Bab 26

5.5K 131 1
                                    

Pagi yang cerah tidak secerah hati seorang wanita bernama Aira Amisya. Dengan lambat dia bawa langkah keluar dari kawasan klinik kesihatan yang penuh dengan orang.

Wajah pucat yang berselindung di balik sentuhan riasan yang sedikit tebal itu berkerut menahan ketidakselesaan pada tubuh yang mula melemaskan.

Bangun pagi tadi, badannya tiba-tiba panas dan kepala terasa pusing.

Mahu tidak mahu dia bangun juga, disebabkan rasa tidak selesa itu, dia ingin meminta tolong si suami untuk membawa dia ke klinik.

Baru sahaja dedaun pintu bilik tetamu ditolak, dia teringat bahawa suaminya sudah keluar pergi ke tempat kerja. Tak jadi tolak pintu dia bawa kembali kaki ke bilik utama.

Telefon di ambil dan menghubungi suaminya tetapi panggilan tidak berjawab.

"Mungkin dia berbaris kot!" Kembali letak telefon, kepala yang berdenyut dipegang.

"Haish....time ni lah nak sakit pun!"

Akhirnya dia ambil keputusan untuk baring tetapi tidak lama bila rasa sakit dan lemas membuatkan dia tidak tertahan lagi lalu dia membawa diri ke klinik berdekatan seorang diri.

Dan, kini disini dia ingin segera pulang untuk merehatkan diri. Laju sahaja keretanya keluar dari kawasan klinik yang berpusu-pusu dengan manusia.

Semasa dia melalui satu kawasan yang selalu dia dan suaminya makan, perutnya tiba-tiba berbunyi minta di isi.

"Berhenti beli makan dulu lah!"

Krek.

Brek tangan ditarik.

Semua aktiviti dibuat dengan cepat-cepat, dari memesan makanan sehingga bayaran, selesai sudah semuanya dia mara ke kereta yang tidak jauh dari gerai yang dia singgah.

Sedang mata asyik memerhati keadaan jalan yang sibuk sambil tangan memasang tali pinggang keledar, matanya menangkap satu sosok wanita yang sedang berjalan di sisi keretanya, wanita itu masuk ke dalam kereta yang betul-betul berada di hadapannya.

Bukan wanita itu yang menarik perhatiannya tetapi beg tangan berwarna biru muda itu, baru kelmarin dia lihat beg yang sama dan kini dia ternampak lagi.

"Beg tu macam beg yang Ridz beli!" Berkerut dahi mengingati benda punca dia dengan si suami bergaduh.

"Siapa perempuan tu?" Lama dia tatap kereta yang masih belum bergerak di hadapannya, dia ingin menunggu sehingga kereta itu keluar namun, usahanya gagal bila kereta itu tiada tanda-tanda ingin pergi.

"Ish, siapa-siapa entah, beg tu bukan satu dalam dunia ni! Banyak! Dah dia mampu beli tak kan suami aku sorang je mampu beli, tengok kereta dia sudah lah! Mesti dia orang kaya!"

Malas nak pusingkan kepala, brek tangan diturunkan, sedia menekan pedal untuk keluar, matanya menangkap satu lagi sosok yang dia kenal sedang dekati kereta tadi, sejurus memboloskan diri ke dalam kereta itu tanpa perasan akan kereta dia di situ.

'Mu'amil Ridzuwan!' kali ini rasa sakit tadi terus lenyap diganti debaran yang datang mendadak.

"Kenapa laki aku dekat sini? Dan kenapa dia masuk kereta perempuan tu?" Tak tunggu lama, tali pinggang dilepaskan dan dia terus keluar dari kereta.

Dia berjalan laju ke arah kereta Audi hitam yang dia tidak tahu milik siapa. Kebetulan lelaki itu sedang membuka tingkap dan menggantung tangan di pintu mungkin kerana ingin merasa angin luar.

"Mu'amil Ridzuwan!" Seruannya mengejutkan Ridzuwan.

Tersentak dua manusia yang sedang berborak mesra sambil Ridzuwan menggenggam erat tangan putih si wanita, semua itu dilihat jelas oleh Aira Amisya yang tergamam.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now