Elena Marzuien pandang dua anaknya yang sedang lena dibuai mimpi di dalam katil bayi kemudian mata jatuh pada sosok Mu'amil Ridzuwan yang asyik mendodoi satu lagi anaknya sambil berdiri.
"Allahul kaafii, Rabbunal kaafi, Qashadnal kaafi, Wajadnal kaafi, Likullin kaafi, Kafaa nal kaafi, Wa ni’mal kaafi, Alhamdulillah......." Diulang-ulang zikir itu sambil tangan tepuk punggung anaknya.
Kemudian, dia turunkan mata pandang lantai, rasa bahagia mula menyelinap masuk, tak sangka akhirnya dia kembali bertemu dengan suaminya, kuasa tuhan siapa yang tahu.
Teringat kejadian dua bulan lepas di mana dia jatuh pengsan kerana darah rendah dan penat sekali gus, sejak itu Ridzuwan menyewa beberapa jururawat untuk merawat anak-anak mereka, dia langsung tidak dibenarkan turun dari katil.
"Jangan pandai-pandai nak keluar bilik masa Bie pergi kerja, kalau Bie tahu siaplah sayang Bie ni!" Pipi tembamnya dipicit geram, Elena hanya senyum membuatkan Ridzuwan menambah dengan kucupan di hidungnya.
"Okey Bie!"
Sejak itu memang langsung dia tak buat kerja berat-berat, setelah betul-betul sihat barulah Ridzuwan izinkan dia bekerja kembali, itu pun jenuh di pujuknya tetapi dia berkeras ingin bekerja juga.
"Sayang.....adik dah tidur...." Suara Ridzuwan menyedarkan dia dari lamunan.
"Sini, letak sini....." Katil bayi paling hujung di dekati, perlahan Ridzuwan letakkan anaknya, selepas itu barulah dia lepaskan nafas besar.
Elena Marzuien ketawa geli hati, orang nak buat tak bagi, akhirnya terpaksa tahan nafas.
"Tadi sayang pandang apa?" Soalan itu muncul dengan tiba-tiba.
"Pandang? Pandang apa?" Elena blur.
"Eleh, jangan nak kelentong Bie ya....Bie tahu sayang pandang Bie masa Bie dodoi anak tadi" tembakan Ridzuwan tepat ke wajah Elena.
"Eh, mana ada! Pandang je, tak boleh?" Elena pancing Ridzuwan.
"Memanglah boleh tapi sayang pandang apa?" Ridzuwan ekori langkah Elena Marzuien ke balkoni.
"Adalah!" Elena sengaja ingin lihat apa tindakan suaminya.
"Eleh jangan ingat Bie tak tahu apa yang sayang pandang eh" Ridzuwan pandang selek Elena.
"Haa apa yang sayang pandang?" Tak sangka pula suaminya tahu apa yang dia pandang, sebenarnya tadi sempat juga dia curi pandang perut berkotak suaminya itu, walaupun usia mereka jauh beza tapi dia tak mungkiri suaminya itu penuh dengan pesona.
"Sayang pandang perut Bie kan?..." Wajah dia dekatkan pada Elena yang sudah merah merona kerana malu.
"Ma...mana ada.....tak pandang apa pun....jangan perasan eh, dah tepi nak tengok baby....." Dalih Elena segera buka langkah ingin masuk, lepasi sahaja pintu slide itu terus tubuhnya ditarik.
Mendakap dia dalam pelukan hangat si suami. Bertambah merah wajahnya bila suaminya cium leher jinjang milik dia.
"Jangan nak berdalih ya.....Bie tahu..... sayang pandang perut Bie kan?...." Usik Ridzuwan lagi, lihat telinga putih Elena merah menyala dia pilih mengusik lagi.
"Mana ada.....dah la.....lepas....." Tangan kekar Ridzuwan ditepuk perlahan, tangan leraikan pelukan itu seraya itu dia bawa kaki ke katil, baru tubuh ingin dibaringkan sekali lagi si suami bertindak memeluk.
"Bie....." seru Elena bila Ridzuwan ura-ura ingin menyelak bajunya.
"Sayang tengok Bie punya perut boleh, Bie nak tengok perut sayang tak boleh? Macam tu? Tak aci lah....." Pusing tubuh Elena perlahan tubuh itu dihempas atas tilam.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...