Aira Amisya meluru masuk ke dalam rumah Puan Aminah dalam keadaan tersedu sedan. Puan Aminah dan Encik Akhbar pandang sesama sendiri bila terdengar tangisan yang agak kuat datang dari ruang tamu.
Menapak ke depan, Puan Aminah terkejut melihat Aira yang menangis seraya memandang mereka.
"Eh, anak ibu kenapa ni?" Puan Aminah gosok belakang badan Aira setelah dia duduk di sebelah anaknya.
"Ibu....." Aira panggil seraya menangis pilu, seperti di dera sahaja gayanya.
"Ya Allah...kenapa ni nak? Bagi tahu ibu kenapa? hmmmm...." Ingin menitis juga air mata sedihnya dikala anak yang dia harapkan sedih begini.
"Ibu..... Ridz bu....."
"Kenapa dengan dia nak?"
"Ridz bu! Dia abaikan Aira bu! Aira hidup dekat sana tu terkontang-kanting bu! Bini dia bu....bini dia halau Aira! Dia cakap jangan susahkan suami dia! Jangan minta duit kat suami dia dah bu!...." Entah bersungguh atau sekadar lakonan tapi air mata mengalir seperti banjir kilat.
"Ya Allah....kenapa macam ni nak? Tak kan tak ada sikit rasa kesian dekat kamu? Tak kan Ridz tak ingat sikit pun kenangan korang berdua, sampai hati dia buat macam ni dekat anak ibu....." Dah Puan Aminah pun dah luruh kan air mata dia.
"Bu.....macam mana Aira nak buat bu? Apa lagi cara Aira nak dapatkan abang Ridz? Dah la dia kahwin dia langsung tak bagi tahu! Tak ajak kita! Lepastu dia buat Aira macam ni! Aira tak setuju bu dia kahwin! Aira tak rela! Tak ada siapa boleh hidup dengan dia kecuali Aira!" Sofa berwarna biru itu ditumbuk geram.
"Aira....kamu kena ingat kamu tu dah tak ada hak atas diri dia, kamu dengan dia dah bercerai"
Encik Akhbar melabuhkan punggung di sofa, riak wajahnya tenang.
"Abah! Apa abah cakap ni? Memang Aira dengan dia dah bercerai tapi dia tak boleh buat Aira macam ni! Aira masih tanggungjawab dia!"
"Kamu belajar mana ni Aira? Bila masa dia perlu tanggungjawab dekat kamu lagi? Kamu dengan dia dah tak ada apa-apa" tenang.
"Abang....jangan masuk campur urusan anak-anak biar diorang buat keputusan sendiri! Rumah tangga diorang kita jangan kisahkan"
"Awak lagi satu Ami, kamu tu punca anak kamu tu berfikiran macam tu! Patut awak nasihatkan dia! Bukan galakan dia buat semua tu!"
"Abang!"
"Dah lah, abang cakap awak tak nak dengar, ikut kamu lah! Abang tak nak masuk campur! Kalau bini baru Ridz datang serang awak, abang tak mahu masuk campur"
"Kalau dia berani marilah! Ingat saya takut? Dia belum kenal siapa lagi saya ni bang!" Puan Aminah bersuara lantang.
"Haa....memang dia tak kenal kamu! Kalau dia tahu kamu tu talam dua muka, mesti dia lagi menyampah dekat kamu anak beranak!"
"Eh, abang jaga sikit mulut tu ehhh siapa yang talam dua muka? Haa? Apa saya buat sampai orang cakap saya talam dua ha? Saya tak buat apa-apa pun!" Puan Aminah tak terima semua tuduhan itu.
"Alah, Ami bukan saya tak tahu apa awak buat, saya tahu"
"Apa bang apa? Cuba abang bagi tahu sikit? Nak dengar juga!"
"Yang awak duk suruh Aira minta bekas lelaki dia belikan telefon baru untuk anak-anak awak tu apa? Tu gelang sisik ikan awak tu, siapa beli? Aira kan?"
"Eh, abah tu duit Aira tau! Aira tak guna duit Ridz sikit pun "
"Memang kamu tak minta duit dia belikan gelang tu, tapi kamu guna duit dia beli benda lain sebab duit kamu dah habis dekat ibu kamu ni!" Tembak Encik Akhbar tepat kena muka Aira.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...