Aira Amisya menggelabah teruk bila sampai ke hotel yang mereka sewa, nampak wajahnya pucat lesi.
"Aira, dah la tu....janganlah gelabah sangat... tak ada apa lah! Diorang tak kan buat macam tu, ibu tahu...." Pujukan Puan Aminah langsung tak membuatkan kerisauan di hatinya reda.
"Tapi ibu, Aira takutlah dengan ugutan papa tadi, kalau dia tak nak bayar semua sewa yang kita guna ni macam mana? Kita tak ada duit ibu, kalau dia tak nak bayar habis kita bu!" Gigi berlaga satu sama lain.
"Ish, tak kan lah! Diorang sanggup ke buat kamu macam tu? Diorang kena ingat yang kamu ni menantu diorang, nanti apa kata orang dekat keluarga dia bila dia buat kamu macam tu?" Puan Aminah jeling anaknya.
"Ibu! Aira dengan Ridz dah bercerai bu! Ibu tak ingat?" Aira pelik dengan mak dia sendiri.
"Ibu tahu kamu dah bercerai dengan Ridz, tapi kamu dengan dia dah bersama sepuluh tahun! Semua kawan-kawan ayah mentua kamu tahu yang kamu ni menantu dia, perempuan tu belum kan? Ibu tak pernah tengok gambar dia dekat mana-mana berita pun yang berkaitan dengan keluarga mentua kamu!"
Aira Amisya terdiam berfikir seketika.
Apa yang dikatakan oleh ibunya adalah benar belaka.
Tetapi Elena Marzuien tu bukan seorang yang biasa-biasa. Dia teringat sesuatu lalu dicapainya telefon, menaip sesuatu di skrin telefon.
Seketika dia tercengang.
"I...ibu...." Tergagap jugalah dia bila wajah dan nama itu terpampang di skrin telefonnya.
"Kenapa Aira?" Tak jawab soalan itu, telefon miliknya disua pada Puan Aminah.
"executive director designer? Maksudnya apa Aira? Ibu tak tahu...." Pandang anaknya cari jawapan.
"Ibu, dia tu pengarah dekat tempat kerja dia, pangkat besar tu ibu...." Aira Amisya sudah panik. Kiri kanan dia pandang.
"Pengarah? Dah tu kalau pangkat besar kenapa ambil semua harta Ridz?" Tiba-tiba suara Puan Aminah tinggi melangit.
"Ibu!" Terkejut Aira bila suara itu meninggi di telinganya.
"Maaf, ibu geram tadi.." Puan Aminah tersengih kerana tersilap.
"Ye lah kan, kalau dia tu dah banyak harta kenapa nak ambil lagi harta Ridz yang tak seberapa tu? Tak salah rasanya kalau Ridz bagi harta tu dekat Aira! Tapi kenapa boleh atas nama dia pula?"
"Mesti Ridz sayang gila dekat dia kan ibu? Aira tak rasa si Elena tu yang suruh Ridz tukar nama, mesti Ridz sendiri yang tukar" Aira sedikit kecewa bila teringat semua itu.
"Mana kamu tahu? Dulu mungkin lah, sebab sekarang ni semua manusia boleh berubah tau! Dulu memang dia bagi harta dia dekat kamu sebab dia sayang, sekarang mungkin sebab kena paksa ke, mana kita tahu...." Manis betul orang tua ini berkata-kata menjerat emosi si anak.
"Ibu betul.....kita tak tahu kan? Sama ada Ridz terpaksa atau dipaksa"
"Dah tu apa lagi kita nak buat ibu? Harta pun kita tak dapat, diorang pun dah benci kita! Memang tak ada harapan lah kita ni!" Aira Amisya ketap bibir kuat-kuat.
"Ibu rasa kita kena tunggu dulu, jangan buat perangai dah lepas ni!" Puan Aminah kerut dahi fikirkan cara untuk mereka dapatkan duit.
"Kita nak buat apa lagi? Kita kena gadai jugalah rantai emas Aira ni...." Rantai di dada di sentuh dengan riak kecewa.
"Jangan dulu! Kalau kita tak dapat duit dari Ridz....kita boleh dapat dari Elena." Puan Aminah angkat kening paling tinggi.
"Maksud ibu?" Aira kerut dahi tanda tidak faham.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...