke?" Lydia tegur dari jauh, bila nampak kehadirannya yang santai.

'aku tak boleh bagi diorang tahu masalah aku sekarang ni, hanya Trisya yang tahu apatah lagi ada si Ilyas tu'

Perlahan dia koyak senyuman paling manis.

"Ye lah! Kahwin dengan tentera bukan sepenuhnya milik kita, bila kena panggil honeymoon pun jadi semalam dua sahaja!"

Lydia tergelak mendengar ayat yang keluar dari mulut kawan sekerjanya.

Di kerling Ilyas di hujung bilik, nampak kekecewaan di wajah lelaki itu.

Tanpa peduli keadaan sekeliling dia bawa kaki masuk ke biliknya, Lydia ikuti langkahnya.

"Weyh, aku ada benda nak bagi tahu kau! Benda ni melibatkan kau!" Lydia yang duduk di hadapan Elena dipandang pelik.

"What?"

"Azwa dari department management yang masuk melalui Shuhua Collo tu...."

"Kenapa?"

"Dia buat perangai, dia cuba goda CEO kita, kau gila?"

Elena Marzuien terbeliak bila berita itu masuk ke telinganya.

"Seriously? Dah tu macam mana?" Semua rasa bercampur baur. Terkejut tambah debar.

Dah la rumah tangganya sedang bergolak kini ditambah beban kerja pula. Naya kalau macam ni.

"Kau tahu semalam bos kita tu mengamuk besar, dia cari kau tahu tak!"

"Hah? Kau biar betul!"

"Iye! Kau tahu semalam dia bincang dengan Quinee dengan Trisya nak tarik balik saham dalam company tu, kau gila?"

"Stephanie?"

"Kau tanya lagi dia? Nasib dia ingat kau tengah honeymoon kalau tak dengan kau sekali kena!"

"Oh my god! Aku kena cari Stephanie."

"Tak payah! Diorang tak ada hari ni pergi honeymoon juga! Tapi tak tahu lah sebab aku dapat info dari Quinee" Lydia berpeluk tubuh.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now