Panggilan mengejutkan dari pihak hospital swasta milik Pusrawi di ibukota membuatkan Mu'amil Ridzuwan yang baru sahaja bersiap untuk ke kem kelam kabut.
Bila teringat dia sepatutnya cuti hari ini, terus dia sarung baju biasa, capai kunci kereta bersama beg tangan kecilnya terus dia keluar dari rumah.
"Sayang....kenapa dengan awak ni...."
Tak habis-habis mulut berdoa supaya si isterinya tiada apa-apa yang serius berlaku.
Panggilan dari Puan Aminah buat dia rasa risih, rasa menyampah makin menguasai diri, makin hari makin memaksa. Tetapi dia jawab juga kerana rasa simpati.
"Ya ibu? Kenapa tu?"
"Maaf bu! Ridz tak boleh datang hari ini!"
"Ridz tahu! Ibu pujuk lah dia perlahan-lahan! Ridz betul-betul tak boleh lawat dia hari ni!"
"Ibu, Ridz minta tolong ibu faham keadaan Ridz! Isteri Ridz tengah sakit! Ridz tak boleh tinggalkan dia sendiri! Ibu teman lah Aira dulu! Bila Elena dah sihat barulah Ridz pergi lawat Aira... Assalamualaikum bu!"
Panggilan di matikan sepihak, dia tak peduli apa yang akan Aira lakukan lagi kerana sekarang otaknya hanya Elena Marzuien.
Panggilan yang bertalu-talu masuk dibiarkan, hatinya gelisah tak tentu hala, kerana terlalu fokus pada si bekas isteri, isteri sah pula yang menjadi mangsa.
"Sayang....please jangan tinggalkan Bie... sumpah Bie menyesal tipu sayang....."
Kereta dipecut selaju mungkin, sampai sahaja di parking kereta, dia keluar terus menuju kaunter pendaftaran.
"Nurse, boleh saya tahu ada tak patient nama Elena Marzuien"
"Ada! Kejap ye....." Seorang jururawat sedang memeriksa laporan.
"Alin, can you give me laporan tentang patient nama Elena?" Seorang doktor wanita datang meminta laporan tentang Elena.
Terus anak mata Ridzuwan panah wajah doktor wanita yang sedang membelek beberapa file yang ada di atas kaunter.
"Doktor, saya suami Elena, boleh saya tahu dia kenapa?" Terkam terus lelaki ini.
"Encik suami pesakit Elena Marzuien?"
"Ya! Saya!"
"Okey, macam ni Encik, wife you ni dia Okey je cuma dia mungkin stress sedikit, itu sahaja tak ada apa-apa yang membimbangkan pun, nanti bila keadaan dia dah stabil mungkin dah boleh balik, itu sahaja!" Ridzuwan angguk tanda faham.
"Baiklah doktor kalau macam tu, terima kasih ya" hati yang tadi gundah gulana kembali teratur.
Mu'amil Ridzuwan biarkan doktor itu berlalu menjalankan tugasnya, bila dia sudah tahu keadaan Elena barulah dia mampu bernafas lega.
Bila dia sudah tahu bilik yang menempatkan Elena, dia hayun langkah ke situ, nampak dari jauh sosok Trisya yang sedang berbual dengan seorang lelaki ala-ala inggeris dan tinggi seperti seorang model.
"Trisya..." Trisya alih pandangan mengadap Ridzuwan dengan wajah dingin.
"Macam mana dengan Elena?" Trisya hela nafas panjang.
"You masuk lah sendiri tengok dia...." Trisya tunjuk ke arah pintu, malas, takut kemarahan dia terluap nanti.
Mu'amil Ridzuwan angguk dan meminta diri masuk ke dalam meninggalkan dua manusia tadi.
Wajah tidur Elena mendamaikan suasana hatinya bila dia menapak masuk ke bilik itu.
"Sayang...." Tangan Elena yang pucat dan lemah diraih dan dikucup lembut.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...