Bab 11

6.6K 155 5
                                    

Yuhara menghampiri Mu'amil Ridzuwan yang leka bersama gadjet nya, kadang kerut kadang tersenyum.

"Abang Ridz...." Sapa Yuhara melabuhkan punggung di sisi sofa yang sama dengan Ridzuwan.

Tapi lelaki itu tidak menganggap keberadaannya.

"Abang....." Suara panggilan itu terdengar manja.

Namun, lelaki itu tetap sama. Diam.

"Abang...buat apa tu? Busy nampak?"

"Hmmm....busy."

Yuhara memutarkan mata ke atas, geram.

Nasib lelaki dihadapannya ini handsome dan bergaya tidak terlihat seperti umurnya yang akan mencecah angka empat.

"Abang.... jom bawa Hara jalan-jalan KL! Teringin nak pergi KLCC!" Yuhara mencuba nasib.

"Nanti nanti lah, sekarang abang sibuk! Ni pun nak masuk kerja dah"

"Aik? Tapi kak Aira kata abang cuti hari ni " kening di jungkit meminta penjelasan .

"Abang ada duty"

Malas.

Kisah Lima tahun lepas yang pernah membuatkan dia hampir kehilangan Aira terngiang-ngiang di ingatan.

Semua berpunca dari gadis ini kini, dia tak akan sesekali lagi masuk ke dalam perangkap gadis yang masih mencuba nasib untuk mendapatkannya.

"Abang....." Aira Amisya menghampiri dengan wajah bersahaja.

Dipandang wajah Yuhara yang biasa-biasa sahaja.

"Abang hari ni boleh tak kalau kita bawa ibu dengan mak long jalan-jalan?"

"Abang duty!" Dingin.

Yuhara memandang silih berganti kedua-duanya.

Pelik.

Aira Amisya cuba membetulkan riak wajah yang sudah menahan marah.

"Semalam abang kata tak kerja sebab hari ini kan sabtu"

"Sabtu selalunya abang akan jual duty pada anak buah abang kan?"

Ridzuwan mengangkat wajah mencari wajah Aira yang mengharap.

"Hari ni tak!" Jawapan yang menghampakan.

"Alah, tapi ibu dengan Mak long datang jauh-jauh tak kan duduk rumah saja, bosan lah!"

"Kan abang Ridz cakap dia kerja janganlah paksa dia!" Yuhara menyampuk bersama jelingan tajam.

"Lah, kau ni sibuk apahal? Aku cakap dengan laki aku! Bukan laki kau!" Aira mula naik angin.

"Kau tu yang! Tak faham abang Ridz nak kerja, paksa-paksa kenapa? Mak lang dengan mak boleh je jalan-jalan dengan abang Rizal, nak juga ajak Abang Ridz!" Yuhara juga sama naik dengan Aira.

Sedangkan Mu'amil Ridzuwan leka dengan gambar seorang wanita yang sedang mendaki bukit.

'awak comel'- Ridz.

'memang saya comel pun'- Elena.

'nak gambar ni!'

Terus wanita itu menghantar sekeping gambar kepada Ridzuwan, tersenyum puas dia dapat melihat wajah yang dia rindui.

Entah sampai mana dia terleka dengan keindahan itu, tiba-tiba dia tersedar bila ada suara kuat menyapa gegendang telinga.

"Aku kata sudah! Apa ni?" Puan Aminah sedang berdiri di hadapannya dengan sebelah kiri ada Aira dan sebelah kanan adanya Yuhara.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now