Bab 44

6.3K 137 7
                                    

"Aku gagal ....aku gagal Resh, Ryan....aku dah kehilangan isteri aku....aku pun hilang anak aku...." Rintihan Ridzuwan kedengaran memilukan di telinga mereka.

"Ya Allah....." Adrian raup wajah, kini kian terasa kesakitan kawannya ini.

"Ridz....aku tahu kau kuat! Kau kena lawan Ridz! Kau jangan mengalah! Kalau kau mengalah sekarang nanti macam mana dengan anak kau?"

"Betul Ridz! Kalau kau macam ni tak akan ubah apa-apa pun...."

Naresh rangkul bahu Ridzuwan yang sedang tersedu-sedan melepaskan rasa seksa yang menyeksa dirinya.

"Aku nak buat macam mana lagi? Aku dah hilang punca hidup aku....." Keadaan menjadi semakin sayu.

Naresh dan Adrian pandang sesama sendiri, masing-masing lepas keluhan yang sangat berat. Tak tahu lagi macam mana nak nasihatkan kawannya ini.

"Kau tak try cari dia?" Kamal yang diam tidak berkutik dari tadi bertanya bersama renungan sayu.

Ridzuwan angguk kemudian geleng.

Kamal kecilkan mata, hairan.

Cari ke tak?.

"Angguk lepas tu geleng mana satu betul ni? Cari ke tak?" Kamal sedikit terjerit pada Ridzuwan kerana geram.

"Aku cari tapi tak jumpa!" Ridzuwan jawab juga walaupun malas.

"Ouhh...." Baru dia faham isyarat yang lelaki itu berikan. Angguk lepastu geleng.

"Aku dah tak tahu lagi mana nak cari dia, aku upah orang sana sini dekat sebulan dah dia tinggalkan aku, aku masuk kerja pun macam tak semangat dah..." Dia lap air serta hingus yang keluar.

"Aku tak tahu lagi macam mana nak buat tapi satu je aku nak minta tolong korang semua boleh?" Ridzuwan pandang mereka satu persatu begitu juga mereka.

Telefon bimbitnya di ambil dan menaip sesuatu sebelum menghantar sesuatu.

Tin.

Ketiga-tiga telefon mereka berbunyi serentak.

"Aku nak minta korang tolong jumpa orang yang aku hantar tu, dia kawan Elena, Trisya! Aku dah cuba banyak kali nak jumpa dia tapi dia selalu mengelak, aku tahu dia tahu mana Elena berada kalau tak mesti dia tak akan lari setiap kali kalau jumpa aku"

"Mana aku nak jumpa dia ni?" Adrian belek telefonnya.

"Mall B&C!"

"Mall B&C? Untuk apa pergi mall? Dia kerja sana ke?" Adrian pelik.

"Ya! Sebelah mall tu ada satu lagi bangunan tinggi, nama bangunan tu Goldrose's holding, dia kerja dekat situ"

"Wah! Dia kerja dekat situ? Weh, kau suruh aku jumpa orang elit ni! Kalau tak ada cable aku tak mungkin boleh jumpa dengan dia ni!"
Mata kembali terpaku pada gambar di skrin.

"Trisya Amalina....." Seru Adrian perlahan.

"Aku pun tak tahu macam mana nak masuk situ tapi kau boleh tunggu dekat lobby, selalu aku ambil dia dulu macam tu...." Ridzuwan cuba yakinkan Adrian.

"Kenapa kau je tak pergi jumpa dia terus?" Naresh pun sama belek nombor yang sama.

"Sebab Trisya tu tak nak jumpa aku! Siap dia pesan dekat bodyguard yang selalu duk mengekor dia tu supaya tak bagi aku masuk! Macam mana aku nak masuk kalau kereta aku selalu kena block dengan security?" Mu'amil Ridzuwan melepaskan keluhan.

"Aku tahu dia mesti sorokkan bini aku, sebab dia macam relax tak risau bini aku hilang sedangkan bini aku kawan dia! Mustahil dia boleh santai macam tu! Aku pernah jumpa dia sekali je, seminggu selepas bini aku lari, itupun dia sendiri datang jumpa aku bagitahu yang bini aku tahu semuanya dan juga kandungan isteri aku, lepastu sampai hari ni aku tak pernah jumpa dia dah, sebab tu aku nak minta korang tolong aku...." Ridzuwan yakin mesti wanita itu tahu sesuatu.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now