Bab 28

3.4K 87 3
                                    

Gambar yang tertancap pada skrin telefon dipandang lama, lantas butiran air mata mengalir menuruni pipi, esakan kecil bersama getaran hebat turut bersatu.

Seorang lelaki berpakaian seragam hijau dan seorang wanita kemas berbaju kurung sedang tersenyum manis bagi merakam saat-saat manis mereka.

Itulah gambar yang mampu menggoyahkan hati seorang wanita yang kini menangis tersedu sedan.

"I miss you so much Ridz! Maafkan I! I terpaksa! I tak nak musnahkan rumah tangga you! I sayangkan you! I tak nak tengok you menderita lagi!" Nafas ditarik dalam, menyedut sisa hingus yang masih ada.

"I harap you bahagia! I tak nak jadi penghalang untuk you bahagia! Sebaiknya macam ni saja! I yang berundur!" Mata terpejam rapat.

Dapat dia bayangkan betapa gelisah dan kecewanya lelaki itu setelah dia hilang tanpa khabar.

Pokok kelapa sawit yang berimbun daunnya membuatkan suasana di kampung halamannya sejuk serta tenang. Sedut nafas dalam-dalam dan lepaskan semua keresahan di hati.

Kerbau di depan mata didekati.

"Cik Bau! Kita akan bahagiakan bila kita berkorban untuk orang yang kita sayang?" Seakan faham kerbau itu berbunyi.

Elena Marzuien tersenyum kecil.

"I hope so!"

Di Kuala Lumpur pula, jelas terlihat wajah Mu'amil Ridzuwan yang serabut dan sentiasa beremosi, salah sedikit terus melenting.

"Korang ni tak reti buat kerja ke? Macam mana benda macam ni boleh terlepas pandang?" Kuat suaranya menerpa telinga semua orang.

"Ambil ni dan pergi buat balik!"

Pap!

Semua laju berlari takut dimarahi, emosi dia betul-betul tidak terkawal sekarang ni.

Tarik nafas panjang lalu dihembuskan.

"Astaghfirullahalazim!" Beristighfar dia mengenangkan kelancangan dirinya.

Gambar passport kecil diatas meja diambil, tak sedar matanya mula berembun lagi, kali ini entah berapa kali dia ingin menangis kerana rindu.

Rasa sayang dan cinta tak pernah luntur.

Tapi kerana sakit yang dialami, dia tekad untuk membalas rasa sakit ini.

'Elena mana kau pergi? Kau buat aku sampai gila macam ni! Aku tak akan lepaskan kau! Aku akan buat kau rasa apa aku rasa! Berani kau tinggalkan aku ya! Kau tunggu nasib kau!'

Ditengah-tengah kesedihannya telefon bimbitnya berbunyi, nama Encik Akhbar naik sebagai pemanggil.

"Apa lagi ni..." Capai telefon dengan kasar, butang hijau di tekan.

'hmmm....'

Nampak dia lepaskan keluhan berat.

'okey abah tunggu dekat sana, Ridz pergi sana sekarang'

Wajah diraup banyak kali, rambut juga diramas penuh frustasi.

"Menyusahkan!" Ambil beret miliknya, dia keluar.

Destinasinya adalah hospital. Wad yang sudah hampir sebulan ini dia ulang alik dia masuki.

Wajah sembab Aira Amisya dan wajah risau ahli keluarganya menyapa matanya.

"Ada apa?"

"Ridz....Aira tak nak makan, ibu dah buat macam-macam nak suruh dia makan tapi dia tak nak! Dia asyik panggil kamu je, boleh tak teman kan dia hari ni?"

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now