Bab 21

5.6K 132 1
                                    

Balik sahaja dari mall, Aira bawa kaki terus ke dalam bilik, Ridzuwan mengeluh kesal. Bukan tak perasan riak wajah isterinya tapi sampai bila dia kena mengalah dengan ego wanita itu.

Tak nak pusingkan kepala, Ridzuwan bawa kaki masuk ke bilik tetamu, situ sahaja tempat dia boleh tenangkan diri.

Drett....

Nama Puan Marleen muncul sebagai si pemanggil.

Malas-malas dia ingin jawab, dia tahu mesti keluarga Aira sudah ceritakan segala perancangan yang dia akan berkahwin dengan Yuhara.

Tekan butang hijau suara Puan Marleen muncul.

'hello ma'

'Hello Ridz....'

'Ridz sihat?'

'sihat ma! Mama sihat?'

'alhamdulillah sihat! Aura?'

'sihat juga mama! Kenapa mama call Ridz ni?'

'huft....' dengar keluhan dari hujung talian.

'kamu janji nak kahwin dengan Yuhara ke?'

See! Tu la tak percaya lagi readers sekalian*

'ibu call mama ke?'

'ye! Baru je tadi, tapi bukan ibu, tu haa mak long kesayangan isteri kamu, bising-bising tanya bila nak datang, orang kampung dah mula tanya katanya' mengeluh lagi.

'dah tu mama jawab apa?'

'kamu nak mama jawab apa? Mama pun tak tahu apa kamu buat!'

'okey lah mama macam ni, sekarang ni rumah pun tengah panas! Apa kata Ridz balik rumah mama'

'lagi bagus! Boleh kamu cerita lebih details!'

'okey, mama tunggu dalam setengah jam Ridz sampai Okey?'

'okey, mama tunggu! Dah makan ke?'

'dah tadi! Mama tak payah masak lah, kita nak bincang je!'

'okey!'

'okey mama, Ridz tutup dulu ya, assalamualaikum '

' waalaikumussalam '

Tut.

Telefon yang sudah gelap dipandang lama, rasa berat sangat, entah kenapa dia pun tidak tahu.

Masalah yang dulu dah selesai naik kembali, dengan keegoan Aira lagi, ditambah rindu yang membuak-buak pada Elena membuatkan kepalanya berdenyut.

"Haih, bala bala!"

Capai dompet dan kunci kereta, dia terus keluar, masuk ke dalam kereta dan meluncur laju meninggalkan rumahnya.

Sampai sahaja di rumah mama, Ridzuwan terus masuk, nampak mamanya sedang duduk bersembang dengan orang gaji rumahnya.

"Mama...."

"Eh, Ridz...cepatnya sampai? Kamu speed berapa ni?"

Mu'amil Ridzuwan senyum kecut, tangan tua itu dicapai dan dicium penuh hormat.

"Tak lah speed sangat ma...."

"Haa...duduk! Kejap Mak ita buat air."

"Okey!"

"Haa..macam mana Ridz? Papa kamu tu dah tak sihat dah, kesian mama tengok duk tanya masalah kamu, dia risaukan kamu tau!"

Tarik nafas dalam apa yang terbuku di hati diluahkan pada mama.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now