Bab 43

5.6K 125 3
                                    

Elena Marzuien mengusap perutnya yang sedikit sebanyak sudah memboyot, baru lima bulan dia mengandung tetapi perutnya sudah membulat seperti lapan bulan.

Keadaan itu membataskan pergerakannya. Langkah yang selalunya lincah dan kasar menjadi perlahan dek kerana kelelahan.

"Aduh sayang mama, duduk elok-elok dalam tu jangan tendang tendang, mama sesak nafas" sekali lagi perut besar itu diusap ingin meredakan kelincahan si kecil.

Bila tiada lagi gerakan kasar, Elena tersenyum bangga.

"Good boy!"

Tanpa buang masa, dia masuk ke dalam lift ekslusif yang di khaskan untuk kaki tangan tertinggi sahaja.

Bila sampai di tingkat tiga bangunan yang luas seperti pusat membeli belah itu dia hayun langkah masuk ke biliknya yang ada di hujung jalan.

"Madam...." Beberapa staf yang sedang membuat kerja ubah atur barang menegurnya.

Elena Marzuien hanya angguk sambil senyum.

"Well, coffee not good for pregnant women!" Kopi hangat di tangan Elena dirampas dari belakang, terkejut dia bila air hangat itu tertumpah sedikit.

"Mar!" Pekik Elena geram.

Staf baru yang di angkat menjadi manager di situ hanya ketawa melihat wajah merah padam atasannya.

"Ele....I think I should say thank you to you!" Kopi milik Elena di letakkan kembali atas meja bila mereka sudah berada di dalam bilik wanita mengandung itu.

"For?" Perlahan Elena capai kembali kopinya yang terhidang di depan mata.

"because you took me to work with you!" Laju tanganya merampas kembali kopi tadi dari tangan Elena yang mula cemberut.

"Kan aku cakap, coffee tak bagus untuk orang mengandung"

Elena tarik muka, geram.

"Aku tak pernah terbayang akan kembali dalam bidang ni, lepas aku kahwin aku jadi suri rumah, ikut telunjuk keluarga mentua aku, sampai aku rasa nak gila! Laki aku pula bila aku dah gemuk, muka kusam mula bagi alasan mak dia suruh kahwin lain, masa tu aku rasa dunia aku seakan runtuh je...." Elena pandang wajah tenang Marihah.

"Dia merayu dekat aku supaya aku setuju bagi dia nikah lain, aku tahu dia mampu tapi aku? Sakit? Huh, sedih dan bila aku mula terima hakikat, aku izinkan dia nikah tapi perempuan tu tak nak bermadu katanya takut dituduh penyondol! Dengan sekali lafaz talak jatuh dekat aku dalam keadaan aku tak ada siapa-siapa! Aku kena halau dalam hujan tengah malam macam sampah!" Nampak mata Marihah mula berkaca-kaca.

Tisu yang ada di hadapannya di capai.

"Aku gendong anak bongsu aku dalam keadaan yang sedih, jangan tanya anak sulung aku, aku tahu dia trauma tapi dia tak nak beban kan aku....."

"Setiap hari yang aku lalui, aku sentiasa berdoa supaya Allah angkat darjat anak-anak aku dan alhamdulillah Allah makbulkan! Dia hantar kau datang dekat aku! Aku bersyukur sangat, masa tu aku fikir juga apa aku boleh kerja sebab semua sijil aku ada dekat bekas laki aku." air mata yang hendak gugur dilap.

"Masa kau offer aku kerja tu aku tak kisah aku jadi cleaner pun tak ada hal asal aku boleh sara hidup anak-anak aku, masa tu aku cuma fikir anak-anak aku! Aku nak anak-anak aku hidup selesa walaupun tanpa kasih sayang seorang ayah"

'kasih sayang seorang ayah?' Elena pandang perutnya yang makin membesar hari demi hari.

"Tapi aku tak sangka kau offer aku sebagai Manager! Aku rasa aku macam mimpi! Tiga hari tiga malam aku buat kenduri kesyukuran dekat surau tempat aku tinggal" ketawa dibuat-buat.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now