Bab 46

6.2K 140 12
                                    

Elena Marzuien pandang jarum branula di pelipat siku, selepas mendapat berita keadaan suaminya, dia ingin segera pulang namun, keinginannya tidak kesampaian bila tekanan darahnya menurun tiba-tiba menyebabkan dia hampir pitam.

Ditambah keadaan anak bongsunya yang sudah semakin sihat memerlukan dia di sisi sentiasa.

"Bie...tunggu sayang.... nanti sayang balik... Bie kena kuat untuk sayang dengan anak-anak kita" bisikan menyentuh hatinya sendiri.

Rasa sebak mula bertandang dengan apa yang berlaku ada si suami, tak sangka tindakannya menyebabkan semua pihak terluka.

'husband kau sakit!'

'kawan dia Adrian datang jumpa aku, diorang cakap keadaan dia makin teruk! Tambah Aira datang selalu ganggu dia, sekarang ni aku rasa kau kena balik! Kau kena tengok keadaan dia sendiri'

'aku dah suruh orang aku ikuti perkembangan dia'

'dan sah dia hidap kemurungan stage pertama'

'aku harap kau pertimbangkan semua ni balik, Ridz pun dah tahu yang kau mengandungkan anak dia, dia nak sangat jumpa kau dengan anak dia'

'so, please come back to him!'

'dia dah cari kau ke mana-mana tapi bukan rezeki dia dapat jumpa kau lagi'

'aku harap kau balik dulu dan settle semua ni dulu'

'aku rasa kau pun tak sanggup tengok dia macam tu kan?'

Tak sedar air mata mula luruh di pipi polosnya.

"Bie....maafkan sayang...."

Kudratnya tak mampu melawan takdir yang datang bertandang.

Pejam mata kuat-kuat bagi hilangkan rasa sebak di dada, sungguh dia tak mampu halang rasa bersalah pada suaminya, dalam diri seakan tidak ada ego untuk berkeras akan hal itu.

Sedang asyik layan perasaan, telefonnya berdering nyaring menandakan ada panggilan masuk.

Nama Trisya naik sebagai pemanggil.

Klik.

"Hello?"

"Apa?" Terbangun terus dia dari baring, wajahnya yang sendu bertukar panik.

"Tris! Kau datang ambil aku boleh tak?"

"Ya! Aku nak balik sekarang! Aku dah send location kan kat kau sebelum ni?"

"Ya, secepat mungkin tau!"

Bila panggilan sudah di tamatkan, dia selak selimut sepantas kilat.

Kalut dia ingin turun dari katil, branula di tangan kirinya yang sudah tersangkut sana sini langsung tidak di pedulikan, rasa sakit di hati lagi sakit dari rasa sakit ditangannya.

Klik!.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar, Gibran dan Stephanie masuk dengan santai, tetapi setelah itu berubah cuak bila tengok darah yang sudah memenuhi tiub air yang masuk ke dalam tubuh Elena.

"Elena! What are you doing?" Hampir tercabut jugalah jantungnya bila lihat Elena begitu.

Walaupun wanita itu milik orang lain tapi hatinya tetap ada rasa sayang pada wanita itu sebagai kawan.

"Hey, calm down!" Stephanie memegang tangan Elena yang kalut simpan barang ke dalam beg tangannya.

"I have to go! My husband need me right now!" Wajah merah menahan tangis dipandang Stephanie dengan sayu.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now