Bab 16

3.8K 98 15
                                    

Dari kejauhan Elena Marzuien nampak kelibat Mu'amil Ridzuwan datang ke arah keretanya, laju juga dia membetulkan duduknya.

Sampai sahaja, lelaki itu terus menarik tombol pintu dan meloloskan diri ke dalam.

"Jalan Ele!!" Elena terpinga-pinga.

"Hah?"

"Jalan! Saya cakap jalan!" Arah Ridzuwan mengesa.

"Haa okey..." Masuk gear terus kaki injak pedal minyak.

Bersamaan itu muncul wajah bengang seorang wanita dari balik pintu pagar, kepalanya terteleng ke kiri dan kanan mencari sesuatu.

Serta-merta Ridzuwan memeluk perutnya yang sedang membawa kereta.

Terperanjat dia, tapi sebaik mungkin dia cuba ikut berlakon supaya mereka berdua tidak tertangkap.

Tarik nafas lega apabila mereka sudah keluar dari kawasan perumahan elit itu, tanpa bertanya atau menyelidiki lelaki yang masih kekal memeluk tubuhnya, dia lajukan kereta.

Dia yakin pasti ada sesuatu yang berlaku di sana, dia memilih untuk berdiam dahulu, tidak mahu emosi lelaki ini lebih parah.

Sedangkan di perkarangan rumah Ridzuwan, Aira Amisya masih tidak mahu mengalah.

"Kau balik lah! Adik aku dah balik! Kau pergi balik! Jangan sampai aku sepak muka kau lagi sekali!" Marwina Radea halau adik iparnya.

"Kak Wina! Aira cuma nak hak Aira! Aira nak Ridz selesaikan semua masalah ni! Keluarga Aira malu kak! Jadi, apa salah Aira minta abang balik?" Aira sudah berjurai air mata.

"Kau memang tak salah! Aku tahu kau ada hak nak pertahankan keluarga kau! Tapi yang aku tak boleh terima adalah kau tuduh adik aku mandul!!" Marwina melepaskan rasa geram dihati.

Aira Amisya diam menggigit bibir.

"Hey, Aira! Aku nak bagi tahu kau sesuatu! Aku nak kau hadam betul-betul apa yang nak aku bagi tahu"

Marwina mendekat sempat Puan Marleen menarik tangan Marwina supaya berhenti.

"Ma....mama jangan tahan Wina! Wina nak dia tahu dan sedar kesalahan diri dia!" Leraikan tautan itu dia menapak.

Berhenti tepat di hadapan Aira.

"Aku nak kau tahu dalam dunia ni mana-mana lelaki pun tak akan sanggup berhadapan dengan isteri macam kau! What? Pentingkan diri! Kau ingat dengan apa kau buat Ridz bahagia? No! Banyak kali dia luah dekat aku dengan mama yang kau dan keluarga kau tindas dia! Kutuk dia! Dan paling parah bini dia sendiri tak back up dia langsung!" Marwina peluk tubuh.

"Kau tahu tak betapa cinta dan sayangnya adik aku dekat kau? Aku rasa kau tahu mungkin sebab tu kau pilih buat dia macam lembu kau! Cucuk hidung dia! Semua duit dia hanya habis dekat keluarga kau!" Dada Aira ditunjal perlahan.

Aira Amisya hanya diam, tak mampu menyangkal kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut kakak iparnya.

"Kenapa keluarga kau tak guna duit sendiri je? Tu....mak saudara kesayangan kau! Yang dulu kutuk dan rendah rendahkan Ridz, kenapa sekarang baik lain macam je? Oh, sebab Ridz dah naik pangkat? Banyak duit? Oh atau kau duk bagi dia duit?"

Aira kelihatan gelisah, ada rasa ingin membantah tetapi wajah mendung kakak iparnya membungkam mulutnya.

"Ridz tak pernah berkira dengan kau! Dia bagi sahaja apa pun untuk kau! Tapi kau? Hak dia sebagai suami pun kau nafikan! Hanya kerana apa? Hanya kerana mak saudara kau! And now, lihat apa yang anak dia buat pada kau? Rampas suami kau!" Tajam menikam jauh ke sudut hati.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now