Malam yang suram dan kelam menyapa dirinya tatkala memasuki rumah banglo itu, dalam kegelapan malam kaki dibawa ingin masuk ke dalam bilik tetamu sebelum ingatannya kembali.
Langkah terhenti, mengeluh lalu menapak masuk ke dapur bagi membasahkan tekak.
Bersandar pada kabinet dapur seraya air di dalam cawan diteguk sedikit demi sedikit.
Ingatannya memikirkan keberadaan wanita yang sejak akhir ini hilang dari radar, tak puas dia bermesej dengan Elena, baru beberapa mesej sudah hilang.
Tapi dia tidak salahkan wanita itu kerana dia tahu kawasan yang dikunjungi wanita itu semestinya tiada signal nama juga mendaki gunung.
Huft.
Cawan diletakkan di dalam sinki. Semasa ingin beralih tiba-tiba suara seseorang menegurnya.
"Abang Ridz...." Yuhara berdiri tegak di sisi peti ais.
Senyuman mekar tatkala mata Ridzuwan menyapa wajahnya.
"Abang Ridz buat apa? Baru balik?" Tanyanya prihatin.
"Hmmm..." Sepatah.
"Abang Ridz lapar ke? Nak makan? Kalau nak Hara masakkan maggi!" Yuhara maju setapak.
"Nope! Tak perlu!" Ingin menapak keluar.
"Abang....." Yuhara menyeru sayu.
"Aku tak nak makan, jadi tak perlu sibuk!" Terus dihayun kaki itu menuju biliknya.
Klik.
Pintu terbuka, lesu yang menyapa membuatkan dia tidak peduli dengan keberadaan Aira.
Masuk ke bilik air, setengah jam kemudian dia keluar, barulah matanya menangkap sosok Aira yang sudah tidur, tak hiraukan dia menuju almari baju.
Selesai berpakaian, selimut dan tilam kecil diambil lalu dihampar atas mozek. Baring kan tubuh sekelip mata di masuk ke alam mimpi.
Keesokkannya, Aira terjaga dari tidur apabila azan subuh menyapa telinga. Dalam mamai dia menuruni katil dan menghayun langkah ke bilik air tetapi tanpa sengaja dia tersepak sesuatu.
Terus terbuka matanya, lama dia mengamati apa yang ada di lantai itu. Setelah sedar terus lampu bilik dibuka.
Pap.
Terkaku tubuhnya apabila melihat Mu'amil Ridzuwan sedang terbongkang di atas tilam kecil.
"Abang?..."
Melutut, tubuh suaminya digoncang perlahan.
"Abang...."
"Abang bangun....solat subuh...." Aira menggoncang lebih kuat tubuh suaminya.
Ridzuwan beralih membelakangi Aira.
"Abang...bangun...!!" Tekan Aira lagi.
"Hmmm...."
Setelah panggil Ridzuwan, Aira menapak masuk ke bilik air, hatinya marah tapi cuba memujuk.
Hampir lima belas minit dalam bilik air, Aira keluar, Ridzuwan yang melihat bangun, lalu masuk ke bilik air seakan menghindarinya.
Aira abaikan, dia tak akan mengalah.
Masing-masing diam setelah menunaikan solat subuh, seorang duduk dipinggir katil seorang lagi ralit dengan telefonnya.
"Abang....Aira nak cakap sikit"
Ridzuwan meletakan telefonnya lalu fokus pada isterinya.
"Apa?"
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...