Bab 18

5.8K 132 6
                                    

Mu'amil Ridzuwan fokus pada pemanduan, wajahnya santai dan bersahaja, tiada langsung riak teruja atau takut yang ada hanya santai.

Aira Amisya disebelah diam membatu. Walaupun mereka sekarang menuju kampung halamannya.

Sepanjang jalan hanya kebisuan yang menemani mereka berdua.

"Awak nak makan apa-apa tak?" Tanya Ridzuwan apabila membelok ke kawasan rehat berdekatan.

Aira Amisya menggeleng perlahan. Hatinya merajuk.

Ridzuwan mengambil sehelai not Lima puluh ringgit lalu diletakkan di atas peha Aira.

"Kalau nak beli apa-apa pergilah! Abang nak solat kejap!"

Tak tunggu jawapan Aira, Ridzuwan berinisiatif keluar terlebih dahulu, bukan dia tidak tahu wanita itu merajuk dengannya.

Semalam dia tidak pulang ke rumah membuatkan wanita itu marah tetapi cuba dikawal.

Aira Amisya mendengus geram.

Mata mengiringi langkah suaminya.

Tiba-tiba sayu menerpa dalam dirinya, rasa diri dipinggirkan, selalu bila dia merajuk suaminya akan memujuk sehingga dia termakan akan pujukan itu namun, sekarang semuanya seakan hilang kerana keegoan mereka.

Dua puluh minit kemudian, dari kejauhan terlihat wajah tampan Ridzuwan sedang bercakap dengan seseorang di telefon.

Diamati dari jauh, serta merta rasa tidak sedap hati menyerbu.

"Dia cakap dengan siapa?"

Dari suaminya senyum dia tahu mesti yang di telefon itu adalah orang yang istimewa. Senyuman yang tulus dan ikhlas khas kesan dari bercinta terpancar indah di wajah itu.

Dua puluh tapak lagi ingin sampai ke kereta lelaki itu tampak berhenti seketika, pusing tubuh ke kiri lelaki itu mengakhiri perbualan itu.

Sempat dia baca gerakan mulut suaminya.

'muah!' hatinya dicarik rasa sakit.

Masuk ke dalam kereta terus Aira lancarkan serangan.

"Abang cakap dengan siapa tadi? Bahagia nampak!" Perli Aira tanpa pandang wajah Ridzuwan.

"Cakap dengan kawan!"

"Tak kan sampai senyum-senyum macam tu. Lelaki ke perempuan?" Sempat Aira bertanya.

"Syafiq!" Aira terdiam, Syafiq adalah kawan sekerja suaminya dari mula mereka menjejakkan kaki ke dunia tentera jadi tak mustahil suaminya memang bersembang dengan dia kerana mereka bagaikan belangkas.

"Tak apa lah!" Aira mengalah.

Suasana kembali hening, Ridzuwan dengan dunianya dan Aira juga dengan dunianya.

Lama keadaan mereka begitu sehingga akhirnya Ridzuwan menangkap esakan kecil dari Aira, terus berkalih wajahnya mencari wajah Aira.

"Awak menangis?" Soalan Ridzuwan dibiar sepi.

"Aira, abang tanya awak! Awak menangis ke?" Intonasi malas kedengaran.

Aira selalu begitu.

"Tak! Cuma sejuk je!" Jawab Aira dingin, nampak wanita itu menepis kasar air matanya.

Hati Ridzuwan sedikit sebanyak tercuit.

"Ada apa-apa yang menganggu fikiran awak ke?"

"Tak!!" Ketus.

"Ikut awak lah!" Malas layan lelaki itu terus lajukan kereta tanpa ada niat ingin memujuk.

Diri sendiri pun penat ini ditambah lagi dengan rajuk Aira.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now