Bab 6

6.8K 164 2
                                    

Mu'amil Ridzuwan meletakkan topinya di atas meja ruang tamu yang terlihat suram. Keadaan ruang tamu yang gelap tapi nyaman itu membuatkan dia tenang.

Tanpa menunggu, punggungnya di jatuhkan di atas sofa.

Elena Marzuien keluar dari dapur bersama dulang di tangan.

"Minumlah!"

"Kau tak letak apa-apa kan?" Soal Ridzuwan curiga.

"Ish, you ni! See, air pun I tak tuang lagi dah cakap I yang bukan-bukan" Elena menjeling tajam tanda tidak suka.

"Manalah tahu!"

Elena Marzuien menuang air teh yang masih hangat itu ke dalam dua cawan di situ.

Setelah selesai dia mempersilakan tetapi Ridzuwan nampak ragu-ragu.

"See? I minum dari jug yang sama kan?" Tunjuk Elena setelah meneguk air itu.

Setelah yakin, Ridzuwan mencapai cawan itu lalu meneguknya sikit demi sedikit.

Suasana hening. Elena juga gugup.

"Kau punya ke kondo ni?" Ridzuwan memecah keheningan.

Elena angguk tanda betul.

"Berapa sebulan?" Sengaja mencari topik.

"Cash!" Hampir tersedak Ridzuwan mendengar perkataan itu.

Cuba berlagak tenang.

"Tapi I nak jual condo ni"

"Why?"

"Sebab I jarang duduk sini!"

"So, kenapa kau datang sini?"

Pelik.

'untuk dapatkan kau lah! Ish!' cuma mampu jawab dalam hati.

"Sebab dekat! I ada satu lagi condo dekat permata! Tapi tadi I jumpa client dekat area sini dan kereta I rosak kan? Then, kalau waktu kemuncak macam ni memang padat lah jalan raya! Jammed! So, I tak rasa nak balik sana! Penat!"

Mu'amil Ridzuwan mengangguk tanda faham.

Cawan tadi diletakkan kembali.

"You, tunggu kejap! I nak ke tandas" Elena bangun dan terus pergi.

Mu'amil Ridzuwan hanya menggelengkan kepala, telefon di kocek seluar diambil, melihat ada hampir puluhan panggilan terlepas dari Aira, tapi langsung tidak berniat ingin menghubungi kembali.

Sakit hatinya masih belum reda.

Sambil melihat mesej lain, tangan mencapai cawan, di minum ulang air teh yang berjaya menarik citarasanya.

Selang beberapa minit, kepalanya pusing, dia tersandar lemah di bahu sofa.

"Kenapa aku rasa badan aku lemah sangat ni?"

Kepala yang terasa berat itu dipegang.

Tidak lama apabila tangan itu juga seakan berat untuk diangkat.

"Apa ni?"

"You?" Elena menghampiri Ridzuwan yang terkulai lemas.

Terkedu Mu'amil Ridzuwan melihat penampilan Elena yang seperti pelacur sahaja pakaiannya. Lingerie merah yang buatkan sesiapa sahaja tergoda.

"Apa kau buat ni?" Ridzuwan cuba bangun tapi gagal apabila lututnya juga seperti longgar.

"Kau letak apa dalam air tu? Haa!" Soalan itu dibiarkan berlalu.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now