Bab 29

5.6K 138 4
                                    

"Macam mana dia boleh ada dekat situ?" Gumam Elena sedikit kegelisahan, tangan yang seram sejuk di ramas-ramas kuat menghilangkan rasa debaran di dada.

"Kau lupa apa yang aku cakap tadi?" Soal Trisya tanpa pandang Elena yang terkulat-kulat.

"Huh?" Elena pandang Trisya yang fokus memandu.

"Apa maksud kau?"

"Hais kau ni kan aku cakap sini kawasan dia, kan depan tu kem Kementah!"

Terbuka luas mata Elena, ya! Dia terlupa bangunan kerjanya berdekatan dengan kem itu.

"Aduh macam mana aku boleh lupa pula ni!" Elena kutuk diri sendiri.

"Dan kau jangan lupa tempat tinggal baru kau tu pun dekat dengan kem ni!"

Elena Marzuien pejam mata apabila dia sudah sedar bukan sahaja tempat tinggalnya tetapi tempat kerja dia juga sehala dengan kem itu.

"Huft....tak apa, aku rasa aku boleh elakkan diri aku dari berjumpa dengan dia" Elena yakinkan diri supaya kegugupan itu hilang.

"I hope so!"

Mu'amil Ridzuwan pejam mata rapat-rapat, terubat rasa rindu apabila orang yang dia sayang muncul kembali walaupun hanya sebentar.

Sayang, dia terlepas untuk dapatkan kembali wanita itu tadi.

"Dekat mana aku nak cari dia?" Kepala dipicit-picit menghilangkan beban yang sudah berkurangan.

"Kali ni aku akan pastikan dia jadi milik aku!"

Memikirkan hal itu membuatkan dia semakin serabut, perut yang pedih sudah minta di isi, keluar dari kereta, dia jalan menuju satu restoran makanan ala-ala Thai di situ.

Duduk di salah satu kerusi, dia keluarkan telefon. Seorang pelayan mengambil pesanannya, dia memesan beberapa menu sebelum menyambung bermain dengan telefonnya.

Sedang menunggu pesanannya sampai tiba-tiba Aira Amisya datang duduk betul-betul di hadapannya dengan wajah tidak bersalah. Tanpa di pelawa dia kembangkan senyuman.

"Ridz....." Angkat anak mata tepat menusuk ke dalam mata bekas isterinya yang tersenyum ramah.

"Kau nak apa lagi?" Sandar tubuh pada kerusi, telefon dibiarkan di atas meja dan tangan disilang ke dada.

"Ridz.....saya tahu saya tak patut buat awak macam ni, saya harap kita boleh fix kan balik hubungan kita, I miss you! Saya nak awak balik sebagai suami saya.....saya janji sa......"

"Macam enam bulan lepas I said! Aku tak nak! Sampai bila-bila!" Tajam mata merenung anak mata Aira yang mengharap jawapan indah dari mulutnya.

"Tak kan saya tak boleh dapat peluang kedua Ridz....." Masih tidak berputus asa.

Ridzuwan tarik nafas dalam-dalam, cakap dengan Aira boleh buatkan kesabarannya menipis, dia tundukkan wajah buang segala kekesalan.

"Peluang tu aku dah bagi banyak kali Aira! Dulu masa kita masih lagi suami isteri pun banyak peluang yang aku bagi, tapi kau tak sedar! Aku tegur kau marah! Kau tinggi kan suara pada aku! Bila kita dah berpisah pun kau still sama, kau ego! Kau suruh ibu pujuk aku! Kacau keluarga aku! Minta mama pujuk aku! Semua tu dah cukup buat aku faham siapa kau!"

"Terima je lah Aira....mungkin jodoh kita hanya selama sepuluh tahun sahaja, aku tak nak ganggu kau dan aku pun harap kau tak ganggu aku!" Hati-hati Ridzuwan bersuara takut wanita di hadapannya di serang depression yang baru di kesan selepas mereka berpisah, kononnya.

"But saya masih sayangkan Ridz...." Ridzuwan garu kepala yang tidak gatal, tidak tahu kenapa wanita ini susah menerima keadaan mereka sekarang.

"Saya tahu susah untuk Ridz terima tapi please berikan Aira peluang kedua?..." Aira Amisya tayang wajah sedih untuk luluh kan hatinya.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now