Telefon Mu'amil Ridzuwan yang asyik berbunyi dicapai, nama ibu Aira muncul, lama dia pandang skrin itu sebelum dia mati dengan sendirinya.
Setelah itu mata di larikan ke arah pintu bilik air, tiada tanda-tanda Ridzuwan akan keluar dari bilik air, dia hembus nafas.
Kemudian, kedengaran satu mesej masuk.
'abang angkat call ibu nak cakap tu!'
Pengirimnya Aira.
Elena angkat bibir sebelah tanda meluat.
Seminit kemudian telefon Ridzuwan kembali berdering. Nama ibu Aira kembali menjadi pemanggil.
Elena jeling geram.
Tak terasa tiba-tiba tangannya kembali mencapai telefon itu lantas butang hijau ditekan.
'Ridz....kenapa lama sangat nak jawab? Ibu nak tanya kenapa buat Aira macam tu?' Lembut suara itu bertanya tak sampai hati pula ingin membalas sakit hatinya.
'Assalamualaikum!' Elena perli pihak sana.
'Errr.... waalaikumussalam...' Tergagap-gagap wanita tua itu balas salamnya.
'Ya makcik? Makcik cari Ridzuwan ke?' Elena melembutkan suara, tidak mahu termakan emosi.
'Ya nak, err....nak ni siapa ya?'
Elena kerut dahi.
Aiii....tak kan buat-buat tak tahu pula.
'saya isteri Ridzuwan.'
'owh, isteri dia ye? Ridzuwan tak ada ke?'
'ada makcik tapi tengah mandi'
'mandi? Lewatnya dia mandi nak' jam di kerling Elena.
9.00 malam.
Nak buat macam mana, lelaki itu pun baru balik dari kerja tadi, tetapi muncul pula satu idea di benaknya.
'ya mak cik, baru lepas kedebak kedebuk'
'kedebak kedebuk?'
'hehehe, al maklumlah baru kahwin' geli hati pula Elena dapat kacau bekas mentua suaminya.
'errr...hehehe' dengar sebelah sana ketawa paksa.
'err....makcik, ada apa-apa ke yang nak disampaikan dekat Ridz? Kalau ada makcik bagi tahulah nanti saya sampaikan dekat Ridz....' pintu bilik air terbuka.
Ridzuwan masuk bersama tuala di pinggang. Mata merenung Elena yang melihat dirinya seperti seorang pesalah yang dikehendaki bersama telefon di telinga.
Elena jauhkan telefon lalu menekan butang pembesar suara memberi ruang Ridzuwan mendengar juga.
'Ridz tak habis mandi lagi lah ni?' suara itu seakan hampa.
'a'ah makcik.....' Elena mencebik menyampah.
'okey lah, nanti kalau Ridz dah keluar bagi tahu dia suruh call makcik balik boleh?'
'insyallah makcik!'
'okey lah mak cik tutup dulu, assalamualaikum!'
' waalaikumussalam ' tamat sahaja panggilan Elena letak kembali telefon Ridzuwan lalu baring kan tubuh membiarkan pehanya yang putih terdedah.
Mu'amil Ridzuwan yang tadi menjadi penonton mendekati Elena yang langsung tidak perasan akan kehadiran dia di sisi.
Naik ke atas tilam dengan berhati-hati lalu dia terus tindih tubuh Elena yang terkejut dan tercengang dengan tindakannya.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...